SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 3 April 2009

ONE MALAYSIA, Apakah Cina dan India bersedia????

Okey, saya setuju dengan saranan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengenai gagasan "one Malaysia" yang dilontarkannya semasa ucapan sulong beliau selepas sahaja mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 baru-baru ini. Gagasan One Malaysia membawa tafsiran bahawa segala perancangan dan pelaksanaan dasar dan program negara hendaklah menjurus kepada dasar dan pelaksanaan yang tidak berdasarkan kaum, malah berdasarkan kepada hak kesamarataan dan keadilan kepada semua warganegara Malaysia. Sudah tentu tidak akan ada satu kaumpun yang akan ditinggalkan dan sudah tentulah semua kaum bermula saat ini wajib tidak "jatuh cinta" kepada negara asal dan menjatuhkan rasa cinta tersebut secara 100% kepada Malaysia sebagai negara mereka. Tidak terkecuali bagi para pemimpin, samaada pemimpin komuniti melayu, cina, India, Kadazan, Iban, Melanau, Hindraf, ABIM, Persatuan Guru-guru Cina Semalaysia dan sebagainya, bermula saat ini harus menganggap "one Malaysia" sebagai satu gagasan kepada setiap warganegara Malaysia.

Tidak kira pemimpin itu melayu atau cina atau India atau Iban atau Kedazan, masalah kemiskinan yang belum lagi selesai dan masalah ketidaksamarataan tafar kehidupan masyarakat yang mengikut kaum-kaum yang ada di Malaysia harus diselesaikan secara ikhlaas dan jujur sesuai dengan amalan gagasan one malaysia yang dilaungkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Masalah kemiskinan yang masih melanda suku kaum India, Melayu, Kadazan, Iban, Melanau, Orang asli dan sebagainya lagi itu harus dipandang dari sudut pembasmian kemiskinan masyarakat Malaysia. Bukan pembasmian kemiskinan melayu atau Iban atau India. Ia adalah pembasmian kemiskinan orang Malaysia. Jangan sekali-kali jika kerajaan berusaha untuk membasmi kemiskinan penduduk luar bandar, maka akan kita katakan membasmi kemiskinan kaum atau bangsa melayu.

Di Malaysia ini, rata-rata penduduknya yang tinggal dikawasan luar bandar masih perlukan bantuan untuk menaikkan taraf kehidupan mereka. Begitu juga yang tinggal di estate-estate atau perladangan getah dan di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak. Masyarakat dikawasan ini sangat memerlukan peluang bagi meninggikan tafar kehidupan mereka. Jika berlaku kemiskinan dikawasan bandar, mereka yang miskin itu rata-ratanya hidup dikawasan setinggan yang daif dan tidak mengamalkan kehidupan yang nyaman dan bersih. Masyarakat inilah yang amat memerlukan bantuan kerajaan terutama dari segi pendidikan anak-anak dan peluang pekerjaan yang menjanjikan gaji yang agak lumayan, bagi menaikkan taraf hidup mereka.

DENGAN JELAS DAN TEGAS SAYA KATAKAN BAHAWA KUMPULAN masyarakat YANG SAYA SEBUTKAN ITU TADI TERLALU JAUH KETINGGALAN JIKA DIBANDINGKAN DENGAN MASYARAKAT BANDAR DAN YANG TERLIBAT DENGAN BIDANG PERNIAGAAN. TIDAK KIRA IANYA DARI KAUM MANA SEKALIPUN, JIKA TERLIBAT DALAM BIDANG PERNIAGAAN DAN BIDANG PROFESIONAL LAIN, MEREKA TIDAK LAGI TERGOLONG DALAM GARIS KEMISKINAN. Dalam gagasan one malaysia yang dilaungkan Datuk Seri Najib, kumpulan yang "kaya-kaya" ini seharusnya dan sebaliknya dididik agar menjadi manusia yang dermawan dan membantu kerajaan untuk berkhidmat dan memberikan peluang seluasnya kepada mereka yang masih jauh ketinggalan dalam arus kemajuan dan pengkayaan diri dalam negara kita ini.

Pemimpin juga tidak harus melihat dari sudut bangsa jika menyelesaikan masalah sosial-ekonomi rakyat. Jangan lihat nelayan atau petani itu pada bangsanya. Lihat pada taraf kehidupannya. Pemimpin harus menyelesaikan masalah berdasarkan tahap kehidupan mereka dan bukan kerana mereka melayu atau cina dan India.

Dalam hal ini, apakah syarikat swasta akan menyahut seruan Datuk Seri Najib? Apakah selepas ini pengambilan pekerja swasta tidak lagi berdasarkan kaum? Apakah mungkin kakitangan swasta selepas ini tidak hanya dimonopoli oleh sesatu kaum sahaja seperti sebelum ini? Saya yakin selepas ini pengambilan kakitangan kerajaan akan dibuat secara yang lebih adil kepada semua kaum. Tetapi apakah swasta akan mengikut langkah tersebut?

1 ulasan:

muhammad fakhruddin berkata...

Assalamualaikum...
saya melihat gagasan DS Najib itu seumpama idea DEB Tun Razak,yang mungkin dianggap sinis pada mulanya.
Saya berharap agar DS Najib dapat 'walk the talk' slogannya agar ia dapat memenangi minda dan jiwa rakyat.

p/s:teruskan jalan-jalan DS Najib. Lebih elok tanpa media,lebih molek ke ceruk-ceruk Malaysia yang lain.