SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 11 Mac 2009

JANGAN TAKSUB!!!. BAHAYA KEPADA BANGSA.

Apa maksud taksub? Bagaimana karektor kita apabila berkeadaan taksub? Macamana kita bertindak dalam suasana ketaksuban yang keterlaluan? Sedarkah kita bahawa kekadang kita sangat taksub dalam memberikan sokongan kita kepada sesebuah parti atau seseorang pemimpin. Lebih dahsyat sehingga berlaku cerai berai suami isteri dan tak bertegur sapa antara anak dan ayah. Ada setengah orang sehingga matinya, langsung tak pernah menghadiri kenduri kendara keluarga terdekat semata-mata kerana perbedaan sokongan kepada sesebuah parti.
Banyak keadaan dimana terdapat antara kita yang sanggup menggunakan ayat-ayat suci Allah SWT semata nak membenarkan sesuatu tindakan ketuanya yang ternyata salah kerana kesetiaannya kepada ketuanya terlalu taksub.

Manusia ni apabila taksub, yang hitampun dikatakan coklat. Bunga Rayapun dikatakan bunga rayau. Bila si Ali ( ketuanya) mengatakan si Ahmad itu kafir, maka kafirlah siAhmad juga pada kata penyokong nya yang taksub tadi. Padahal kesalahan si Ahmad hanyalah menyokong sebuah parti yang tidak seperjuangan dengan si Ali tadi. Hati-hati kerana taksub adalah satu penyakit yang sangat bahaya kepada pemain politik dimana jua negara ia berada. Apatah lagi di Malaysia yang rata-ratanya ramai pemain politik masa kini bersikap "menegakkan benang yang basah".

Yang pasti anda tidak akan dapat melihat dengan seadilnya tindakan yang baik-baik dan yang memberikan manafaat murni oleh sesiapa jua pemimpin jika anda bersifat taksub dalam menyokong sesorang pemimpin maupun sesebuah parti. Walaupun seseorang pemimpin itu memiliki akhlak yang baik dan kepimpinan yang hebat, namun anda akan tetap menyerangnya dengan kritikan yang jahat jika anda terlalu taksub kepada pemimpin lawan. Taksub ertinya mata hati anda telah menjadi buta dalam membuat pernilaian kepada seseorang pemimpin.

Akhirnya anda akan menjadi seorang pembunuh kejam sepertimana yang berlaku di Sri Langka dan banyak negara lagi didunia ini. Oleh itu janganlah kita terlalu taksub dalam memberikan sokongan kepada pemimpin kita. Jika mereka berbuat baik, maka kita kenalah terima dengan penuh rasa kesyukuran. Jika mereka berbuat jahat, maka kita hendaklah menolak pemimpin yang jahat itu juga. Sekalipun pemimpin tersebut adalah merupakan ketua kepada parti yang kita sokong.

1 ulasan:

ONE berkata...

salam,

ketaksuban akan membawa kesesatan,
kerana itu lah islam menuntut kesederhanaan..
jangan sesekali kita benarkan agenda ketaksuban ini menyubur didalam negara kita..

allahualam..