SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 10 Mac 2009

UMNOLAH SATU-SATUNYA JADI PENGHARAPAN.

Kepada Generasi Y.
Tuntut lagi ilmu hingga berlaksa-laksa.
kerana sangat jelas sekali secara pukul ratanya
Masih ada kekurangan dalam ilmu yang anda timba.
Kepada KEBEBASAN, KESAMARATAAN DAN KEADILAN.
Yang anda semua perjuangkan.

Jika tidak berhati-hati
perjaungan anda sekalian
Akan membawa kita melayu kearah jahanam dan kehancuran.
Suatu masa yang mendatang ini.

Perjuangan anda yang bertali arus,
Tanpa kawalan dan sempadan,
sejak akhir ini telah menyemarakkan
Rasa benci dan jijik dikalangan rakyat jelata
kepada institusi Raja-Raja.
Malah juga agama rasmi negara,
Malah juga Ketuanan Kita.
Malah juga bahasa kebangsaan kita.

Tentunya pada rasa saya,
Anda tidak memahami dan menghayati
Erti makna sebenar
Kenapa UMNO ada
Kenapa MCA ada
kenapa MIC ada
Yang diujudkan ketika mula merdeka.
Bukan hanya sekadar sebuah parti pitisan,
Malah berjuang untuk masing-masing bangsa dan kaum mereka.
Jika kita terlepas dari ikatan cita-cita dan kemahuan tersebut,
Maka akhirnya kita akan merana dan menghancurkan bangsa.

Apakah kaum Cina akan lupa?
Apakah kaum India akan teralpa?
Dari landasan utama perjuangan mereka.
Pertahankan hak mereka sebagai warga Malaysia?
Jawapannya adalah TIDAK.
Yang hanya lupa dan kononnya memiliki ilmu yang berjela-jela..
HANYA KITA.
Kita sangat mudah dijadi boneka, dijadikan Ali-Baba, dijadikan Hero Auta,
dan dijadikan Celaka oleh mereka.

Anda tahukah siapa yang pertahan Hak Raja-Raja?
Pertahan Hak Istimewa Bumiputera?
Pertahan Islam sebagai agama rasmi negara?
Pertahan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama?
UMNO> UMNO> UMNO jawapnya.

Apapun yang terjadi UMNO tidak ada gelang ganti.
Hanya UMNOlah yang menjadi pengharapan kita untuk pertahan segala milik kita
Dalam negara yang bergelar Malaysia.
Anda tidak patut berharap kepada sesuatu yang tidak nyata.
Sehingga saat ini PKR dan PAS bukan tempat kita bergantung kukuh.
Pegangan parti tersebut longgar dan mudah diperdaya oleh parti yang berjuang demi
Lain kaum dan keturunan.
Mereka tidak bersalah kerana mereka berjuang untuk hak dan bangsa mereka.
Yang salah kita kerana terlalu banyak soal ansur dan memberi muka.
Kononnya Hak keadilan dan kebebasan serta kesamarataan.
Padahal kita tengah dipermainkan dengan ungkapan manis seperti madu.
Yang sebenarnya adalah Hempedu.
Didalam sebuah lingkaran perjuangan,
yang menegakkan penerusan keujudan empayar Melayu
Diatas muka bumi Allah ini.
Amin YaaRabbalaalamin.

Sama-sama kita baca penulisan dibawah ini:-
(disalin ( copy ) dari blog Penglima Perang Cyber. )

