SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 31 Mac 2009

Nasihat berguna untuk Niz Aziz dan Pak Hadi Awang.

Sejak kebelakangan ini suasana politik negara berada dalam keadaan kekecohan yang menyeramkan. Tidak dapat dinafikan kesannya kepada politik bangsa kita dimana suasana ini sangatlah tidak mendatangkan manafaat yang baik. Pendek kata banyak kesan negatif terhadap "kesuburan" politik melayu akibat dari kekecohan yang terjadi. Bukan tidak baik jika kita memberikan ruang yang tidak bersempadan kepada gulungan generasi muda untuk menyuarakan apa jua secara bebas akan kehendak hati mereka. Tetapi disamping itu ia tetap membawa bersama termasuk perkara yang tidak membina. Kebebasan tanpa hala tuju menjadikan generasi muda seolah seperti sekumpulan kerbau berjuta ekor yang lari bertempiaran akibat terkejut mendengar bunyi mercun yang dibakar anak-anak kecil.

Mungkin benarlah kerana mereka dilahirkan jauh selepas kemerdekaan, bahkan lebih muda dari umur peristiwa 13hb Mei 1969. Mungkin juga sukatan mata pelajaran disekolah tidak menitik beratkan peristiwa duka lara nenek moyang mereka mempertahankan perjuangan bangsa suatu ketika dulu. Mungkin juga semangat kebangsaan dijiwa mereka telah menjadi sifar. Atau mungkin ada angkara lain yang menyebabkan mereka sedemikian rupa.

Kini mereka hanya menggunakan ilmu didada untuk menilai segala langkah kehidupan. Mereka kurang menitik-beratkan keutamaan perpaduan dan kejituan kesatuan bangsa. kepada mereka semuanya adalah sama dan kepada mereka satu campur satu itu adalah dua. Jika dua sen dibahagikan kepada dua orang manusia, harus dibahagikan satu sen seorang. Itulah adil dan samarata kepada gulungan generasi muda. Mereka tidak menghayati bahawa selama hampir 450tahun bangsanya dibahagikan dengan sangat tidak samarata oleh bangsa asing yang bergelar penjajah. Bahawa bangsa penjajah itu telah memberikan 90 sen kepada bangsa cina manakala hanya 1 sen kepada bangsa mereka. Kenapa DEB dilancarkan oleh mantan PM Tun Abdul Razak, bukan merupakan ukuran langkah silat politik mereka. Mereka tidak menjadikan suasana orang melayu di Singapura sebagai iktibar nyata. Mereka tidak menjadikan suasana orang melayu di Selatan Thai sebagai pengajaran dan tauladan. Begitu juga dengan kedaifan kehidupan masyarakat islam di Selatan Filipina. Kenapa berlakunya lonjakan kebijaksanaan dan kebudimanan kepada masyarakat melayu di Malaysia? langsung tidak dihiraukan sebab dan musababnya oleh mereka. Apakah ianya terjadi dengan hanya nasib semata. Mungkin kerana tuhan sayangkan melayu di Malaysia dan tidak sayang dengan melayu di Selatan Thai? Mereka seharusnya sedar dan menghayati bahawa semua ini adalah usaha keras pemimpin bangsa.

Yang menghairankan mereka sangat terpelajar dan sebahagiannya adalah gulungan intelektual melayu yang memiliki ijazah bertimbun-timbun.

Kita hendaklah berbalik semula kepada keadaan asal kita. Bahawa melayu hendaklah bersatu hati, mengatur langkah pertiwi memaju diri dengan gerak berhati-hati. Apabila kita berkata Jerat tidak lupakan Kancil, kita kenalah merujuk bahawa jerat itu ialah mereka dan bukan kita.
Sering sangat kita terlupa dan lalai akan apa yang tersirat dalam perjuangan bangsa kita. Sedang mereka sentiasa beringat dan akan menyalak ketika kita berpecah dan bertelingkah. Apabila melayu lemah, satu demi satu hak dan ampunya kita akan tergadai dan kita menjadi semakin lemah dan lesu tidak bermaya.

SEBAHAGIAN BESAR DARI SUASANA INI ADALAH AKIBAT PEMIMPIN MELAYU MASA KINI. Alangkah baiknya jika pemimpin kita tidak mengutamakan kuasa dan harta. Alangkah baiknya jika tidak berburuk sangka antara kita. Alangkah baiknya jika kita benar-benar mengamalkan situasi menang-menang antara kita. Tidak perlu bersembunyi dan menjadi rahsia. Nik Aziz, Pak Hadi, Datuk Seri Najib, Muhyiddin, Datuk Seri Zahid, Shafie Afdal dan Hishamuddin, Salahuddin Ayub dan lain-lain haruslah merangka secara terbuka PENYATUAN KEDUA PARTI UMNO DAN PAS DEMI SURVIVAL BANGSA MELAYU. Segera sebelum suasana kesedihan menjadi kenyataan. Jangan ada sesiapa yang akan ketinggalan dalam penyatuan. Semua akan menang dan semua akan hati senang. Samada dalam PAS atau UMNO atau mana-mana jua, selagi kita yakin dengan ucapan Ashhadualahillahailallah, waashhaduanna Muhammadarasuluallah, maka kita adalah saudara dan haram bagi kita bertelingkah melebihi jumlah 3 hari.

Suasana akan kembali aman dan sentosa jika ia menjadi nyata. Kaum India dan Cina juga akan senang menjalani kehidupan mereka dalam negara jika melayu kuat menjadi satu. Bersatu hati kita membawa negara kemercu kejayaan diarena antarabangsa. Buangkan segala kekeruhan dan ambillah suasana kejernihan sesama kita. Rapatkan hubungan silatulrahim kerana itupun yang dituntut oleh agama suci kita. Kata mengata dan adu domba, hatta didalam blog seperti ini harus dinyahkan dari sanubari kita. Siapa kita yang bingkas dan hebat dalam menyebar adu domba dan fitnah? Apakah kita tidak pernah melakukan kesalahan dan kesilapan dalam kehidupan?

Pesanan saya buat Tok Guru Nik Aziz dan Pak Hadi Awang, bahawa bawalah seramainya bangsa kita sebelah sana, untuk bersama pemimpin bangsa sebelah sini, untuk bersatu hati dan bersama berjuang didalam satu platform bangsa yang mungkin tidak bernama UMNO dan PAS lagi. Saya yakin orang seperti Nobisha, Pak Kadir Jasin, Hussin Lempoyang, Fuad Hassan, Kuda Kepang, Nordin Kardi dan yang lain-lain akan menangis teresak-esak kesayuan dan kegembiraan jika ia menjadi nyata. Saya yakin sepenuhnya bahawa tidak ada seorang melayupun akan menentang hasrat ini, kecuali mereka yang takut kehilangan kuasa dan harta dan itu bukankah Tamak dan haloba namanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM ZIARAH BRO
ARTIKEL YG MENARIK. KLU LAH TOK GURU2 DI SEBLAH SANA TU CELIK HATI SUDAH PASTI ORG2 MELAYU MAKIN BERSEMANGAT UTK SEIRINGAN MEMPERJUANGKAN BANGSA MELAYU DAN AGAMA SECARA LEBIH KOLEKTIF.

http://jeffrydamien09.blogspot.com/

hafasutra berkata...

Sebelum memberi pandangan terhadap tok guru atau sapa2 pun kita kena kaji dulu samada perjuangan mereka berasaskan apa dan kaji balik kitab fiqh sirah yang dikarang oleh syeik Ramadhan Al Buthi faham betul-betul cuba samakan dengan perjuangan zaman sekarang