SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 27 Ogos 2009

Lagi mengenai Kisah CHUA SOI LEK!!!!!

Saya cuba buat penulisan sependek mungkin.
Apabila YB Elizabeth Wong terperangkap dengan gambar bogel beliau, lantas beliau meletak jawatan selaku Exco. Namun Anwar Ibrahim dan Khalidnya itu tidak bersetuju dengan perletakan jawatan tersebut. Siap dengan memberikan cuti rehat lagi.
Rakyat nampaknya termasuk penyokong BN tidak marah dengan PR.
Kini kisah tersebut seolah lenyap dari perbualan.
Tok Guru Nik Aziz mendakwa penyokong UMNO tak masuk syurga.
Juga dipertahankan oleh ahli PAS dan PR.
Dua tiga hari ini isu itu juga sudah terhenti.
Entah-entah besok ada pula yang mendakwa agama selain islam semuanya masuk neraka dan menjadi kayu api dekat sana. Boleh jadi!!! Manalah tahu, ramai yang radikal agama masa kini.
Dalam pada itu nampaknya pemimpin MCA pula yang nak masuk syurga.
Tindakan MCA ni sepatutnya mendapat sokongan kuat gulungan agama.
Kerana kes berkhalwat Chua Soi Lek ini adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan
kehendak mana-mana agama.
Tapi kerana ia terbabit politik, maka Tok Guru Nik Aziz pun dok diam dan "wait anda see' manjang.

Tiada ulasan: