SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 29 Julai 2009

PAS HENDAKLAH MENJAWAB PERSOALAN INI. JANGAN BERDOLAK DALIH!!!!!

Utusan Malaysia memberitakan, pada 29hb Julai 2009 kelmarin, bahawa Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa terdapat lebih 4,000 buah pusat judi, hiburan dan Spa di Selangor, terutama di lambah Klang beroperasi sejak Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PKR memerintah negeri tersebut. Datuk Khir yakin, oleh kerana tiada lagi lesen-lesen diluluskan, berkemungkinan besar pusat ini beroperasi secara haram dan dengan menggunakan bantuan samseng dan kongsi gelap. Saya tak hairan sangat jikalau DAP yang mentadbir negeri tersebut. tetapi PKR yang berketuakan DSAI dan Khalid Ibrahim yang menjadi ketua besarnya.
Disamping pemimpin PAS negeri itu juga memiliki taring yang tajam berbanding dengan taring PAS di Pulau Pinang. Saya terpanggil untuk bertanya kepada pemimpin utama PAS, mana dia yang dikata sejak dulu memperjuangkan syiar dan syariat islam? Mana maruah kepimpinan PAS dan Parti PAS yang berobjektifkan islam dalam perjuangan mereka? Bagaimana nak menegakkan hukum hudud jika perkara-perkara haram berleluasa semasa dibawah kepimpinan PAS dan rakan pakatannya? Sepatutnya pemimpin PAS hendaklah nyaringkan suaranya bila menyentuh soal-soal yang berkaitan dengan hukum hakam agama seperti ini. Apakah alasan PAS kerana negara ini terdiri dari berbilang kaum dan agama? hehehehehe. Itu namanya meludah kelangit.
Nampak gayanya malulah penulis blog ahli/penyokong PAS yang saban waktu mempertahankan parti tersebut. Sarjanawan dan Profesor Melayu yang kebelakangan ini menunjukkan simpati kepada perjuangan PAS, nampaknya kenalah memikirkan semula pendirian masing-masing. Bahawa yang tertulis dalam perlembagaan parti PAS itu tidak semestinya yang terbentang dalam bentuk tindakan pemimpinnya. Pemimpin PAS tidak hendak kepada demokrasi, tetapi "demo nak Krusi". Kalau kita masih yakin PAS mengutamakan perjuangan islamnya, tentu sekali laungan perpaduan yang selalu berkumandang itu akan mereka sambut dengan hati yang ikhlas. Tetapi Nik Aziz berdolak dalih dan tambah mengharukan beliau "menjahanamkan UMNO" seentengnya. Pak Hadi sendiri, setelah menyarankan perpaduan antara PAS dengan UMNO, tiba-tiba menarik balik kenyataan tersebut dengan menuduh UMNO berusaha untuk memecahkan hubungan baiknya dengan PKR dan DAP. Saya dah agak, bahawa tentu sekali Pemimpin PAS menyedari perbuatan liwat DSAI itu benar dan benar belaka, namun kenapa mereka masih berbaik dan menyokong kepimpinan DSAI? Apakah mereka bersedia berbahagi dosa dengan perbuatan DSAI itu? Sekarang ini dosa dan pahala bukan lagi ukuran pendirian PAS. Yang menjadi ukuran utama ialah ikut serta, kalau-kalau ada, peluang untuk memerintah negara. Hanyut dan mimpi disiang hari dengan janji dan jampi jampah DSAI. Mereka khayal dengan mimpi indah kerajaan bayangan ciptaan DSAI dan Lim Kit Siang.

Anak-anak remaja sekalian, anda sebenarnya tahu bahawa pakaian yang kita pakai, meskipun mungkin ia melambangkan keperibadian seseorang itu, tetapi dalam hal politik, ianya boleh juga digunakan untuk mengabui mata rakyat teramai. Bila kita menggunakan jubah, seperti yang dipakai oleh Pak Hadi Awang dan Nik Aziz, kita mengharapkan orang akan memandangkan kita warak. Saya percaya kewarakkannya jikalau ia dipakai oleh Tok Kenali atau Imam-imam masjid. Tetapi jikalau ia di pakai oleh Nik Aziz atau Pak Hadi, itu sebenarnya adalah pakaian politik orang PAS yang tidak mengambarkan kealimannya dan kewarakkannya. Mereka sebenarnya tidak berbeza dengan Barrak Obama atau Netanyahu di Israel atau Pope Besar Kristian di Rom. Pakaian yang mereka pakai tidak berbeda dengan Kot yang Datuk Seri Najib Tun Razak pakai. Bahkan dalam setengah keadaan, orang yang memakai Kot itu lebih warak dari mereka yang memakai Jubah. Pahala yang diterima dengan memakai jubah, habis tertimbus dengan dosa kerana berdiam diri dalam hal perkara haram di Selangor yang pada masa ini sangat berleluasa.

Pusat-Pusat Judi, Pusat Hiburan dan Spa yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di Selangor itu hendaklah dijelaskan dengan terang oleh PAS/PIS/PUS. Jika tidak jangan lah mengharapkan mimpi untuk menjadi pemerintah Kerajaan Persekutuan menjelang pru ke 13 kelak, akan menjadi kenyataan. Siapapun tidak akan mengundi anda, kerana anda bunyinya islam, sebenarnya lebih jahat dari Israel dan Abu Jahal Laknatullah itu. Pada setiap masa kerajaan Persekutuan berusaha keras membendung gejala samseng, kongsi gelap, perjudian haram, pelacuran dan gejala sosial lain dalam negara ini. Malang sekali Pakatan Rakyat, dimana PAS didalamnya, seolah memberikan galakkan kepada gejala-gejala tersebut. Saya dah agak lama dah, bahawa PAS tidak mampu menghalang kekemarukkan DAP dan PKR untuk menggali sebanyak mungkin harta karun dalam negara ini. Jika mereka memerintah, Malaysia akan menjadi muflis kerana semua harta dan hasil mahsulnya masuk kekocek pemimpin Pakatan rakyat.
Oleh itu berhati-hati membuat pilihan!!!!!!!!!

3 ulasan:

malaysia.suarademokrasi berkata...

minta tuan blog follow blog saya :)

cekodokmasin berkata...

Salam tuan,
Hassan Ali dah terdiam weiii...

PAPA GOMO berkata...

salam bro..
mantap....
kita teruskan mengempur setiap sudut pakatan pembangkang ini.

kita dedahkan kemungkaran mereka...