SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 9 Februari 2009

POLITIK SEBAGAI SATU "PERMAINAN YANG SERBA MUNGKIN"

Berdasarkan Tajuk diatas dimana semua tindakan menjadi "boleh" dalam permainan politik ( bukan serba halal ), maka antara tindakan yang boleh dibuat sebelum pilihanraya kecil di Selambau dan Bukit Gantang ialah seperti berikut:-

1. Di Kedah, Adun PAS dan PKR ( Pakatan Rakyat ) diajak untuk keluar beramai-ramai dari Pakatan Rakyat. Masalah keluar parti sekarang ini telah menjadi satu budaya dalam politik Malaysia. Maka cadangan ini dianggap tidak lagi merupakan satu rahsia dan strategi sulit bagi BN maupun Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim melaksanakannya dengan terang apabila beliau berusaha mengajak Wakil Rakyat BN melompat ke Pakatan Rakyat pada 16hb september lalu.
Alang -alang mengenggam bara biar sampai jadi arang. Gunakan strategi anwar itu untuk menjahanamkan PR itu sendiri.

2. Di Bukit Gantang, MB Baru dipilih sebagai calun BN yang akan bertanding. Rakyat Perak akan berfikir 100 kali untuk menentang beliau jika beliau bertanding selaku calun BN dalam pilihanrahya kecil tersebut. Akhlak beliau yang mulia dan ketrampilan yang terpuji yang beliau jelmakan ketika baru memegang tampuk pemerintahan negeri menimbulkan rasa insaf rakyat Perak secara majoriti. Dalam tempuh terdekat ini, rakyat Perak akan sedar bahawa mereka telah memiliki seorang ketua yang berhatin mulia dan mampu menjadi pemimpin yang dipertaruhkan harapan bagi kemajuan bangsa dan agama mereka. Yang nyata MB baru sangat menghormati golongan agama. Begitu juga adil kepada semua kaum di Perak.

1 ulasan:

pakchaque berkata...

bila orang dah sedar anwar bapak segala penipu..