SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 2 Januari 2009

Cuba bayangkan jika PM bukan Bumiputera selama 2 penggal.

Tajuk ini membawa anda merenung dan membayangkan kepada suatu kemungkinan yang tidak mustahil akan berlaku jika PAS asyik menghentam UMNO dan sebaliknya. Demikian juga dengan PKR yang gila dan tamak kuasa. Yang akan mengakibatkan semangat "membakar kelambu" berleluasa diantara kita. Sekarangpun telah ramai yang apla tentang betapa perlunya kita berpadu demi mempertahankan kekuasaan politik yang tinggal hanya satu ini. Dari sudut ini, memang benarlah telahan Tun Mahathir bahwa Melayu itu mudah lupa. Mereka lupa bahawa hingga sesaat ini kita masih bertahan bernafas dibumi Tanah Melayu ini kerana kekuasaan politik yang kita ada. Nak harap kekuatan ekonomi, habuk pun tak ada. Itupun ramai dikalangan kita mempunyai rasa hasad dengki apabila melihat kalangan kita telah pula lahir jutaan dan "laksaan". Bukankah elok jika kalangan kaum kita ramai yang kaya raya? Kenapa mesti PHD?. Jika mereka memperolehi kekayaan tersebut melalui jalan yang tidak diredai Allah SWT, apakah anda ikut serta menanggung Dosa?

Usaha yang telah diperjuangkan UMNO telah hampir menjadi nyata. Tinggal sedikit lagi kita akan mencapai 30% penyertaan kaum bumiputera dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak semua kalangan kaya raya adalah ahli UMNO, jauh sekali kronisma kepada pemimpin UMNO. Saya tidak menafikan terdapat sebilangan ramai ahli dan penyokong setia UMNO mendapat peluang untuk meraih kekayaan dunia ini. Sikap & naluri manusia memang lah begitu.
Saya fikir walaupun anda berada dalam apa parti sekalipun, rasa naluri seperti ini tetap akan berlaku. Anda tentu juga memberikan ruang dan peluang kepada mereka yang berjuang bersama anda dibanding dengan orang-orang yang saban hari menghina anda. Namun berjuta rakyat bumiputera yang mengecap hasil dari usaha kerajaan UMNO dengan dibantu oleh parti bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

Pembangunan ekonomi Malaysia dibawah UMNO, adalah yang ke 19 diseluruh dunia. Mengalahkan pembangunan negara semua negara-negara islam didunia ini.Ini adalah hasil kebijaksanaan kepimpinan dibawah UMNO/BN. Sungguh cantik pentadbiran negara yang diuruskan oleh BN/UMNO. Menjadi ikutan sebahagian negara Afrika dan juga Asia Tenggara.
Malaysia menjadi jaguh dikalangan negara persekitarannya. UMNO menjaga dengan baik kaum melayu dan bumiputera sejak merdeka lagi. UMNO menjaga baik gulongan minoriti yang sepatutnya dalam negara demokrasi ini tidak ada kesempatan untuk mereka mendapat layanan sepenuhnya dari kerajaan, Tapi UMNO tetap membela mereka. Sikap keprihatinan kerajaan UMNO ini tentunya mendapat balasan baik dari Allah SWT. Amin.

Jikalau berterusan bercakaran, tidak mustahil melayu tidak lagi berada dipuncak singgahsana politik negara. Lagi menyedihkan kalau bukan melayu mengambil taktha. Tentunya mereka jga akan mendakwa bersikap adil. Jiwa anda? Ketika itu anda cuma setaraf dengan melayu di Selatan Siam atau Selatan Filipina atau di Russia? atau di sebahagian besar negara didunia ini.
Yang mana pemerintahannya bukan Islam. Ketika itu:-
1. Hukum Hudud entah dimana?
2. Ladang babi bertambah berleluasa,
3. Disko dan pub bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
4. Tempat perjudian bercambah,
5. Tanah yang berstatus 999 akan diberikan dari sehari kesehari kepada Non - bumi.
6. Dasar menutup pintu kepada Israel mula dibuka seluasnya.
7. Selat melaka boleh dilalui sesukanya oleh Tentera Amerika Syarikat yang berusaha untuk menjahanamkan Negara Islam.
8. Filem-filem lucah dan majalah-majalah lucah akan lagi sekali bermula dipasaran.
9. DEB akan terhapus sepenuhnya dan ditukar kepada dasar meritokrasi.
10. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan dihapuskan.
11. Rumah Kos Rendah tidak lagi akan diimplimentasikan.
12. Mungkin ramai antara bumiputera yang bertukar agama kerana kemiskinan dan kekurangan iman dan tidak mampu mengawal nafsu serakah.
13. Bahasa Inggeris akan lebih diperancakkan berbanding Bahasa Malaysia.
14. Orang-orang melayu saban hari akan berdemonstrasi kerana marah dan tidak bersetuju dengan dasar dan pelaksanaan kerajaan.

Maka pada ketika itu...nasi dah menjadi bubur. Merohong-rohong menangis tidak berkesudahan. Barulah kita sedar bahawa Majoriti tidak membawa erti jika berlaku perpecahan antara sesama sendiri.

3 ulasan:

perunding berkata...

ooo..aaa..
jadi kami semua kena masuk u punya parti?
___________
cuma pesannya,mana2 kaum akan diangkat status untuk menjadi sebuah empayar dunia apabila kaum itu menaikkan agama nya.

u seem to do the other way around.

anyway,good luck for u.

mungkin saya lebih kpd menyibuk kat sini.
bye.

USD berkata...

Salam,
Utk m'elak kmungkinan bgitu blaku, tiada jwpn lain, mlainkn semua pihak kena bsatu mjayakn agenda ppaduan - dgn seikhlas hati!

takidumsinis berkata...

Salam untuk semua.

Jauh-jauh palis. Jangan tah kan 2 penggal, 2 bulan pun sudah cukup.

Kita sering memperkatakan tentang moral, maruah, etika, modal insan dan bla, bla, bla. Tetapi di mana moral atau maruah kita bila memilih modal insan yang menari capi-capi aka kambang-kambangan atas pentas mesyuarat dan boleh disaksikan di seluruh dunia seperti yang tersiar dalam youtube.

Elakkanlah memilih pemimpin(bukan YB) seperti ini yang tidak tahu etika kepimpinan melalui teladan. Perlakuan seperti ini hanya akan menimbulkan kekecewaan di kalangan bumiputera dan beralih kepada kepimpinan lain(mungkin bukan bumiputera) sebagai protes seperti mana yang berlaku di PP,Perak, Kedah dan Selangor.Samalah kata pepatah melayu salahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Mungkin di Labuan belum sampai membakar kelambu tetapi elakkanlah membakar kelambu atau........ biarkanlah kita (sehingga cucu cicit) sama-sama digigit nyamuk!