Oleh NOR ZAINAH NORDIN
zainah.din@utusan.com.my
BANGI 10 Mac - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan orang Melayu tentang kewujudan usaha radikal oleh pihak-pihak tertentu untuk mengubah resipi kekuatan bangsa Melayu.
Baginda bertitah, resipi yang mahu diubah itu terdiri daripada faktor-faktor agama, bahasa dan budaya di bawah naungan dan perlindungan raja-raja Melayu serta termaktub dalam Perlembagaan.
Baginda menegaskan, dalam konteks bangsa Melayu di negara ini, resipi kekuatan itu merujuk kepada elemen utama penyatuan dan kekuatan bangsa.
"Hari ini telah timbul usaha-usaha radikal daripada kalangan yang tidak mendalami muslihat di sebalik yang tersirat yang mahu mengubah resipi tersebut,'' titah baginda.
Raja Nazrin bertitah demikian ketika melancarkan buku The Malays karya ahli akademik Australian National University, Prof. Anthony Milner di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.
Raja Muda Perak bertitah, keterusan hidup atau survival Melayu sebagai satu bangsa bergantung beberapa faktor yang selama ini memberikannya identiti dalam bentuk agama, bahasa dan budaya.
Titah baginda, ia termasuk budaya bernegara dan berkerajaan yang berpegang kepada prinsip rakyat beraja dan negeri bersultan.
Baginda bertitah, betapa malangnya bangsa apabila berlakunya tindakan yang mahu menghapuskan tradisi dan meruntuhkan institusi Melayu.
"Betapa terancam survival bangsa apabila tradisi dan institusi tidak lagi dihormati dan disifatkan sebagai antitesis kepada pemikiran rasional, permodenan dan sains.
"Betapa malangnya apabila generasi yang cetek terhadap latar belakang sejarah mengaitkan tradisi sebagai amalan jahiliah, tahyul dan dogmatik," titah baginda.
Raja Nazrin bertitah, dalam mengharungi gelombang globalisasi dan menghadapi dinamik politik yang sedang melanda, bangsa Melayu kini di persimpangan jalan dan menghadapi dua kemungkinan.
Titah baginda, kemungkinan pertama ialah bangsa Melayu akan terus bertahan, berkembang dan kuat serta dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung di dunia global.
Kemungkinan kedua, titah baginda, ialah bangsa Melayu hanyut dalam gelombang globalisasi, menjadi lemah kerana akar budaya dan tradisinya telah dicabut malah pemikiran, gaya hidup dan nilai-nilai budaya bangsa makin disisihkan.
Sehingga akhirnya, baginda bertitah, Melayu itu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung dalam hikayat-hikayat lama.
Pada ketika itu, Raja Nazrin bertitah, tiada lagi minat untuk dilakukan kajian sosiopolitik dan sosioekonomi bangsa Melayu secara dinamik.
Baginda bertitah, kalau masih ada pun yang berminat mengkaji bangsa Melayu, ia mungkin terbatas kepada sejarah kejatuhan atau lebih tertumpu kepada aspek antropologi dan arkeologi bangsa Melayu yang hanya tinggal dalam sejarah.
"Untuk itu, perlulah bangsa mengambil renungan akan kisah kebodohan Pak Kadok, memiliki ayam sabung yang hebat lalu dipermainkan oleh pihak lawan.
"Akhirnya Pak Kadok menyerahkan ayam sabung kepada lawan, Pak Kadok sekadar bersorak menang sabung sedangkan kampungnya telah digadai," titah baginda.

1 ulasan:

PARPUKARI berkata...

GEMPAR ! ANWAR PERANGKAP PAKLAH BERTEMU DENGAN KETUA AJARAN SESAT DI HULU LANGAT !

PERKARA 1
salam untuk semua sahabat bloger dan pembaca. apa yang gap akan dedahkan ini merupakan satu bukti sahih dan benar,perancangan jahat anwar untuk melakukan apa sahaja cara untuk menyesatkan umat islam di malaysia.


sebelum ini kita umat islam telah banyak didedahkan akan beberapa sikap liberal dan munafiknya anwar bin ibrahim memperkuda/merosakkan islam demi mengejar cita-citanya kemaruk kuasa untuk menjadi perdana menteri.


anwar bin ibrahim pernah menyanjungi salman rushdie dalam komentarnya memuji buku satanic verses, anwar bin ibrahim tidak pernah menyatakan BANTAHAN dalam persoalan murtad lina joy, hudud yang selama ini diperjuangkan oleh parti pas kini sudah menjadi bahan cacian karpal singh, kumpulan artikel 11 dan pejuang-pejuang IFC ( INTER FAITH COMISSION) kini sudah kembali 'bertenaga dan bersemangat' setelah anwar secara komited memberikan HARAPAN BARU untuk mereka menyamarata kan hak ISLAM DAN BUKAN ISLAM.


