SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 31 Mac 2009

Rasuah masih berleluasa menjelang hari pengundian?

Berita Nasional@Satu pagi tadi mewar-warkan, Lembaga Disiplin Parti UMNO menyebarkan kenyataan bahawa masih berlaku perbuatan rasuah menjelang hari-hari terakhir pengundian semasa Persidangan Agung UMNO baru-baru ini. Bagaimanapun kenyataan tersebut tidak beserta dengan bukti kukuh dan penyiasatan akan dilakukan samada memang berlaku perlakuan seumpama itu. Lembaga Disiplin Parti UMNO juga mengakui bahawa perlakuan rasuah disaat-saat akhir memang sesuai terjadi, kerana pada ketika itulah usaha untuk meraih kemenangan akan menggunakan segala cara dan kaedah bagi memenangi hati para pengundi.

Saya mempunyai sedikit komen mengenai berita ini.

1. Sepatutnya berita seperti ini tidak dihebahkan melampau-lampau pada ketika Datuk Seri Presiden berusaha kuat untuk membuat perubahan dalam parti. Selain daripada kita bersikap telus dan mulus, apakah kita sedar bahawa sebenarnya kita membuka pekong didada?
Ada kadangnya pendekatan sebegini baik untuk parti, dan ada ketikanya sangat buruk untuk parti kita. Dilain masa nanti, berita seperti ini boleh kiranya dihebohkan kepada khalayak jika telah terbukti dengan sahih.

2. Olehkerana telah terheboh kepada masyarakat secara nyata, maka saya kira YB Datuk Seri Presiden harusnya menangani kes ini dengan bijaksana. Salah satu tindakan yang saya kira baik dan bijaksana ialah jangan sesekali memilih pemimpin yang dipersepsikan sebagai Perasuah tadi sebagai Menteri Kabinet Persekutuan maupun Negeri.

Sekian dan Harap Maklum.

Tiada ulasan: