SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 11 Februari 2009

KENAPA LETAK CALUN INDIA DI BUKIT SELAMBAU?

Bukan sahaja di Bukit Selambau, malah soalan pada tajuk ini juga sesuai kepada semua kawasan di Malaysia yang sama seperti keadaan di Bukit Selambau. Dimana calun pilihanraya diambil dari kaum yang minoriti jumlahnya dibanding kaum lain. Saya ragu dengan sikap toleransi yang dihidangkan dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan seperti ini. Saya pernah bertanya kepada pensyarah Sains Politik dimasa masih bergelar penuntut di UKM pada sekitar 1977-1980. Orang-orang melayu memang penyabar dan memiliki sikap toleran yang tinggi bila, dimana mereka akan tetap mengundi sekalipun calun yang dihidangkan kepada mereka bukan dari kaum mereka yang jumlahnya majoriti dan sepatutnya menjadi calun BN di kawasan mereka.

Hanya semangat toleransi, kerjasama, tolak ansur dan semangat Barisan Nasional yang menjadi alasan kepada tindakan tersebut. Tidak lebih dan tidak kurang dari itulah sahaja alasan yang diberikan kepada saya.

Sedangkan dalam konteks yang lebih luas beberapa persoalan harus juga diperincikan. Umpamanya betulkah kaum India memiliki semangat toleransi seperti kaum melayu. Lihat sahaja dengan karektur Karpal Singh, HINDRAFT dengan matlamat perjuanganya untuk "meroboh" melayu, dll. Terlalu banyak kisah menyayat hati kaum melayu yang telah dipermainkan oleh kaum India sejak akhir-akhir ini. Dan yang jelas, kaum melayu masih dengan sifat sabar dan matangnya dalam mengawal emosi jika berhadapan dengan kaum lain. Melayu hanya emoasi dan marah besar jika bergaduh sesama melayu.

Saya suka mencadang agar samada PR atau BN...Letaklah calun berdasarkan majoriti kaum yang hendak diwakili. Jika Melayu majoriti, calun BN atau PR haruslah melayu. Bukan sebaliknya Inai Anak Mambang ( seorang asli Jakun ) atau Mutusamy anak Lelaki Mutumasam.

Dalam PRK Bukit Selambau saya ingin melihat perubahan kepada kebiasaan masa lalu ini kerana inilah yang sebenarnya yang dikehendaki oleh golongan muda juga.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sememangnya perkara mendengar kata membuta tuli menjatuhkan kerajaan BN, seperti jatuhnya kerajaan PR di perak. Apa nak dengar kata Samy Vellu, dengar kata Melayu, apa nak dengar kata Cian, dengar kata Melayu, dah tu jangan nak ikut orang yang teringin sangat jadi wakil, cari yang terbaik..

Kalau dengar juga terutama dari Samy Vellu,atau Khairi, saya gerenti, BN Kalah. saya reti kaum saya diPerak....

saya berkata...

Salam,

Saya rasa calon dari parti mana pun tak kisah. Yang penting ada wow faktor dan diterima oleh majoriti pengundi di Bukit Selambau.

Yang penting Bukit Gantang sah untuk calon UMNO. Jadi yang ini kita kena betul-betul pastikan menang untuk mendapat kembali satu kerusi di Parlimen.

www.permatangpauh2u.com