SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 29 Mac 2009

BERUBAH bagaimana?

Berubah atau diubah. Atau Rebah. Begitulah kata dua ataupun AMARAN yang diungkapkan oleh Datuk Ser Najib Tun Razak, Presiden UMNO yang baru terpilih dalam Persidangan Agung UMNO baru-baru ini. Maka ramailah cendikiawan melayu yang berlumba-lumba memberikan tafsiran dan andaian tentang istilah perubahan yang dikemukakan dan dijanjikan oleh Presiden UMNO yang baru itu.
Yang nyata dari Presiden UMNO hingga kepimpinan UMNO akar umbi menyedari akan hakikat perubahan tersebut. Dan mereka juga memahami sepenuhnya bahawa yang akan mengalami perubahan itu bukanlah obejktif dan matlamat perjuangan UMNO itu sendiri. Bukan perjuangan agama, bangsa dan negara yang akan diubah. Bukan membuka keahlian UMNO kepada kaum bukan bumiputra yang akan berubah. UMNO tetap akan hanya mengambil keahliannya kepada kaum bumiputera sahaja, khususnya melayu dan bumiputera Sabah seperti Kadazan, Dusun dan Iban. Kaum-kaum lain seperti Cina dan India tetap dengan parti masing-masing dan tidak layak masuk sebagai ahli UMNO.
Pada rasa saya yang dimaksudkan dengan perubahan oleh Presiden parti ialah sikap dan pendekatan dalam pengurusan dan pentadbiran parti itu sendiri. Maka perkara-perkara yang menyangkut paut sikap pemimpin dan perkara yang berkaitan dengan pengurusan parti, yang selama ini sangat buruk dan tidak lagi relevan harus diubah dengan seberapa segera yang boleh. Umumnya perubahan ini merupakan suatu tindakan kepada sesuatu yang baru atau kembali kepada sikap terpuji yang sekian lama telah sebati dengan parti UMNO itu sendiri, tetapi telah lama dilupakan dan dilalikan akibat kehidupan para pemimpin dan setengah ahli yang berada dalam dunia keselesaan materialis. Setelah sekian lama menjadi parti pemerintah Malaysia, UMNO dan ahlinya hidup dalam suasana sentosa dan mengecapi suasana selesa. Perjuangan mengisi kemerdekaan yang dilaungkan sejak sekian lama, yang telah berjaya dicapai, walaupun tidak sepenuhnya, telah menjadikan sebahagian daripada kita alpa akan perjuangan UMNO sebenar. SEPATUTNYA DALAM KITA MENGISI ERTI SEBENAR KEMERDEKAAN, KITA SEHARUSNYA JANGAN LUPA BAHAWA PENGISIAN KEMERDEKAAN ITU TERHASIL DARI USAHA KERJA-KUAT PEMIMPIN SEBELUM DARIPADA KITA. USAHA DAN JASA UMNO DAN SEMUA PARTI YANG BERADA DALAM KOMPONEN BARISAN NASIONAL. Malangnya harta dan kuasa telah mengaburkan mata dan minda kita sebagai ahli UMNO. Kita alpa dan lupa semuanya sehingga harta dan kuasa telah menjadi matlamat dan tujuan kita menjadi pemimpin nusa. Padahal bukan itu yang menjadi matlamat sepatutnya. Kita lupa agama, kita lupa bangsa dan kita lupa negara. Memang benar jika Tun Mahatahir pernah mengungkapkan perkataan "melayu mudah lupa".
PRU ke 12 telah menyedarkan semua ahli UMNO tentang kesilapan arah tuju kita sebenarnya.
Datuk Seri Najib terpaksa bertindak berani dengan memberikan Amaran tegas bahawa jika kita berterusan lupa tentang matlamat perjuangan yang sebenar, tidak akan mustahil kita akan dilupakan dan hanya tinggal sejarah dalam politik Malaysia suatu ketika kelak.
