Sejak kebelakangan ini semua nak dipertikaikan.
Kerja POLIS kerap dipertikaikan.
Kerja PEGUAM NEGARA juga demikian.
Apatah lagi kerja pemimpin negara. Kadang aku kasihan dengan Pak lah. Aku tengok muka Najib kerap kenampakkan warna merah padamnya.
Tuan Syed Hamid hitam mencuka akibat hentaman dan pertikaian musuh politiknya.
Datuk Zahid terpaksa tunjuk muka selamba saban ketika.
Hishamuddin juga menjadi mangsa.
Yang paling tak seronok didengar dan dipandang, Sultanpun mereka pertikaikan.
Yang menghairankan mereka menjadi pembela penjenayah.
Kugan contohnya.
Mungkin betul kata NOBISHA.
Ini semua akibat penganguran dan kerja dah tak ada.
Atau mungkin bayaran sesen dua
Oleh Ketua mereka
Aku rasa-rasa pertikaian ini tidak akan padam
Sekurang-kurangnya sehingga PRU ke 13 nanti.
Oleh itu aku cadangkan pemimpin negara pekakkan telinga
Usah dengar jika tak membina.
Yang utama ekonomi negara
Pembangunan Negara
Dan bangsa kita Malaysia.
Masalahnya Anwar langsung nampak tak bersalah kepada mereka.
Karpal Singh tidak dipertikai?
Macamana dengan LIM Guan Eng yang gagal mengatasi kemiskinan di Pulau Pinang itu?
Yang bertudung pun menyokong perangai Elizabeth Wong.
Mana suara yang mereka apabila rakan mereka mempertikaikan bumiputeraisme spt apartheid?
Ini semua kerana politik.
Mana ada keadilan spt yang diperjuangkan?
Dan disanjung oleh generasi Muda.
INSAFLAH.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
2 ulasan:
Salam...
Setuju sgt2 lah, Umno jgn mengikut rentak pembangkang. Pembangkang ni selalu mencari ruang, sebaliknya Umno teruskan mentadbir kerajaan biar rakyat sediri yg menilainya...
Pakmie.blogspot.com
BETUL TU, JANGAN SEKALI KALI TAKSUB SAMPAI LUPA DIRI...
Catat Ulasan