ini adalah beberapa contoh betapa 'terdesaknya' anwar bin ibrahim untuk 'mengejar saki baki masa' yang ada untuk MEROSAKKAN SECARA TOTAL HAK AGAMA DA BANGSA DEMI MEMENUHI TUNTUTAN NAFSU UNTUK BERKUASA MENJADI PERDANA MENTERI KE 6.


dalam keadaan yang cukup menyesakkan nafas anwar ini, hari ini kita telah digemparkan dengan cerita dan gambar pertemuan anwar dan paklah di hulu langat. anwar bin ibrahim adalah pengamal kaedah 'political animal' . kepala munafik ini sanggup bersekongkol dengan sesiapa sahaja untuk memerangkap musuh politiknya, walaupun dengan menggunakan kaedah agama.


hari ini anwar telah memerangkap paklah untuk bertemu dengan seorang tua bernama mahmud bin hj abd rahman (pengasas ajaran aurad ismailiah) yang telah difatwakan sebagai SESAT oleh bekas mufti negeri selangor, almarhum dato' ishak baharom. orang tua ini telah dijadikan medium perantaraan untuk anwar bertemu dengan paklah dan digunakan sebagai 'agenda pemula' anwar untuk kembali menjadi pejuang islam dan ikon perpaduan melayu. sayang perangkap anwar bin ibrahim ini TELAH DAPAT PIHAK KAMI KESAN.


sila baca 2 perkara dibawah sebagai rujukan. gap mohon kepada anda semua baik dari pihak bloger dan pembaca untuk MENYEBARKAN BERITA GEMPAR INI kepada seluruh umat islam di malaysia. sebarkan ia melalui rangkaian blog,website BN dan PEMBANGKANG, email dll cara supaya berita ini sampai.


AYUH DEMI ISLAM,BAIK UMNO,PAS,PKR SILA SELAMATKAN AKIDAH ANDA ! KITA TOLAK PERBEZAAN POLITIK DALAM HAL PENTING INI ! SELAMATKAN AKIDAH KITA DARIPADA DI SESATKAN OLEH ANWAR BIN IBRAHIM !


PERKARA 2
INI ADALAH SALINAN FATWA DARI ALMARHUM DATO' ISHAK BAHAROM YANG TELAH MENGISTIHARKAN AJARAN ISMAILIAH YANG DIBAWA OLEH MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN ADALAH SESAT !



NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZZETE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 48
23hb November 1995
TAMBAHAN No. 23
No. 24
PERUNDANGAN
Sel. P.U 48.

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989

PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989
FATWA ON AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN

En. 2 / 1989
IN exercise of the powers conferred by subsection 31(1) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment 1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussion with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa as specified in Schedule.

JADUAL/ SCHEDULE

( 1 )
Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

( 2 )
Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.

Dibuat pada 25hb Oktober 1995
Made the 25th October 1995.[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Sel.AGM/0007.]

DATO' HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM
Mufti Negeri Selangor




PERKARA 3
INI ADALAH ARTIKEL YANG DIPETIK DARI BLOG MSO BERKENAAN DENGAN PERTEMUAN DAN PERANCANGAN JAHAT ANWAR IBRAHIM UNTUK MENYESATKAN PAKLAH/UMNO SERTA SELURUH UMAT MELAYU !

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantikan oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.

Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap.

Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.

Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dilihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?

Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.

KOMEN SAYA:

LIHATLAH SAUDARA SEISLAMKU BETAPA DAJJALNYA MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....DEMI CITA-CITA POLITIK AGAMA PUN DIPERDAGANKANNYA...ASTAGFIRULLAH...YA ALLAH YA TUHANKU, KAU SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI DARI MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....

http://parpukari.blogspot.com/