SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 11 Februari 2009

KEINSAFAN DAN KESEDARAN DAN KINI MULA BERUBAH SECARA DRASTIK.

Saya kira cukuplah setakat Pru ke 12 dulu. Pengajaran yang diberikan oleh para Pengundi dengan memberikan kemenangan kepada pihak Pembangkang dalam Pru tersebut di lima negeri, sudah cukup menyedarkan dan menginsafkan pemimpin BN, agar membuat perubahan secara drastik agar dalam Pru ke 13 pengundi akan kembali mengundi BN.

Saya fikir semua pengundi telah memaklumi dan menyedari akan perubahan tersebut. Bagaimana tanpa berselindong Pemimpin UMNO dari atas hingga keperingkat cawangan secara terbuka meluahkan rasa hati untuk berubah seeloknya. Dan ditrampilkan dengan perbuatan berubah tersebut.

Masalah benci kepada perbuatan RASUAH bukan sahaja menguasi hati dan jiwa rakyat yang mengundi pembangkang, malah juga penyokong dan mengundi Barisan Nasional. Sekarang ini, menjelang pemilihan kepimpinan UMNO bulan Mac 2009 ini, langsung tidak kedengaran lagi sebarang usaha dan sebarang perbuatan rasuah dikalangan kepimpinan UMNO seluruh Malaysia. Pemimpin UMNO jelas membiarkan kemenangan pada kali ini dinilai sebaiknya dengan jujur dan ikhlas oleh perwakilan sendiri tanpa campur tangan perbuatan rasuah seperti dahulunya dizaman UMNO ditadbir oleh Anwar Ibrahim selaku pemimpin nombor dua UMNO.

Bagi menyenangkan perwakilan membuat pernilaian keatas pemimpin yang akan menjadi pilihan, Ibu Pejabat UMNo sendiri yang akan mengatur peluang dan ruang kepada setiap pemimpin utama yang akan bertanding. Ini cara dan kaedah yang terpuji bagi mengelakkan perbuatan rasuah drp berlaku.

Di Pihak Kerajaan pula, keujudan SPRM adalah tanda jelas tentang usaha bersungguh-sungguh kerajaan BN untuk menghapuskan perbuatan rasuah. Setakat ini begitu ramai yang telah ditangkap bagi menjalani perbicaraan dan tuduhan oleh pihak SPRM. Dalam masa mendatang ini SPRM tentunya akan menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka secara efisen dan berwibawa. Hanya kepada orang yang tak dapat menerima rancangan dan pelaksanaan semua dasar dan polisi ini akan membantah setiap waktu dan ketika.

Kerajaan BN di Perak akan menjadi satu contoh pendekatan baru dalam rangka perubahan yang sedang berlaku dalam BN. Kita tengoklah nanti betapa bijaksana dan berakhlaknya kepimpinan baru pemerintahan negeri Perak di ungkayahkan oleh barisan Exco Perak yang baru. Syaratnya kita jangan cuba menegakkan benang yang basah. Kita kena menerima jika ianya baik, m aka baiklah kata kita. Dan jika ia jahat, maka jahatlah kata kita.

Sedarkah anda dalam masa yang sama pemerintahan di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang adalah pemerintahan yang rakus kuasa dan harta. Setiap pemimpin dinegeri-negeri tersebut tengah mengambil kesempatan mengumpulkan harta rampasan perang tanpa kira siang maupun malam. Tak dapat, maka akan bergaduhlah mereka sesama sendiri.

Tiada ulasan: