SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 30 Jun 2009

SEGALANYA MAHAL

Di Wilayah Persekutuan Labuan segala harga barangan terlalu MAHAL.

1. Ikan dua tiga kali lipat jika dibanding dengan harga ikan di Tawau, Kudat, Semporna dan Kota Kinabalu, Sabah. Padahalnya, Labuan adalah sebuah pulau dan sebuah kawasan penangkapan ikan yang juga tersohor seperti di negeri di bawah bayu itu. Yang sangat menghairankan harganya lebih mahal jika berbanding harga ikan di Keningau, sebuah kawasan pendalaman Sabah, yang mana sesetangah penduduknya langsung tak pernah merasa masinnya air laut.

2. Harga sayur tak usah cakap. Sangat mahal jika dibanding sayur di Sabah. Begitu juga dengan harga buah-buahan tempatan. Mungkin ini ada logiknya kerana Sabah adalah kawasan pertanian yang subur dan telah dan sedang menghasilkan produk pertanian yang banyak. Sudah tentu sayur di Wilayah Persekutuan Labuan, sebahagiannya diimpot dari negeri tersebut. Jadi munasabahlah di Labuan, mahal sedikit harganya.

3. Pakaian seperti baju, seluar, setokin, kasut kulit, kasut getah, selipar, topi, tali leher, seluar dalam lelaki, seluar dalam wanita, T shirt, dan sebagainya juga dijual dengan harga yang mahal berbanding kawasan lain di Sabah dan Sarawak. KADANG KITA KEHAIRANAN KENAPA SEBUAH PERLABUHAN INTREPORT BOLEH MENAWARKAN HARGA BARANGAN YANG MAHAL-MAHAL?.

4. Yang hanya murah di Wilayah Persekutuan Labuan ialah ARAK dan ROKOK jika berbanding kawasan lain di Malaysia. KENDERAAN seperti kereta dan motosikal mungkin sedikit murah jika berbading Sabah dan Sarawak. Untuk makluman, oleh kerana rokok dan arak murah harganya, maka aktiviti penyeludupannya ke Sabah dan Sarawak sangat berleluasa.
Penyeludupni, sekarang ada yang telah menjadi jutawan, hasil pendapatan penyeludupan yang dilakukan. Dan nampaknya masih tak dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Ada orang berkata, macamana nak bendung, jika setengah pegawai atau kakitangan pihak berkuasa mendapat komisyen hail dari penyeludupan tersebut. Siapakah pihak berkuasa itu, Lu fikirlah sendiri.

5. Hotel-Hotel Penginapan juga menawarkan harga yang sedikit tinggi dan membebankan Pelanggan. Bagaimana nak merancakkan bidang pelancungan di Wilayah ini jika hotel penginapan menawarkan kos penginapan yang tinggi? Akhirnya Labuan akan menjadi bandar atau "Pulau Hantu" dan pada ketika itu masing-masing salah menyalahkan antara satu dengan yang lain.

6. Pihak Berkuasa Tempatan Labuan ( Perbadanan Labuan ) tidak seharusnya membiarkan perkara ini berterusan. Sesuatu tindakan hendaklah dimulakan bagi menyelesaikan permasalahan ini. KPDNEP juga jangan duduk diam dan membiarkannya ditangani oleh pihak Pengguna semata. Jika tuan dan Puan selaku kakitangan kerajaan tidak mampu melaksanakan penyelesaian yang konkrit keatas perkara ini, mohon berundur dengan gentlemen sdan serahkan kepada pegawai atau kakitangan yang berkemampuan.

2 ulasan:

UMNO Cawangan Gombak Selatan berkata...

Salam Perjuangan,

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan mengucapkan tahniah kepada anda yang sentiasa menyediakan informasi2 terkini melalui pendekatan atau kaedah efektif, iaitu melalui blog.

Kami berharap dapat berkongsi idea dengan anda.. Insyaallah..

Ketua UMNO Cawangan kami, En. Abd. Razak Muhamad mengucapkan Salam Perjuangan khas buat anda..


SALAM PERSAHABATAN IKHLAS DARI,

Shamsury Mohd Salleh..
Ketua Penerangan merangkap
Editor Blog
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN,
BAHAGIAN WANGSA MAJU.

p/s : blog anda dalam senarai link kami

bungaraya berkata...

salam perjuangan dan perpaduan.