SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Sebenarnya Malaysia dibawah UMNO digeruni oleh Yahudi Antarabangsa sekaligus Barat!!!!

Tuan-Tuan/Puan-Puan, Datuk/Datuk, Tan Sri-Tan Sri serta semua hamba Allah yang mulia-mulia,

Sebenarnya Malaysia ketika ini sangat digeruni oleh kumpulan Yahudi Antarabangsa khasnya gulungan Freemason sekali gus juga negara-negara Kristian Barat. Selama ini Malaysia begitu gah dipersada negara islam didunia ini. Namanya cukup terkenal sebagai negara islam yang paling membangun dan maju serta baik budi pekertinya dalam hubungan dengan negara-negara islam lain. Tidak dapat disangkal bahawa Malaysia sebenarnya berusaha untuk memberikan kesedaran kepada rakan islamnya tentang kepentingan pembangunan insan dan pembangunan dunia islam dimuka bumi ini. Malaysia telah berusaha menyedarkan seluruh umat islam didunia bahawa penguasaan kerajaan barat keatas dunia ini adalah berpunca dari kemajuan mereka diatas muka bumi ini.



Dibawah kepimpinan UMNO, kita memiliki jaguh-jaguh peringkat dunia islam. Antara jaguh kita yang paling menyerlah ialah Tun Mahathir. Begitu juga dengan Abdullah Badawi, Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin, Tun Musa Hitam, dan lain-lain lagi. Pendeknya Pemerintah islam di Malaysia merupakan menyumbang besar kepada kemajuan tamadun islam didunia ketika ini. Pendekatan pemerintah negara yang cukup lembut, mesra dan menyenangkan setiap umat islam dalam dunia ini, adalah formula yang diguna pakai dan dapat membantu merancakkan usaha memaju dan membangunkan umat islam sedunia.



Negara Barat termasuk kumpulan Freemason ini tentunya gerun melihat perkembangan yang berterusan ini. Seperti usaha yang telah mereka lakukan kepada negara islam Turki suatu ketika dulu, kini usaha tersebut mereka tumpukan pula kepada Malaysia. Samada tuan-tuan percaya ataupun tidak, ini adalah hakikatnya. Disamping kita memperjuangkan "keadilan, Kesemarataan dan Hak asasi manusia sejagat itu", mereka memperjuangkan satu kepercayaan kuno yang Rasulallah kata tindakan seperti itu adalah merupakan satu kesilapan. Perjuangan Freemason pada asalnya ialah untuk mendapatkan kembali kawasan yang mereka dakwa sebagai Solomon Temple di Masjidil Aqsa.



Begitu marahnya Anwar Ibrahim kepada UMNO, sehingga sanggup menggunakan kumpulan Freemason untuk menjatuhkan pemerintahan melayu / islam dalam negara. Menggunakan Dana dan Media yahudi untuk menjatuhkan kepimpinan Islam Malaysia adalah satu dosa yang sangat besar. Apakah Allah akan menerima taubat Anwar Ibrahim, setelah negara islam Malaysia dirosakkannya dan penganut islam Malaysia jatuh tersungkur dan memerlukan ratusan tahun untuk kembali pulih??????Jika kita mengangguk "ya" kepada usaha meruntuhkan kepimpinan melayu dalam UMNO, ini bermakna kita juga mengiyakan kepada perjuangan kumpulan Freemason Yahudi ini.

Tiada ulasan: