SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 12 Mac 2009

Kawanku akan menjadi orang nombor satu negara.

TAK SAMAPAI SETAHUN TAHUN LAGI, BAHKAN TAK SAMPAIPUN 3 BULAN, DATUK SERI NAJIB AKAN DUDUK DIJAWATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA. Saya mengambil kesempatan melalui penulisan dalam blog ini untuk terlebih dahulu mengucapkan tahniah dan rasa kesyukuran saya diatas pemilihan dan perlantikan tersebut. Datuk Seri sememangnya sangat layak duduk di jawatan tersebut dan tidak lagi ada pemimpin UMNO lain yang berkelayakan menyaingi kelayakan Datuk Seri.

Sebagai kawan dan rakyat diperingkat akar umbi saya juga mengambil kesempatan dalam ruangan ini untuk berpesan agar selaku pemimpin nombor satu negara, segala tindakan Datuk Seri harus TAJAM dan BIJAKSANA.

1. Datuk Seri memang sepatutnya membuka mata dan telinga, mendengar luahan dan keluhan rakyat jelata. Pun demikian Datuk Seri juga harus bijaksana memilih luahan maupun keluhan serta kritikan tersebut. Pilihlah yang HANYA MEMBINA sahaja. Tidak semua kritikan rakyat membawa kepada kebaikan dalam perjuangan kita. Ada yang membawa kearah kejahanaman. Rakyat masa kini ada yang agamanya islampun, tapi perangai macam syaitan.

2. Penasihat yang akan dipilih mestilah mereka dari berbagai bidang spt agama, sosialogi, sains, kesukanan, saikologi dan berbagai lagi. Pastikan bukan mereka yang mempunyai agenda peribadi termasuk kroni dan kaum keluarga sendiri.

3. Yang tersirat dalam perjuangan kita, janganlah hendaknya diketepikan dari agenda perjuangan Datuk Seri walau macamana kritikalnya perjuangan yang Datuk Seri Lalui.

4. Sabar dan berhemah tinggi dalam pancaroba kepimpinan Datuk Seri. Sentiasa tunjuk muka manis saban ketika.


Semoga sukses selalu dan kami rakyat dibawah sentiasa mendoakan Datuk Seri berjaya dan bahagia dalam menempuh kehidupan yang Allah SWT telah tentukan.

Wassallam.

2 ulasan:

.@blogger.com berkata...

betul,betul,betul! tak ada siapa lagi yang lebih layak dari DSN. kepada anwar, lupakanlah mimpi mu itu dan simpanlah impian itu di kehidupan lain kelak.

bungaraya berkata...

@blogger.com,
Nada www.apa dong. Tolong berikan agar dapat saya masukkan dalam senarai blogger saya.