SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 28 Julai 2009

CONFIRMED!!! NIK AZIZ SANGAT DEGIL DAN KERAS KEPALA.

Saya berani jamin, kini dalam minda beliau nawaitu awal masuk dalam kancah perjuangan politik telah terpesong jauh. Jika pada awalnya Datuk Abdul Nik Aziz mempunyai nawaitu kerana Allah SWT, kini kerana terlalu terbawa-bawa dengan suasana, nawaitu itu telah berubah kepada kerana Kuasa, Harta dan Dunia semata. Saya rasa eloklah Nik Aziz bersungguh-sungguh bermuhasabah diri segera. Kematian tidak diketahui bila saatnya menyapa kita. Semua orang sudah maklum bahawa 8 dari sepuloh pemimpin umat akan terlebih dahulu masuk kedalam neraka. Kita bimbang salah seorang drpnya ialah Datuk ini.

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak kesilapan yang lahir dari lidahnya. Kadang kerana keenakan, suara yang keluar dari mulut kita, tanpa disedari berbau umpatan, penghinaan, kejian dan cerca merba serta fitnah laknatullah. Tak kan kita nak ajar beliau. Beliau adalah seorang ulamak tersohor suatu ketika. Saya kata suatu ketika dulu, kerana kini keulamakan beliau telah dapat dipertikaikan dan diperbiancangkan sehari suntuk. Mana ada ulamak yang membenarkan seorang islam ikut memasang lilin bagi menghormati kematian rakan kristiannya. Tapi beliau ternyata seolah membenarkan bila Nizar berbuat demikian. Beliau sengaja mencari berbagai alasan untuk membenarkan perbuatan rakan seperjuangannya, yang sebenarnya sangat salah dari segi hukum islam. Suatu masa lalu, beliau juga mencari berbagai alasan untuk membetulkan sikap wanita PAS dan PKR yang berdiri dibelakang YB Elizabeth Wong semasa sidang akhbar mengenai perbuatan berbogel beliau. Kenapa beliau tidak melarang perbuatan sedemikian demi maruah penganut agama islam? Sekarang ni lagi parah bila beliau memilih untuk berkelahi dengan UMNO dan berbaik dengan DAP. Sedang ahli UMNO itu sama bangsanya dengan beliau dan agamanya dengan ahli PAS. Perjuangan UMNO itu juga menegakkan islam dan bangsa melayu. Dan perjuangan PAS juga seperti itu. Sedang perjuangan DAP ialah Malaysian Malaysia.
Perjuangan DAP ialah untuk mengepikan DEP, Hak Keistimewaan Bumiputera dan menjadikan bangsa Cina sebagai bangsa yang menjadi tuan dalam negara ini. MCA pun tak setuju dengan prinsip perjuangan DAP.

Atas alasan apa PAS tertubuh di Malaysia? Memperjuangkan islam. Okey. Saya akur dengan objektif PAS tersebut. Apakah dengan menggunakan perkataan lain selain Parti Islam SeMalaysia, sesebuah parti itu tidak diiktirafkan sebagai pejuang agama? Apakah dengan hanya memasukkan perkataan ISLAM, baru kita diiktiraf sebagai pejuang islam?. Bagaimana jika tertubuh Parti Kristian SeMalaysia? Atau Parti Hindu Semalaysia?. Pemimpin PAS nak kata apa? Apakah PAS akan mengatakan orang bukan islam tidak berhak? Perkara seperti ini akan menjadi kegilaan rakyat suatu ketika nanti, lebih-lebih lagi bilamana ISA dimansuhkan. Saya sangat tidak bersetuju dengan pemansuhan ISA. ISA jika dimansuhkan, akan membuka minda rakyat, khasnya yang gila berpolitik retorik, untuk menubuhkan segala macam pertubuhan siasah yang sangat mudah menimbulkan huru hara rakyat berbilang kaum di Malaysia ini.

Itulah antara kerisauan yang ada dalam minda ini. Namun Nik Aziz sedikitpun nampaknya tidak risau. Peduli apa beliau. Jika nak hancurpun negara ini, penyebabnya bukan beliau seorang. Malah ramai dan yang sangat bertanggungjawab ialah melayu dalam PAS. Melayu yang atas pagar dan yang berada dalam UMNO hanya melihat dan bersedih dalam kebingongan, atas tindak tanduk PAS dan melayu dalam PKR yang sepertinya sudah hilang arah. Mereka nampaknya benar-benar kemaruk kuasa. Ada orang kata "demokrasi" di Kelantan bukan untuk kebeasan dan semata liberalismanya, tetapi untuk "demo nak krusi".
Tidak ada masalah. namun jangan sampai Gila Kuasa. Kerana perkataan GILA itu merujuk kepada perbuatan yang sangat kritis dan tidakketentuan yang teramat sangat. Berpakatlah dengan UMNO. Berbaik-baiklah dengan BN. Sama-sama berbagi kuasa dan kepentingan demi survival perjuangan yang masih belum selesai ini. Kita hanya baru tiba disimpang pertama perjalanan diberibu-ribu simpang yang akan kita tuju dan lalui. Namun, kenapa PAS sudah tidak tentu hala. Nawaitu asal untuk agama hanya tinggal retorik sahaja. Yang jelas matlamat mereka kini untuk harta, kuasa dan sebahagiannya wanita.

Students Universiti dan lepasan Pusat Pengajian Tinggi yang masih muda remaja dan gadis-gadis sunti itu marasa kebingongan dengan hala tuju Pakatan Rakyat yang tidak menentu. Suatu masa dulu ( PRU ke12 ) terdapat sedikit harapan kepada Pakatan Rakyat. Namun kini mereka telah menjauhkan diri kerana Pakatan Rakyat tidak menunjukkan tauladan kepimpinan yang mereka harap-harapkan. Nampaknya sehingga kini, hanya UMNO yang masih "tagal bisa alah biasa". Nampak jelas hanya UMNO dan BN yang masih prihatin kepada permasalahan negara khususnya rakyat jelata.

Kita lupakan Nik Aziz itu. Beliau umpama "kambing Tua". Jika dibiarkan, ia akan berak dimerata, termasuk dalam masjid dan Balai Raya...tetapi bila dijaga dan diberi
perhatian!...dagingnya pun tak boleh dimakan kerana liat dan sukar untuk dikunyah"....

2 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Sebenar nya orang tua tu dah nyanyok..perangai dah jadik serupa kanak-kanak..sebab dah menjadi fitrah manusia bila dah tua akan berpemikiran seperti kanak-kanak...

Aku rasa perkataan "PERGI JAHANAM" tu tidak sepatutnya diluahkan oleh saorang yang berlebai dan berjanggut sejemput sebab ianya menjatuhkan martabat saorang yang tebal ilmu agamanya..aku tak heran sekiranya bila diluahkan perkataan tu nik ajis tukar kain serban yang dipakai nya dan tukar dengan semuntal karpal singh..

Sudah-sudah laa nik ajis ooiii...rumah dah kata pegi...kubur dah kata mali..lebih baik ..bermuhasabah diri dan sekali-sekali pandang sama kedalam diri sendiri ..entah-entah kain yang dipakai dah koyak rabak..

PaKMie berkata...

Salam....

Kalau Nik Aziz tu barang, digosok digilap boleh dijadikan barang antik. Samaada utk dipertotonkan di Mezium atau disimpan diaked dijadikan bahan sejarah utk pembelajaran anak2.

Pemimpin pas dan penyokong pas sepatutnya memberi nasihat kpd Nik Aziz yang kononnya sebagai nakhoda bahawa kapalnya sudah lama tersasar dan sdh lama bocor tunggu utk tenggelam sahaja. Sila selamatkan Nik Aziz wahai pemimpin2 pas kalau tdk dgn kamu2 sekali akan tenggelam....

Salam perjuangan, asalamulaikum dan salam sejahtera. Kita berjuang demi keiklasan....