SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 9 Julai 2009

Manek Urai akan jadi ANAK EMAS Barisan Nasional!!!!!

Mungkin secara kebetulan, awal minggu ini saya telah menghantar saranan seperti tajuk diatas ini kepada YAB Datuk Seri Perdana Menteri kita melalui WARKAH UNTUK PM. Pada malam semalam saya mendengar dicorong TV, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, TPM kita menyuarakan cadangan yang sama ketika beliau berkempen di Manek Urai. Syukur alhamdulillah, nampaknya saya masih satu kepala dengan rasa dan minda pemimpin-pemimpin utama Barisan Nasional atau Kerajaan Negara ini.

Saudara sekalian,
Jika pengundi Manek Urai memberikan kemenangan kepada barisan Nasional didalam pru yang berjalan sekarang ini, mereka tentunya akan menghadapi masa depan yang lebih cerah daripada masa-masa yang lepas. "Anak Emas" membawa pengertian yang sangat bermanafaat kepada penduduk Manek Urai. Sudah tentu Manek Urai akan dijadikan kawasan yang akan dibangunkan serba serbi samada dari segi pembangunan intrastrukturnya, Percambahan keilmuan dunia dan akhirat penduduknya melalui pembinaan sekolah-sekolah, Perpustakaan, Pusat Pengajian Tinggi dan sebagainya. Mungkin Bandar Kuala Krai akan diperbesarkan. Pusat Kesihatan juga akan diperbaiki menjadi semakin hebat, sehebat yang didapati dikawasan bandar di Malaysia ini. Rakyat/Penduduk Manek Urai akan dijaga kebajikannya, agar tidak menghadapi masalah yang terlalu rumit. Jabatan Kebajikan dan semua jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dari segi kebajikan rakyat, sudah tentu akan memberikan segala tumpuan bagi membantu penduduk Manek Urai.

Anak Emas atau Anak Angkat adalah satu peluang keemasan kepada penduduk Manek Urai. Oleh itu berfikirkan sewarasnya semasa membuang undi kelak. Ini adalah masa depan anda dan jangan dibuang begitu saja. Selamat mengundi kepada pendudjuk Manek Urai.

5 ulasan:

Mr Cepat Forex berkata...

berapa banyak anak angkat BN nak angkat di malaysia ni brader.berapa banyak pulak janji yg BN dah bagi nak jadikan anak angkat tempatx terpencil setiap kali pilihan raya di buat.
Hang ingat ini zaman 50han ke brader,janji jadikan anak angkat,merika akan sokong BN.
cari lah keadah lain yg intelectual dan bernas sikit.usah lah diulang ulang taktik ketinggalan zaman tu

bungaraya berkata...

masalahnya bukan ketinggalan zaman. Masalahnya samada kita kota apa yang kita kata. Biarpun sesuatu itu nampak ketinggalan zaman, namun setengahnya masih relevan masa kini. Umpamanya menyembah berhala oleh sesetengah agama. Logikkah? Salahkan "anak emas" itu jika Manek Urai menjadi sebuah kawasan termaju di Kelantan setelah BN memenanginya dalam pru ini?

M.Perry berkata...

Saudara chilliriver,

Saya setuju dengan Mr.Cepat Forex bahawa menjadikan Manek Urai sebagai kampong angat adalah taktik ketinggalan zaman. Kemenangan BN di Manek Urai akan menunjukkan kepada dunia bahawa Orang Islam di Malaysia lebih bersatupadu dalam konteks politik dalam menghadapi kegawatan ekonomi dunia berbanding dengan negara-negar Islam yang lain.

Merujuk kepada pandangan saudara bawa 'menyembah berhala adalah ketinggalan zaman', saudara perlu faham bahawa ianya adalah satu cara hidup yang dianjurkan oleh satu agama tertentu dan menjadi anutan satu kaum tertentu di Malaysia. Saudara sebagai seorang yang rasional dan penyokong kuat BN harus menerima hakikat inikerana PM, ajak rakyat Malaysia menerima dan mengakui perbezaan yang wujud dikalangan manusia- plural society.Nilai dan ciri ini adalah asas kepada konsep 1 Malaysia yang dianjurkan oleh pemimpin negara yang datangnya dari BN.Apakah chilliriver tidak sokong konsep 1Malaysia sementara sokong BN?

Anak Perelih berkata...

Abis tu, kawasan lain macam mana??? Tak nak dijadikan anak emas jugak ke??? depa pun nak 'pembangunan' jugak... depa pun bayaq cukai jugak... dan banyak dari kawasan ni sudahpun dibawah kekuasaan BN...

bungaraya berkata...

sATU SOALAN KEPADA ANAK PERELIH. aPAKAH KERASNA KITA MEMBAYAR CUKAI, MAKA KITA BOLEH MENENTANG TANPA RASIONAL SEHINGGA MENOLAK KENYATAAN BAHAWA KERAJAAN bn SELAMA INILAH YANG BANYAK BERJASA SEHINGGA NEGARA MENJADI MAKMUR, SENTOSA DAN MEMBANGUN PESAT? bENARKAH METREKA YANG MEMILIKI PENDAPATAN rm3,000.00 KEBAWAH DIWAJIBKAN MEMBAYAR CUKAI?

Mereka yang membangkang BN, akan meneruskan bangkangan dengan mengatakan membangkangpun, BN akan tetap teruskan juga pembangunan di Kawasan kami. Ini yang berlaku acap kali di Kelantan suatu ketika dulu. Dan mungkin kini juga adalah tidak dapat dinafikan.