SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 25 Ogos 2009

HATIKU YANG TERGURIS!

Aku benar-benar tersinggung dan
hatiku sungguh terguris!
Bila mendengar dakwaan Tok Guru Nik Aziz,
Yang mengatakan....
Islam yang dibawa oleh UMNO adalah ISLAM PALSU.
Yang sama tarafnya sekadar rambut palsu, gigi palsu, kaki palsu
dan juga agaknya "kemaluan palsu" yang banyak dijual diKedai-Kedai Playboy di melbourne, Australia itu.
Tok Guru menambah lagi dengan mengatakan ilmu yang dibawah oleh UMNO melalui sekularisma adalah penyebab kepada berlakukan kepalsuan segala prinsip perjuangan islam didalam UMNO.
Aku sedih kerana sejak usiaku bergelar kerjawan ( Orang yang telah tamat dari pengajian dan mencebur diri dalam lapangan dunia pekerjaan ), aku telah menjadi ahli UMNO, dan sangat setia kepada parti tersebut. Aku menjadi pemimpin dalam parti itu dan membawa bersama-sama sekali ibuku, ayahku, pak cikku, mak cikku, anak-anakku, isteriku, ayah mentuaku, ibu mentuaku dan orang-orang kampungku menjadi ahli UMNO. Kalau dakwaan Tok Guru Nik Aziz itu benar, maka semua kami selama ini telah menganut agama Islam yang palsu.
Malah bukan sekadar aku, tetapi juga rakan-rakan ku yang menubuhkan UMNO / menjadi pengasas penubuhan UMNO di Wilayah Persekutuan Labuan, semuanya menganut islam yang palsu seperti dakwaan Tok Guru Nik Aziz. Ybhg. Datuk Isli Haji Siput menganut islam yang palsu bersama anak isteri serta keluarganya. Datuk Abdul Mulok Awang Damit juga menganut agama yang sama bersama isteri dan keluarganya. Begitu juga dengan Dato' Haji Suhaili Abdul Rahman, Datuk Harris Anuar, Datuk Yunus Haji Kurus, Datuk Haji Yussof Haji Mahal ( Ahli Parlimen P166 Labuan ketika ini ), dan hampir 90% penduduk Wilayah Persekutuan Labuan yang menjadi ahli dan penyokong UMNO ketika ini. Tergamak sekali Tok Guru Nik Aziz itu menuduh kami sedemikian. Maka besar sangatlah kepalsuan kami dialam fana ini. Berdosa sangatlah kami sehingga Allah SWT tidak akan menerima kami masuk kesyurganya disebabkan kerana kami menjadi ahli dan penyokong UMNO yang membawa Islam yang palsu, seperti dakwaan Tok Guru Nik Aziz tersebut itu.

Terus terang aku mempertahankan diriku dan isteriku dan anak-anak ku dan rakan-rakan ku dan rakyat Labuan semuanya. Terus terang aku katakan aku mempertahankan aqidah dan kaedah Islam yang dibawa melalui UMNO ini adalah islam yang dibawa oleh Baginda Rasulallah, Muhamad bin Abdullah, SAW itu juga. Tidak berbeza walau sebesar zarah atom sekalipun.
Aku tertanya-tanya kenapa sampai hati sekali Tok Guru Nik Aziz membuat dakwaan?
Buruk sangatkah pada pandangan mata dan hati beliau terhadap UMNO ini?
Apakah pada pandangan beliau mendirikan sembahyang oleh orang UMNO berbeza dengan sembahyang orang PAS?
Apakah penyokong UMNO berniat puasa yang berbeza dengan ahli PAS?
Atau Naik Haji cuma sekadar HARUS ATAU MAKRUH kepada penyokong UMNO.
Berapa Masjid dan Surau yang UMNO telah bina berbanding yang PAS dirikan?
Berapa banyak pusat-pusat pengajian islam yang telah UMNO dirikan berbanding yang telah PAS dirikan?
Apakah LUTH itu satu usaha membawa masyarakat islam Malaysia makan angin ke Britain atau USA?
Atau Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri diujudkan untuk berdakwa kepada agama Kristian atau Hindu atau Buddha?
Sekarang ini kerajaan yang ditunjangi UMNO bertungkus lumus untuk mampastikan rakyat islamnya makan dan minum, makanan dan minuman HALAL. Dimerata negara ditubuhkan pusat Hub Halal bagi mencapai usaha tersebut. Mungkin kepada Nik Aziz ini adalah usaha kearah MEMALSUKAN KAEDAH DAN AQIDAH ISLAM ITU SENDIRI.
Dari semula lagi (pada tahun 1946 ), bila UMNO ditubuhkan niatnya adalah untuk memperjuangkan Bangsa, AGAMA ISLAM dan negara Malaysia yang tercinta ini. UMNO tidak mempunyai objektif untuk memperjuangkan lain-lain agama. Agama islam yang diperjuangkan oleh UMNO sama seperti agama islam yang diperjuangkan oleh Nabi Salallahualaiwasallam di Mekah dan madinah dahulu. Tidak ada sedikit perbezaanpun. Cuma kini kerana zaman telah berubah sudah tentulah terdpt perbezaan dalam kaedah perjuangan dengan zaman nabi. Kini jika dari Kelantan ke Kuala Lumpur, kaedah pengangkutan yang digunakan oleh Mubaligh islam adalah dengan menggunakan Kereta, atau Keretapi, atau Kapal terbang dan tidak lagi dengan menaiki unta.
Atau pengajian mengenai islam telah diajar dan dituntut di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi dan sudah tentu menggunakan keperluan-keperluan pengajian yang canggih-canggih. Yang pasti tidak lagi menggunakan kulit binatang dan kulit kayu sebagai kertas tempat menulis nota. Atau bangunan tempat pengajian tidak lagi seperti di Selatan Thailand yang masih menggunakan pondok-pondok usang yang diperbuat drp kayu hutan.
Darimana Tok Guru Nik Aziz melihat islam yang diperjuangkan UMNO itu palsu?
Kerana UMNO mempertahankan demokrasi?
Atau kerana mengikut PAS, UMNO masih belum melaksanakan hukum hudud?
Jika PAS,mampu serba serbi, laksanakanlah di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Atau kerana sistem pilihanraya dalam kerajaan Malaysia yang UMNO sebagai tulang belakangnya? Dizaman Nabi, kaedah memilih pemimpin tidak dibuat melalui pilihanraya?
Atau kerana UMNO membawa bersamanya MCA< MIC< PBS< PBB< PPP< JKR< PWD dan lain-lain lagi sebagai rakan kongsi dalam memerintah negara ini?
Atau kerana ada penjualan arak dalam pemerintahan negara Malaysia?
Nak aku mencarutkah????!!!!!!!!!!
Tak payah..aku kena sabar sikit,
kalau tidak nak ku sekeh kepala Tok Guru itu.
Sungguh terguris hatiku,
Tapi kerana aku tak mahu Si Linggam dan si Ah Chong ketawa berdakah-dakah,
Melihat aku meracau-racau marah,
dengan dakwaan Tok Guru Nik Aziz itu,
Aku bersabar diri.
Lgipun waktu dan bulan ini adalah bulan puasa...
Yang menuntut kita banyak-banyak bersabar......
Nik Aziz boleh mencarut sekehendak hatinya..
Kerana PAS membenarkan ulamaknya mencarut!!!!!!

Tiada ulasan: