SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 2 Januari 2009

JIKA ANWAR IBRAHIM (DSAI) JADI PERDANA MENTERI.

JIKA ANWAR IBRAHIM ( DSAI ) MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA, bagaimana keadaan atau situasi negara dalam konteks ekonomi, politik, budaya, sosial termasuk agama, perpaduan, kebebasan, Hak asasi manusia dan dan dan dan? Banyak lagi bidang yang dapat dianalisa kemungkinannya. Namun penulisan ini cuba membawa pembaca semua tentang persoalan mengenai KEMAMPUAN DAN KELAYAKAN BELIAU SELAKU PM KEPADA MELAYU, CINA, INDIA, KADAZAN, IBAN, MELANAU, ORANG ASLI JAKUN, SEMANG, NEGRITO DAN BERBAGAI KAUM YANG ADA DIMALAYSIA.
Budaya mereka, kehidupan seharian mereka, agama mereka, Ekonomi mereka, Masjid mereka, gereja mereka, Tok Kong mereka, kuil mereka, keamanan negara, keselesaan negara, rukun damai hidup bersama dan dan dan dan.

Bagaimana pandangan PAS kepada PM mereka yang pada persepsinya ( kerana belum dibuktikan dimahkamah lagi ) seorang yang kuat MELIWAT. Dan sudah tentu tidak mendapat kepercayaan sepenuhnya dari mereka. Apatah lagi pandangan UMNO, MCA, MIC, PBS, dan parti kerajaan di Sarawak, PBRS, UPKO dan PPP dll. Disamping Anwar, sebegitu persepsi rakyat terhadapnya, beliau juga tidak bijak dalam pengendalian ekonomi negara. Jauh sangat kehebatan Tun Mahathir jika dibandingkan dengan beliau. Contoh yang paling nyata ialah semasa keadaan kemeleseten ekonomi 1997 dimana Selaku PM pada ketika itu, Tun Mahathir telah berjaya mengatasi masalah ekonomi negara jika dibanding dengan Anwar Ibrahim (ketika itu Menteri Kewangan), dimana tindakan beliau amat menyusahkan golongan peniaga yang terpaksa membayar interest bank berkali-kali ganda. Anwar juga mencadangkan supaya untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi negara, kita harus meminjam dengan IMF. Peminjam dengan IMF adalah satu langkah yang sangat silap dan ini semua orang Malaysia tahu. Pendekata dalam krisis spt itu, Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang kehilangan akal dan ketandusan minda.

Anwar Ibrahim hanya bijak dalam BERPIDATO. Apabila diberikan tanggungjawab untuk mengurus tadbir negara beliau hanya layak sebagai PRO diKementerian sahaja. Sangat tidak layak selaku PM Malaysia. Sekarang inipun selaku Penasihat Parti PKR dan Orang Pertama dalam Pakatan Rakyat, yang mungkin dialah yang akan menjadi PM, jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Umum Ke 13 atau Memenangi Undi tidak Percaya kepada Pak Lah di Parlimen, Anwar Ibrahim masih gabrak apabila berhadapan dengan isu yang dilema seperti Hukum Hudud yang hangat diperbincangkan. Seperti Ladang Babi modern yang hangat diperbincangkan, Seperti Pemberian Tanah berstatus 999 di Perkampongan Baru di Perak, seperti Penghapusan DEB di Pulau Pinang. Kenapa Anwar Ibrahim berdiam diri. Menjadi PM dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia tidaklah sama seperti Menjadi PM di Thailand, atau di India, atau di Bangladesh, atau Pakistan atau di England dan setengah negara dunia yang lain. Anwar Ibrahim bukan orangnya yang layak sebagai PM dalam negara seperti Malaysia ini.

Oleh itu siapa yang layak? Lim Kit Siang? Pak Guru Nik Aziz, Pak Hadi Awang? Khalid Ibrahim, tolong nyatakan siapa diantara pemimpin Pakatan Rakyat yang memiliki kelayakan tersebut. Pendekata tidak ada seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang layak selaku PM Malaysia. Jika penyokong beranggapan BN adalah "Buaya" maka pertukaran PM samalah maksudnya "terlepas dari mulut buaya masuk kemulut Harimau".

Saya pernah bersama-sama Anwar Ibrahim didalam kepimpinan UMNO sekitar tahun 1986 hingga 1995. Semasa itu Anwar selaku Naib Presiden UMNO dan naik jawatan ke Timbalan Presiden UMNO. Saya selaku Ketua Pemuda UMNO salah satu Bahagian di Malaysia ini. Lepas itu saya Timbalan Ketua UMNO Bahagiaan. Pada masa saya memegang jawatan-jawatan tersebut, Anwar Ibrahim juga melangkah dari satu kesatu jawatan diperingkat tertinggi. Saya sangat maklum cara dan kaedan beliau naik jawatan. Saya juga tahu dengan terperinci kenapa parti KeADILan muncul. Apakah kerana agama, bangsa dan negara? Atau kerana kecewa? Saya faham bagaimana beliau memimpin? Bagaimana cara beliau mengambil sebarang tindakan?. Dan kini setelah beliau berada dipihak pembangkang, cara beliau menangani sebarang permasalahan Melayu, Cina dan India juga kita semua mengetahuinya. DAN KESIMPULANNYA KITA MERAGUI AKAN KEMAMPUAN BELIAU SELAKU PERDANA MENERTI MALAYSIA.

Saya hairan bin ajaib jika PAS menyokong beliau selaku PM. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang saban hari berpidato dengan ayat-ayat suci Al Quran dan Al Hadith sebagai senjata bagi menyerang BN. Selagi majoriti kerusi melayu dan bumi tidak menyebelahi PAS, PM dikalangan pemimpin PAS diumpamakan "jauh panggang dari api". Yang demikian mustahil PM dari kalangan mereka. Jika kaum Cina dan India menyebelahi Pakatan Rakyat semuanya? kemungkinan tidak mustahil PM dari kalangan pemimpin DAP. Jangan Hairan...sudahlah.

1 ulasan:

paneh berkata...

Salam tuan,

Mungkin hanya orang mcm tuan dan segelintir spt kami yang faham 'belang' sebenar anwar ni. Tapi sedih kebanyakan penyokong fanatiknya tetap 'buta' dalam melihat dan mentafsir. Mungkin apa yg boleh dilakukan sekurang2nya cukuplah sekadar umno buat penyokong pembangkang 'pening' melalui fakta dan cerita sebenar berkenaan siapa sebenarnya Anwar-dari capal ke jenama gorgio armani.