SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Sabtu, 7 Mac 2009

Persatuan Kerabat Diraja Kedah kata "Kembalikan imuniti Raja". Kita nak dengar apa kata PAS dan PKR.

Sedikit masa lalu, Tak sampaipun 1,000 jam dari saat ini lamanya, Persatuan Kerabat Diraja Kedah mahu meminta Persidangan Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk meminta kembali Imuniti Raja-Raja yang telah hilang. Mungkin agaknya ketika Tun Mahathir marah suatu ketika dulu pada tahun 1994 lah tu.

Jika melihat suasana di Perak ketika ini, dimana ramai sangat yang menderhaka kepada Raja dan sangat malang termasuk dari bangsa melayu sendiri, memang sesuailah saranan dan cadangan dari Persatuan Kerabat Di Raja Kedah itu. Jika tidak nanti besok masing-masing anak muda melayu berebut tengkolok sultan dan keris dipinggang sultan untuk berkelahi menghancurkan budaya bangsanya sendiri.

Aku ingatlah, Kementerian Pelajaran kena adakan satu sukatan pelajaran khas untuk anak-anak bangsa kita. Mungkin dah ada, tapi anak-anak sekarang ramai yang tak faham dan menghayati RUKUN NEGARA pun. Bukan apa, ini supaya mereka tahu akan adat bangsanya yang telah ujud turun temurun ini. Adat-adat ini telah bapak-bapak dan datuk-datuk mereka gunakan sebagai guide line kehidupan sejak dahulu kala sehingga rupa bentuk anak-anak mereka sekarang ini masih sebiji rupa melayu. Sehingga kini mereka masih fasih berbahasa melayu dan masih boleh duduk bersimpuh ketika menyuap nasi kemulut. Pendeknya watak melayu masih menjadi watak dalam kehidupan seharian mereka. Masih selesa memakai baju kurung dan yang lelakinya bersongkok melayu asli. Kerana adat dan tata susila itulah gadis melayu masih kelihatan ayu dan cantik menawan.

Kepada Generasi muda melayu ( tidak semua ), ingatlah akan adat budaya bangsa kita. Kaum bangsa lain tak boleh nak kita salahkan jika Ketuanan Melayu hilang dari atas muka bumi ini. Tuan-tuan adalah generasi yang memiliki ilmu yang tinggi-tinggi. Tuan-tuan tahu bahawa terdapat sebilangan bangsa dan kaum telah lenyap dari atas muka bumi ini akibat tidak adanya jiwa ketahanan bangsa dikalangan kaum tersebut. Bangsa yang hanya ujud pada masa ini dapat bertahan kerana kekuatan tersebut ada pada dirinya.

Tindakan kurang ajar dewasa ini sewenangnya dipertontonkan diklayak dan amat memalukan kita generasi yang lebih dewasa dari anda semua. Ianya sangat tersasar dari jiwa adat dan budaya bangsa kita.

Sayapun tak suka jika pemerintah berlaku tidak adil. Tapi hanya kerana itu saya mengambil tindakan menghina Sultan? Itu jauh sekali dari minda saya. Juruskan semangat berkobar-kobar anda kebidang lain yang lebih baik dan bermertabat. Dalam bidang Kesukanankah, dalam bidang Angkasa Lepasklah, Dalam bidang Sains dan Teknologikah. Dalam bidang ekonomikah. Atau dalam apa bidang sekalipun yang akan memberi manafaat, bukan saja anda malah kaum bangsa anda. Ini yang sepatutnya kita lakukan, sehingga dalam dunia itu, manusia melayu merebak dimana-mana dan didalam segenap bidang, mengubah acuan dunia menjadi acuan kita. Bukan sebaliknya berkelahi saban hari dengan rasa keseronokan yang entah tamat bila. Habuk pun takde.

Berbalik kepada Cadangan Persatuan Kerabat Diraja Kedah itu tadi, tentunya jika Majlis Raja-Raja bersetuju, perkara ini akan dibawa ke Parlimen untuk dipinda dan dibuat keputusan. Apakah mungkin Ahli Parlimen melayu dari PAS dan PKR akan menentang atau menyokong? Sama-samalah kita tengok dan dengar nanti.

2 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam,

Apa yang pasti, orang Melayu terlalu mengejar pangkat, dan harta kekayaan

Tai berkata...

orang melayu ada yang dah lupa adat susila sampai sanggup derhaka.