Ahli dan pemimpin UMNO dari atas hingga ke bawah mestilah beringat dan bermula dari sekarang kena menyusun barisan bertindak bagi memperbaiki keadaan. Pemimpin dan ahli UMNO tidak lagi boleh alpa dan berterusan menyombong diri dan bersikap angkuh. Tidak lagi boleh mengada-ada dan menunjuk pandai dan tahu serba serbi sehingga membelakangkan anak-anak melayu yang berilmu diluar parti. Cendiakawan melayu ini haruslah dibawa kedalam parti sebagai manusia yang kita harap-harapkan akan meneruskan matlamat perjuangan melayu hingga kemasa hadapan. Setelah kita, selaku pejuang parti bersusah payah menjadikan anak-anak melayu kita menjadi orang yang berilmu serba serbi, namun apabila semua itu tercapai, mereka kita singkirkan daripada perjuangan melayu ini. Mereka ini bertimbun-timbun berada diluar parti dan tidak berkesempatan masuk menjadi ahli dan berjuang bersama kita, kerana sebahagian daripada kita menghalang kemasukan mereka akibat tamak dan rakus dengan peluang kuasa dan harta yang terdapat didalam UMNO. Jika ingin berubah, sikap dan ketamakan dan kerakusan ini harus dikikis dari sanubari setiap pemimpin parti.
Cadangan Datuk Seri Najib untuk membuka seluasnya kepada pemimpin disemua peringkat ikut mengundi dan memilih Presiden dan Timbalan Presiden parti adalah satu cadangan yang sangat terpuji. Sistem kouta yang selama ini menghalang daripada pemimpin lain untuk bertanding selaku pemimpin besar dalam UMNO harus juga dihapuskan. Dan membiarkan sebahagian besar pemimpin dari atas hingga kebawah untuk membuat pengundian dianggap juga boleh menghalang akan berlakunya Rasuah didalam parti, adalah satu cadangan yang sangat bijaksana.
BAGI MENGATASI MASALAH KETIDAKADILAN DALAM SEBARANG PEMILIHAN PEMIMPIN PARTI, SAYA MENCADANGKAN PENUBUHAN SURUHANJAYA PEMILIHAN DIPERINGKAT BAHAGIAN YANG AHLINYA TERDIRI DARIPADA BUKAN AHLI PARTI. PROSES PEMILIHAN KEPIMPINAN CAWANGAN DAN BAHAGIAN AKAN DIKENDALIKAN OLEH SURUHANJAYA TERSEBUT DENGAN PERUNTUKAN KOS PERBELANJAAN YANG AKAN DIBIAYAI OLEH IBU PEJABAT UMNO PUSAT.
Pemilihan UMNO Bahagian dan cawangan yang selama ini dikendalikan oleh cawangan dan bahagian masing-masing telah menimbulkan ketidakadilan kepada SETENGAH pemimpin bahagian dan cawangan yang mencuba nasib bertanding menjadi pemimpin. Pemimpin Bahagian dan cawangan yang sedia ada mempunyai advantage untuk memenangi setiap pertandingan, kerana semua urusan pertandingan dikendalikan oleh pemimpin yang memegang cawangan dan bahagian.
Jika Datuk Seri Najib berani berubah, jika Muhyiddin berani berkorban, jika Zahid tahu makna penyatuan seperti yang dilaungkannya, Perubahan yang paling besar yang sangat baik dibuat ialah PENYATUAN DIANTARA PAS DAN UMNO. Kedua pemimpin antara dua parti itu haruslah tahu apa ertinya sabuah pengorbanan untuk agama dan bangsa.

3 ulasan:

Z-MAY berkata...

berubah yg tak rebah dan bukan sampah...

.@blogger.com berkata...

salam sdr,
saya menulis dan mambuat pautan kepada posting sdr ini. Selamat berjuang - bERANIKAN hATI

bungaraya berkata...

@blogger.com,
Teruskan saja kehendak hati mu sehingga meras puas. Ayuh kita persetankan mereka yang berusaha untuk menjahanamkan bangsa kita.