Tujoh atau lapan pilihanraya kecil, BN sentiasa menghadapi keputusan yang tidak menyebelahi dirinya. Aku masih hairan sehingga kini, kenapakah orang-orang melayu diTanah Melayu itu tidak memberikan kemenangan kepadanya? Walhal sejak dari merdeka, majunya melayu diTanah melayu itu adalah bersebab kerana ujudnya parti UMNO. Parti UMNOlah yang membela nasib maju mundur melayu di Tanah Melayu. UMNOlah yang memberikan mereka sekolah. UMNOlah yang memberikan peluang untuk mereka mencari rezeki. UMNOlah yang menjaga keselamatan negeri-negeri Bersekutu dan Negeri tidak Bersekutu serta Negeri-Negeri Selat di Tanah Melayu itu. UMNOlah yang mengumpulkan mereka untuk menuntut kemerdekaan dari Penjajah British. tepat cerita, Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 adalah hasil usaha UMNO. Yang mempertahankan islam juga UMNO. Yang menubuhkan badan-badan penting memelihara kesucian islam ialah UMNO. UMNO UMNO UMNO UMNO UMNO UMNOUMNOUMNOUMNOUMNOUMNOUMNOUMNOUMNO.
Tapi sekali lagi aku katakan aku sungguh hairan dengan terutamanya anak-anak melayu di Tanah Melayu itu, tidak lagi mahu mengundi parti yang berjasa kepada mereka itu.
Jika kita bangkit semula sejarah akan berjasanya UMNO itu, anak-anak muda marah dan mencaci kita. Mungkin inilah tandanya orang-orang melayu akan kembali dijajah. Tetapi kali ini dalam bentuk yang lebih canggih dan oleh orang yang duduk disekitar melayu itu.
Jika pilihanraya kecil yang telah berlaku sebanyak 7 kali itu sebagai pertanda...maka pilihanraya umum ke 13 nanti terpaksalah UMNO gulung tikar dan menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada Pakatan Rakyat pula. Untuk selamanya atau untuk seketika pemimpin negara yang sekarang ini, akan menjadi pembangkang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Bolehkah PAS diharap dan memiliki kemampuan sehebat UMNO, sebagai mewakili ISLAM dan Melayu didalam Parlimen dan dalam pemerintahan negara? Jika sekarang ini UMNO sebagai tulang belakang pemerintahan negara, apakah nanti PAS akan bertindak sebagai tulang belakang Pakatan Rakyat dalam pemerintahan yang baru? Untuk menjadikan PAS sebagai tulang belakang pemerintahan baru negara, membawa erti semua melayu mengundi parti itu dalam PRU ke 13 kelak. Tergamakkah melayu UMNO meninggalkan dan tidak mengundi pemimpin yang selama ini mereka sanjung dan angkat disinggahsana pemerintahan????Jika tidak sanggup, ertinya PAS hanya akan memiliki kurang dari 70 kerusi di Parlimen. PAS berkira-kira nak jadi Menteri mana satu jika berjaya dalam pru ke13 kelak? paling tinggipun Pakatan Rakyat akan memberikan kepada PAS, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai Hal Ehwal Agama.
Pendek cerita aku bermohon semua bangsa melayu berfikirlah semasaknya dan sematangnya.
Kita nak undi PAS dan bersekongkol dengan DAP dan Anwar Ibrahim, atau kita nak undi UMNO dan bekerjasama dengan kaum Cina dan India dalam MIC dan MCA yang sememangnya terbukti jujur dan ikhlas didalam berjuang bersama kita?
Sebenarnya apa yang SALAH sangat dengan UMNO sehingga orang-orang melayu sangat ramai yang membenci parti tersebut dan enggan untuk mengundinya ketika pilihanraya? Tolong senaraikan dalam komenter anda dan bolehlah kita berbincang sama-sama. Dr Abu Hassan dari Future Study mengatakan kita mestilah berterus terang kerana itulah sebenarnya yang dimahui oleh generasi muda masa kini. Nak mengaku berak tengah jalan? Jika terlalu berterus terang, itu namanya mengada-ada.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan