SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 30 Disember 2008

Wahai Pengundi Di Kuala Trengganu, KUATkah PAS?

Berfikirlah secara mendalam dan buatlah keputusan selepas anda membaca persoalan yang hendak saya luahkan didalam blog ini. Apakah PAS sebuah parti yang kuat yang mampu memperjuangkan, mempertahankan dan melaksanakan syariat islam di Malaysia ini? Apabila kita hendak membuat keputusan mana satu Calun yang akan kita undi, perasaan marah (emosi) dan fikiran yang tidak rasional hendaklah dibuang habis dari minda kita. Kerana selalunya perasaan sebegitulah yang menyebabkan kita membuat sebarang keputusan yang salah dan silap. Sesungguhnya keputusan yang akan kita buat selaku pengundi sangatlah penting kerana ianya melibatkan agama, bangsa dan negara.

Berikut adalah fakta-fakta penting yang boleh dijadikan bahan analisa anda semua:-
1. Di Pulau Pinang, bersama dengan DAP dan PKR, Pas adalah kerajaan negeri. Pas hanya menang satu ADUN di Pulau Pinang ialah N.11 Permatang Pasir yang dimana YB Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS telah menjadi ADUNnya. Bagaimanapun kerajaan Pulau Pinang tidak langsung melantik beliau sebagai Exco kerajaan negeri. PAS telah diketepikan secara tidak langsung dalam penubuhan kerajaan negeri Pulau Pinang oleh Pakatan Rakyat yang dikuasai oleh DAP. Ketika BN memerintah Pulau Pinang dahulu terdapat 4 orang Exco islam dalam kerajaan negeri. Tetapi semasa Pakatan Rakyat memerintah hanya terdapat 2 orang sahaja.

2. Berkenaan dengan pembelilan kereta Merz. oleh kerajan Trengganu untuk Exconya. Ini sama saja dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan Kedah yang juga berusaha untuk membeli kendareaan baru untuk Exco negeri-negeri tersebut. Ia bukan satu isu untuk memburukkan kerajaan pimpinan BN kerana kerajaan pimpin Pakatan Rakyat juga membuat perkara yang sama.

3. Isu Ternakan Babi di Sepang Selangor, Di Bukit Selambau Kedah, Paya Mengkuang Melaka....dimana pendirian PAS. Kenapa mereka menyokong isu seperti ini yang sangat bertentangan dengan perjuangan islam mereka? Buatlah Ladang Lembukah? Ladang Kambingkah? Ladang Ayamkah? Binatang yang tidak haram disisi islam. Kenapa PAS menyokong Ladang Babi yang sudah tentu haram khukumnya. Ladang Babi di Selangor, sudahpun menjijikkan, malah dibina dipersekitaran perkampongan Melayu yang semestinya beragama islam. Kenapa PAS menipu penyokong seperti ini. Satu ketika dulu PAS pernah mengharamkan cukai babi dan minuman arak. Kenapa hari ini mereka menyokong Ladang Babi? Hairan bin ajaib? Ini tentu takut dengan DAP dan PKR.

4. Dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu ini, kenapa PAS lambat menamkan calon mereka?
Saya yakin kerana berlaku perselisihan pendapat yang kritikal dalam pemilihan calon antara Nik Aziz dengan Pak Hadi dan pemimpin Erdogan dalam PAS. Baru-baru ini Nik Aziz telah membelakangkan Parti dengan mengumukan calon kesukaan beliau untuk diketengahkan dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu. Calon Luar iaitu Mat Sabu/Syabu.

5. DiPerak PAS selaku Menteri Besar. Kenapa MB beriya-iya benar untuk memberikan Tanah 999 tahun kepada bekas komunis di kampong-kampong baru. Bagaimana dengan askar melayu yang berjuang habis-habisan mempertahankan tanah air dalam zaman kekejamana komunis dahulu? Bukankah dari sudut perbandingan mereka lebih berhak?

6. Di Kelantan Isu air masih berterusan dan tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan Kelantan di bawah PAS. Walaupun kerajaan BN telah memberikan bantuan kewangan dizaman Tun Mahathir selaku PM lagi. Kemana pergi peruntukan tersebut.

7. Di Selangor, Kerajaan yang didokong kuat oleh PAS akan melaksanakan satu polisi dimana
zakat-zakat juga boleh disedekahkan kepada Hindu, Kristian, Buddha, dan lain-lain agama. Dan PAS menyokongnya. Naauzubillah...

Fakta-fakta ini baru sedikit dan jika anda memerlukan saya saya boleh berikan lagi. Tapi fakta-fakta ini dengan jelas memperlihatkan kepada kita PAS bukanlah parti yang boleh diharap oleh orang-orang islam/melayu. Lebih-lebih sejak akhir-akhir ini dimana sikap dan tabiat pemimpin PAS lebih dasyat dari pemimpin UMNO. Mereka telah mula melihat Wang ringgit sebagai matlamat utama. Wanita sebagai penghibor ketika pening bekerja dan Derma hasil berpidato untuk kepentingan keluarga pemimpin mereka.


Sedarlah wahai pengundi Kuala Trengganu. Insaflah, UMNO lah sebenarnya yang kuat memperjuangkan Islam dalam diam dan nyata. Ramai anak-anak anda mahir ugama masa kini kerana pengimarahan islam yang dilaksanakan oleh UMNO. Bukan PAS. Anda tidak lagi menyimpan Wang dalam Bank Konvensyional yang mengamalkan riba dan mula masukkkan wang dalam Bank Islam yang tidak mengamalkan riba, kerana pelaksanaan yang dilakukan oleh UMNO dan bukan PAS. Lapangan Terbang Kuala Trengganu sekarang ini telah membukakan langkahnya untuk menerima kedatangan Jemaah Haji Malaysia dari Pantai Timor Malaysia dan juga menghantar mereka ke Jeddah dari K. Trengganu. Ini amat menyenangkan Umat Islam di Pantai Timor. Satu Kerja baik UMNO dan bukan PAS.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Di Kelantan, Bayar Gaji Kakitangannya pun terpaksa minta bantuan kerajaan Persekutuan/BN.
Begitu juga dengan Kedah yang ditadbir PAS. Sehingga mereka terpaksa menebang balak dikawasan tadahan air dan mengugut kerajaan persekutuan untuk membantu mereka dalam membayar gaji kakitangan kerajaan negeri. Apa sudah jadi. Kerajaan BN adalah kerajaan Yang BIJAKSANA. Kita memerlukan pemimpin yang tahu ilmu dunia dan ilmu akhirat. Wakil-wakil rakyat juga harus pintar dalam kedua bidang ini. Jangan pintar akhirat saja kerana Umat kita tidak akan maju didunia ini jika kita sendiri tidak pintar dalam berusaha. Doa saja tidak mencukupi.

4 ulasan:

semut berkata...

Sdr salah banyak tu...cuba cari fakta yang betul.

Jika tidak terimalah dosa memfitnah.

bungaraya berkata...

Saya yakin fakta-fakta yang saya tuliskan tepat dan tidak salah.

bungaraya berkata...

1. Di pulau Pinang bukankah PAS salah sebuah parti dalam Pakatan Rakyat yang memerintah Pulau tersebut?
2. Di Pulau Pinang bukankah PAS hanya menang satu kersui DUN?
3. Di Perak, bukankah kerajaan negeri juga berura-ura untuk menggantikan kenderaan Exco spt diTrengganu. Dan disokong kuat oleh KerAjaan Kedah?
4. Isu ternakan Babi di Selangor, Kedah dan Melaka bukan satu Fitnah, malah satu fakta yang dibincangkan hangat pada masa kini.
5. Isu besar juga bila kerajaan Perak memberikan Tanah berstatus 999 kepada penduduk-penduduk kampong baru yang dulunya sebahagian mereka pernah membantu gerakan komunis di Malaya.
6. Di Kelantan, bukankah timbul masalah air, paip lama masih belum diganti, walaupun peruntukkan telah dibantu dari kerajaan persekutuan ketika Tun Mahathir menjadi PM. Ini adalah satu Fakta.
7. Bukankah DYB Dr Mohd Nasir yang mencadangkan Pemberikan wang Zakat ini kepada Bukan Islam. Dah lupa kah "Berita Parlimen Kuala Selangor.
Saya bercakap berdasarkan fakta, Persepsi dan Kias.

Azizahns berkata...

saya suka bahasa yang digunakan. lembut tapi tajam.