SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 9 Mac 2009

PERMUAFAKATAN TENTULAH MATLAMATNYA BERPADU ERAT.

Hari ini saya mengemukakan cadangan agar diadakan permuafakatan kearah PERPADUAN.

Sejak kebelakangan ini kebimbangan tentang berlakukan perpecahan yang serius sesama melayu telah banyak disuarakan dari berbagai sudut dan penjuru kumpulan masyarakat melayu. Samada ada peringkat kepimpinan kerajaan maupun bukan. Atau Ngo-Ngo dan persatuan-persatuan. "Bising" mengenai pergeseran yang semakin menjadi-jadi tanpa penyelesaian dikalangan orang-orang melayu. Apalagilah blogawan ( walaupun setengahnya masih seronok dan asyik menyemarakkan lagi pergeseran tersebut ).

Kebanyakannya melahirkan rasa bimbang akan kesan buruk yang mendatang jika pergeseran dikalangan bangsa melayu ini berterusan tanpa ada usaha untuk meredakannya.



Beberapa orang Sultan juga telah melahirkan rasa kebimbangan ini. Antaranya termasuk Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Kelantan, Sultan Pahang, Sultan Kedah dan Yang Dipertuan Agong Sendiri. Ucapan Sultan Selangor sangat "keras" dan kaum melayu haruslah melihat dengan serius akan "amaran" Baginda tersebut.



Untuk tidak menyinggong sesiapa, saya tidak mahu menyebut satu persatu, akan tindakan yang telah dilakukan oleh para pemimpin dan penyokong parti-parti yang ada. Cukuplah setakat menyatakan bahawa tindakan yang terjadi sejak kebelakangan ini sangat menyedihkan dan tidak menghairankan jika berlakunya pergaduhan besar yang semakin parah sedikit masa mendatang ini.



Puncanya hanyalah berbeda pendapat dan prinsip dan tidak ada tolak ansur sesama kita.



Lantas saya ingin mencadangkan AGAR SEMUA PEMIMPIN MELAYU TIDAK KIRA UMNO, PAS ATAU PKR BERSEPAKAT MENGANJURKAN BERSAMA MAJLIS PERMUAFAKATAN SEBANGSA. Ianya bolehlah dihadiri oleh ratusan ribu rakyat melayu, atau hanya sekadar pemimpin tersebut berucap/berpidato di kaca TV sahaja.



Cadangan ini memang susah untuk dilaksanakan kerana ia memerlukan KEMAHUAN POLITIK yang tinggi. Memang berbagai alasan yang akan kedengaran, tapi pada hakikatnya alasan tersebut hanyalah untuk menyembunyikan kepentingan peribadi dan parti.

Tiada ulasan: