Minta maaf.
Mesti ada sesuatu kesilapan disana sini dalam pengurusan pentadbiran negara sehingga boleh menjemput seramai 70,000 pekerja lagi dari negara asing iaitu BANLADESH. Apa sudah jadi?
Kementerian Sumber manusia mengatakan mereka hanya memberikan ulasan dan cadangan sahaja. Yang bertanggungjawab memberikan permit ialah Kementerian Luar Negeri. Samada ia kementerian Sumber Manusiakah? atau Kementerian Luar Negerikah atau mana-mana Kementerianpun, soalnya ianya datang dari kementerian dibawah Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat tidak hendak membedakan dari kementerian mana datangnya tanggungjawab tersebut.
Pada ketika ini, rakyat hanya ingin mengatakan bahawa kerajaan BN telah menjemput lagi seramai 70,000 orang pekerja dari negara asing. Sedangkan keadaan ekonomi negara tidak mengizinkan kerajaan berbuat demikian. Noktah dan habis cerita. Jika kerajaan BN buat juga, maka kenalah tanggung risikonya.
Bukankah ada mesyuarat Kabinet? Bukankah didalam mesyuarat itu segala dasar dan aspek pengurusan negara diperbincangkan dan diperhalusi? Baru-baru ini soal nama Allah tersilap arahan oleh menteri. Sebelum drp itu Menteri Kerjaya Raya juga terlajak membuat keputusan mengenai kenaikan bayaran tol diLima lebuh raya. Apa lagi yang akan silap agaknya dimasa hadapan ini.
Kalau macamni, bagaimana kami nak mempertahankan dan menangkis segala tuduhan parti pembangkang? Tolonglah wahai pemimpin sekalian. Sekarang ni, YB-YB pun tahu bahawa rakyat tidak bodoh lagi seperti baru merdeka dulu. Rakyat telah pintar walaupun kekadang tu pintar beserta sekali bebal. Sekarang ni rakyat telah mula bersuara dan mula mengkritik kepada benda-benda yang lahir dari sikap bebal kita selaku pemimpin.
Satu perkara lagi!!!!
TONG IKAN baru yang LKIM arahkan penggunaannya berkuatkuasa serta merta.
Kenapa tak tanya atau tak buat kajian tentang tindak balas dari kaum nelayan?
Kenapa mesti dilaksanakan baru kemudiannya tuan-tuan mendengar tindak balas kaum nelayan itu? Bila nelayan marah, baru nak ubah arahan disana sini. Sabotaj PM kah? Atau sabotaj Najib?
Saya rasa pendekatan tahun 1970an ini harus dibuang dari diary setiap pemimpin baru.
Bukankan itu membazir wang ringgit dan masa dan tenaga dan yang paling sedih ia mengambarkan kebaculan kepimpinan kita? Keputusan yang seperti ini hanya akan mengundang bantahan akar umbi dan kita sekali lagi akan dikatakan bodoh dan kurang bijaksana dalam memimpin rakyat jelata. Pak Lah juga yang akan menanggung penghinaan.
Tak kasihan dengan Pak Lah kah?
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
1 ulasan:
Welcome to Malaysia Bolehland.
Perhatian kepada suami-isteri : Kempen KELUARGA BAHAGIA
Hentikan amalan seks oral. Hargai dan hormati bibir-bibir merah isteri anda, bibir yang mengaji kalimah-kalimah suci, bibir-bibir yang mendidik anak-anak anda.
Catat Ulasan