Kalaulah suasana politik mutakhir di Kedah dan Pulau Pinang itu dijadikan sabagai satu contoh, ia memberikan satu penjelasan kepada kita bahawa Pakatan Rakyat!!! itu sememangnya nama tanpa "soul" dan tidak membawa apa-apa pengertian. Mereka kata "Pakatan", tetapi perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka bergaduh sakan sehingga ada yang mengancam atau betul-betul keluar dari Pakatan tersebut. DAP di Kedah contohnya, mengugut keluar kerana Pihak Berkuasa Tempatannya men"JCV"kan habis-habisan KANDANG BABI milik kaum cina yang sudah tentu ahli DAP. Di Pulau Pinang pula, seluruh penduduk sebuah kampung telah mengamuk kerana LIM GUAN ENG tak berani nak melayan kemahuan mereka. Sebaliknya masih meneruskan usaha untuk merobohkan rumah-rumah penduduk tersebut.
Saya nak beritahu DAP satu perkara. Yakni betapa sukar dan peritnya orang PAS terutamanya wanita mereka sama-sama berdiri dibelakang YB Elizabeth Wong, tanda sokongan dan simpati diatas kepopularitian YB tersebut berbogel dan diambil gambar oleh teman lelakinya. Sehinggakan kaum muslimah PAS itu sanggup melakukan sesuatu yang bertentangan dengan akal dan keimanan mereka. Nik Aziz beriya-iya sungguh cuba membetulkan perkara salah yang YB Elizabeth itu lakukan. Nampaktak betapa PAS ingin berkawan dengan DAP. Kadang tu, agamapun mereka letak ketepi.
Saya nak jelaskan juga kepada ahli dan penyokong PAS, bahawa hanya kamu yang terhegeh-hegeh nak berpakat dengan DAP, tetapi apabila kena batang hidung mereka, kamu ditentang dan diugut!!!!Dahlah tu. Cukup-cukuplah tu. Berfikirlah dengan waras. Seperti yang selalu saya nasihatkan, DAP selamanya tidak akan lupa prinsip dan matlamat perjuangan asal mereka. Jangan ingat semua manusia seperti anda. Ada yang kejam dan sampai hati dengan kawan-kawan dalam perjuangan. Tengok saja Israel dengan Palestine. Dalam hal DAP, janganlah bersangka baik. Anda seharusnya bersangka baik dengan UMNO dan BN. Orang islam hanya berkawan dengan orang bukan islam yang baik dan tidak berniat jahat dengan mereka.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan