Saya suka dengan kupasan atau komen brother Gedungakal yang mengatakan bahawa keputusan rakyat pada PRU ke 12 lepas yang memberikan sebahagian besar undi mereka kepada Pakatan pembangkang hanyalah sebagai satu amaran belaka. Rakyat jelata hanya memberikan amaran bahawa Barisan Nasional khususnya UMNO jangan melakukan perkara sumbang dan bertentangan dengan objektif sebenar kita sebagai pemimpin bangsa dan agama serta negara ini. Menjadi pemimpin jangan terlari arah sehingga kita terlalu memberi keutamaan kepada harta, taktha dan wanita semata, sehingga agama, bangsa dan negara jauh diketepikan. Rakyat sesungguhnya nampak apa yang kita lakukan. Menghabiskan masa di Ibu Negara sehingga meninggalkan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri maupun Kawasan Parlimen adalah suatu sikap dan perangai pemimpin yang perlu diubah dan diperbaiki. Kenapa mesti kerap di Kuala Lumpur dan Putrajaya? Bukankah rakyat rasa keliru dan bengong dengan pemimpin BN atau UMNO yang serupa ini? Baliklah selalu ke kawasan anda dan pimpinlah rakyat yang sekian lama ini mengundi dan mengharapkan kepimpinan anda.
Komen Gedungakal sangat bernas dan patutnya diambil sebagai satu iktibar dan tauladan agar selaku pemimpin parti dan pemimpin rakyat, anda bermula menunjukkan perubahan yang drastik. Jika pada PRU ke 12 yang lalu ia hanya sebagai satu amaran, jangan hairan jika dalam PRU ke 13 kelak, ia akan menjadi sebagai satu hukuman kepada parti kita.
Kepada rakyat akar umbi, ingin ku katakan, sepertimana yang kita lihat dengan jelas, bahawasanya kini telah banyak perubahan menuju kearah pembaikan dan kearah apa yang kita kehendaki. Pemimpin Barisan Nasional, khususnya UMNO termasuk sekali Presiden parti UMNO, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menunjukkan sikap yang proaktif dan memberansangkan. Sebenarnya sejak dari Mantan Presiden Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, usaha kearah memperbaiki diri oleh pemimpin UMNO telah mula berlaku. Banyak dasar-dasar kerajaan telah mula berubah. Ramai Pemimpin utama parti telah mula kembali kepada rakyat, banyak telah mula mengutamakan penyelesaian kepada permasalahan rakyat. Ahli Yang Berhormat di Parlimen telah mula menunjukkan kehebatan apabila berpidato dan rajin serta mula menampakkan minat dan arah sebenar kemana harus ditujukan kepimpinan mereka masing-masing. Semua ini bila kita rangkulkan, telah memberikan satu petunjuk bahawa kepimpinan UMNO/Barisan Nasional telah membuktikan bahawa mereka bersungguh-sungguh menunjukkan perubahan, hasil amaran rakyat jelata dalam PRU ke 12 dulu. Bahkan UMNO menerima baik, saranan yang dikemukakan oleh Presiden PAS, Datuk Hadi Awang, agar semua melayu berpadu semula.
Tingkah laku Menteri-Menteri sebenarnya tidaklah sombong dan angkuh sepertimana anggapan rakyat selama ini. Mereka adalah orang-orang yang baik dan memiliki perangai sebagai individu yang terpuji. Mereka terpilih dalam kepimpinan UMNO kerana kebaikan dan akhlak yang ada pada diri mereka. Ditambah lagi dengan rasa rendah diri, kini pemimpin peringkat Menteri bertambah lagi kehebatannya setelah di beri amaran oleh rakyat jelata. Saya sendiri telah menghadiri dua tiga kali program bersama Menteri di kawasan saya mengundi. Dan jelasnya kepada saya Menteri telah banyak berubah menjadi pemimpin sejati dan pemimpin yang kita harap-harapkan. Pembangunan dikawasan luar bandar kini diperhebatkan. Di Sabah dan Sarawak juga sangat banyak peruntukkan kewangan dicurahkan untuk membangunkan kawasan khususnya pendalaman yang kini telah lama terbiar.
Jika pembangunan tidak juga terjadi!!!Insyallah tahun depan Pak Najib akan mengeluarkan gigi taring dan suara gergasinya, dan akan memberikan teguran keras kepada bapak Menteri yang pemalas itu. Bagaimanapun saya kira tindakan tersebut tidak akan berlaku, kerana bapak Menteri ketika ini sangat rajin berusaha untuk memajukan rakyat dibawah yang dahagakan kemajuan dan pembangunan. Trend suasana politik negara ketika ini sudah memperlihatkan keadaan disebaliknya, dimana rakyat massa lebih banyak mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan kepimpinan PKR, PAS dan DAP ( Pakatan Pembangkang ). Rakyat seolah sedar bahawa apa sebenarnya niat DSAI apabila menubuhkan PKR suatu ketika dulu. Sudah nampak dan kini bertambah jelas akan niat dan motive DAP itu ditubuhkan. Bahawa ianya tertubuh sebiji seperti PAP di Singapura. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa PAS sebenarnya nama sahaja perjuangannya islam, tetapi pemimpinnya tidak memperjuangkan islam dalam ertikata yang sebenar. Perjuangan pemimpin PAS hanyalah untuk Kocek dan Kedudukan semata-mata.
Niz Aziz tidak menuruti sunnah Nabi. Nabi kita merapatkan saf antara kaum Muhajirin dan Ansar. Tetapi Nik Aziz langsung tidak pernah terfikir dimindanya untuk memadukan PAS dengan UMNO, yang isi didalammnya 99.999999% merupakan penganut agama islam. Kita juga boleh mengukur dan membezakan apakah Nizar memperjuangkan Islam atau memperjuangkan "Kereta resmi kerajaan"?. Degil dan bodoh macam badak sumbu.
Suasana sekarang ini sepatutnya telah menyedarkan kita, bahawa jika kita lalai, agama islam dan bangsa melayu akan terpinggir dalam politik dan pentadbiran negara ini. Ini adalah satu perkara yang bukannya mainan dan kita senang-senang bertindak acuh tak acuh. Terutamanya sebagai seorang pemimpin spt Nik Aziz dan Pak Hadi Awang, dimana perjuangan islam dibawanya bersama.
UMNO tidak akan bertanggungjawab sepenuhnya jika islam menjadi agama ke TIGA dalam negara ini suatu waktu kelak. Kesalahan ini patut ditanggung sepenuhnya oleh PAS dimana kini mereka berlagak sebagai juara. UMNO yang sentiasa dituduh sebagai sebuah parti sekular, telah berjaya menerapkan nilai ilam dikalangan masyarakatnya dan telah mempertahankan agama suci itu sehingga kini sejak mencapai kemerdekaan. Banyak yang telah UMNO laksanakan demi survival dan syiar islam dalam malaysia ini. Sedang apa yang telah PAS buat di Kelantan dan Kedah? Dua negeri dibawah pemerintahan mereka. Berbezakah Kedah dan Kelantan dengan Terengganu, Perlis, Johor, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Melaka dll yang berada dibawah kepimpinan Kerajaan Sekular itu? Kalau hanya pada nama Kelantan sebagai "serambi Mekah", itu tidak membawa kemana-mana. Semua orang jangan diayun dengan bicara dan retorik kosong seperti itu. Orang islam Malaysia bukan orang islam yang bengap dan bodoh.
Percayalah dengan penulisan ini. YAB Datuk Seri Najib dan "geng"nya akan membawa Malaysia kedunia kecemerlangan sedikit masa lagi. Beberapa usaha telah dan akan dilaksanakannya bersama-sama rakan seperjuangannya bagi menjadikan rakyat Malaysia dan negara Malaysia cemerlang dipersada dunia. Dan semua ini akan menjadikan kita sangat berbangga, tidak mengira kawan dan lawan. Mengenai kebanggaan kepada negara Malaysia ini, saya biasa mendengar dari perbicaraan kawan-kawan kaum cina yang berada di luar negara. Mereka tidak segan silu menyatakan kebanggaan mereka kepada kejayaan yang dikecapi oleh negara sekian lama ini. Alangkah malunya melayu, jika di luar negara, sebaliknya mencemuh Malaysia, seperti yang kerap lahir dan terluah dari mulut DSAI itu. Dan lebih menyedihkan masih terdapat orang Malaysia yang mengutuk negaranya sendiri diluar negara. Untuk mereka ini, fahami dan hayatilah kenapa Malaysia jauh sangat perbezaannya dengan Somalia? Filipina, Kemboja? Bosnia, Conggo, Costa Rica, Venezuela dan lain-lain itu? Mahukah kita kembali kezaman yang muram itu? Dan ketika itu kita akan berada dalam keadaan yang lebih teruk dari Somalia?. Lu Fikirlah sendiri......
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
1 ulasan:
salam,
komen dalam blogs saya ni,walaupun fahaman berbeza tidak mengapa.
http://kuberharap.blogspot.com/
Catat Ulasan