SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 1 Julai 2009

APA KEMUNGKINAN AKAN BERLAKU/TERJADI?

Negara Malaysia, apa sebenarnya kemungkinan yang akan terjadi jika sekiranya............................
1. Bangsa Melayu adalah gulungan minoriti ( katakan 25% ) dari jumlah penduduknya?
2. Sebelum mencapai kemerdekaan, Malayan Union mentadbir negara ini selama 5 tahun?
3. Perdana Menteri Malaysia pertama ialah seorang berbangsa cina atau India?
4. Tidak ujud DEB atau sebarang dasar yang bermatlamatkan PEMBASMIAN
KEMISKINAN DAN MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT?
5. UMNO hanya sebuah parti yang lemah dan tidak bermaya?
6. PAS masih sibuk dengan karenah dan caca merbanya seperti selalu.
7. Gulungan majoriti itu ialah dari kaum cina dan kaum bukan asalnya dari Tanah Melayu.
8. Pemerintahan berdasarkan meritokrasi sedari mula merdeka. Tidak ada sebarang kouta untuk kaum bumiputera.
9. bangsa melayu boleh masuk sebarang agama tanpa halangan dan sekatan dari Kerajaan?
10. Singapura masih berada dalam malaysia.
11. Ibu Negara Malaysia ialah Bandar Singapura.
12. Dan, dan, dan, dan lagi.....

Kenapa agaknya Allah SWT tidak menjadikan semua itu takdir kepada kita?
Kenapa agaknya ujud disetiap jiwa bangsa melayu pada sekitar 1950an itu sikap dan semangat perjuangan untuk agama islam, bangsa melayu dan negara Malaysia?
Sehingga melayu pada saat itu berpadu erat dengan kukuh untuk memperjuangkan kemerdekaan?
Semua kita boleh mengagak, apa akan terjadi jika sejarah tidak seperti yang kita baca.
Nelayan-nelayan, boleh dapatkah agaknya, RM200.00 seperti sekarang?
Anwar Ibrahim boleh dapatkah biasiswa untuk menyambung pengajian di UM pada sekitar awal 70an?
Atau adik-beradik Calun PAS di Manik Urai tu boleh menjawat jawatan tinggi-tinggitak dalam Kerajaan?
Atau Nizar boleh belajar di Luar Negara mengambil ijazah kejuruteraan?
Sudah tentu PNB dan MARA hanya satu mimpi sahaja.
Sudah tentu LUTH tidak memainkan peranannya dan mungkin nama itu tidak terlintas dikepala
pemimpin negara.

Oleh itu....Lu FIKIRLAH SENDIRI....

Tiada ulasan: