SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 28 Januari 2010

Kalau Nak Marah UMNOpun Berpada-pada!!!!

Apa sebab kita nak hapuskan parti yang selama ini tempat bernaung dan berteduh dari segala kemiskinan dan kemeranaan hidup?
Wahai mereka yang berada di Menara Gading!
Wahai mereka yang berada di Rumah Allah.
Wahai mereka yang berada di Jabatan Kerajaan dan Swasta!!
Dan Wahai anak-anak belia dan beliawanis yang baru masuk kealam kerjaya.
Kenapa nak marah dengan UMNO????
Muhasabah dirilah.
Kan kita anak-anak yang sayang kepada ibu pertiwi ini?
Kan kita anak-anak yang cintakan keamanan dan kedamaian?
Kan kita anak-anak yang mengenang jasa dan tahu berterima kasih?
Apakah kita mahu menjadi bangsa yang menderhaka?
Cinta kepada Allah, Cinta kepada Rasulallah dan kasih setia terhadap pemimpin kita?
Kalau nak marah kenapa UMNOpun, janganlah sampai nak menumbangkannya.
Janganlah memandang jijik kepada sebuah parti yang sangat baik dan menyayangi kita.
Siapa lagi UMNO nak perjuangkan selain diri bangsa kita ini?
Janganlah umpama Sitanggang, yang bertindak derhaka kepada ibunya.
Bagaimana rasanya masuk ke Menara Gading tanpa wang PTPTN?
Bagaimana anak-anak bumi asli jika UiTM dibuka kepada semua bangsa Malaysia.
Bagaimana jika MARA ditamatkan perkhidmatannya?
Bagaimana jika UMNO dihapuskan sebagaimana kehendak sebahagian besar anak-anak mutakhir ini?
Bagaimana jikalau suara melayu dan bumi tidak lagi berbisa di Parlimen???
Adik-Adik....
Jika nak marah UMNO pun berpada-padalah.
banyak ruang untuk menyampaikan perasaan anda semua.
Pintu pejabat semua pemimpin Tertinggi UMNO sentiasa terbuka.
Dan anda boleh siarkan dalam blog serta face book.
Kepada pemimpin yang tidak mahu bertemu anda.
Tapi jangan sampai membakul-sampahkan UMNO.
Kita sama-sama belum rasa dan mengetahui jika UMNO tiada.

10 ulasan:

ڤنا مينڠ / PENA MINANG berkata...

Assalamualaikum Tuan..

Apa yang berlaku di kalangan mahasiswa pada hari ini ialah mereka mudah terpengaruh dengan ideologi politik pembangkang yang dilihat mampu membawa perubahan dengan kadar kadar yang segera sedangkan mereka buta dalam melihat kembali jalan sejarah negara....

Maka benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W

“Akan keluar di akhir zaman, suatu kaum yang muda-muda umurnya, pendek akalnya. Mereka mengatakan sebaik-baik ucapan manusia. Mereka membaca al-Qur’an (tapi) tidak melewati kerongkongan mereka. Mereka meleset (keluar) dari (batas-batas) agama ini seperti melesetnya anak panah dari (tubuh haiwan) buruannya. Maka jika kalian mendapati mereka (khawarij), perangilah mereka! Kerana sesungguhnya orang-orang yang memerangi mereka akan mendapat pahala di sisi Allah pada hari kiamat’.
(Muttafaqun alaihi, al-Bukhari, no. 3611, 6930 dan Muslim, no. 1066)

Jeffry berkata...

Kalau tak ada UMNO mungkin mereka akan merempat di negara sendiri. Tiada kemudahan asas. Kita lihat sahaja di somalia banyak yang merempat disebabkan tiada UMNO disana. Juga tiada kemudahan asas di india. UMNO bukan sahaja berjuang di 1Malaysia tetapi di serta pelusuk dunia.
Hidup UMNO!...3X

Unknown berkata...

salam tuan,
sesiapa yng berumur lima puluhan keatas kebanyakan mengerti tentang
kesukaran kehidupan dimasa lalu dpat merasa dan melihat, kita tentu nya sayang kepada bangsa kita dan partinya yg telah mmbawa kita kpd tahap kita pada hari ini
tetapi bagi kalangan mahasiswa kita pada hari ini tidak dapat merasa dan melihat sejarah trsbt
olih itu pada kita lah trletaknya tugas untuk memdidik mereka ini, anak2 kita utk mengerti dan memahami saudara mungkin ada anak2 saya pun ada anak beri lah tuha mereka utk memilih jalan yg betul

HousePK berkata...

Aku marah pada UMNO kerana kebanyakannya jenis pemimpin sial. Bukan nak tolong rakyat tetapi nak pelingkup harta rakyat.

BAM berkata...

Salam,
HousePK, kalau mcm tu awk bukan marah kan UMNO, awk cuma marahkan pemimpin Umno. Justru kesan terhadap Umno juga harus diambil kira. Yg utama, Melayu mesti disatukan dulu..satukan Pas dan Umno. Terima kasih ziarah laman saya.

wakdanial berkata...

salam bro..kerajaan kena jaga2 sebab mahasiswa2 yg dihantar ke oversea pn dah ada satu kelab membenci kerajaan yg sedia ada..siap rekrut junior2 yg baru tiba di airport lagi...ini adalah apa yg saya terima dari kawan sya yg kini belajar di russia mengikti kursus medik..

dagey@bungkill berkata...

budak sekarang dah pandai x bodoh.
diorang pun tahu apa yang diperjuangkan umno.
umno jangan nk bongkak la.
semuanya datang dari Allah
bukan dari umno.
umno bukan tuhan yang menentukan rezeki dan qada dan qadar seseorang.
siapa umno nk memberi rezeki dan menentukan qada dan qadar seseorang?

bungaraya berkata...

Bukan UMNO yang seharusnya dimarahi, tetapi pemimpinnya yang
telah mula lupa matlamat perjuangan bangsa, agama dan negara. UMNO sekali-kali jangan dimarahi atau dibenci. Sama juga umpanmanya dengan islam. Bukan islam yang dipersalahkan tetapi penganutnya yang lupa bahawa sebenarnya kita dihidupkan didunia ini dengan satu tugas iaitu sebagai kalifah Allah. Oleh kerana itu jalan terbaik ialah masuk sebagai ahli UMNO dan buat peruabahan dari dalam. Jika anda bijak dan berpengaruh, insyallah anda juga mampu dipilih sebagai pemimpin yang bersinar didalam parti keramat ini. Saya juga maklum semua apa yang berlaku diatas dunia ini adalah keranaNYA jua. Namun bukankah kita juga tahu bahawa UMNO adalah penyebab dan pengantara kepada semua yang terjadi itu? Adalah Allah dengan mudahnya menjatuhkan segala kekayaan dan kemakmuran diatas bumi Malaysia ini seketul-seketul jatuhnya dari langit tanpa usaha makhluknya yang bernama pemimpin UMNO? Apakah tanpa usaha kuat dan gigih anda bisa masuk ke Menara Gading? Memanglah kuasa penentu asegalanya alah Allah SWT. Jangan pendek dalam pengertian Qada dan Qadar.

hafiz berkata...

SEMUA YANG DEMO NAMPAK MACAM ORANG2
MELAYU..NAPE TAKDE NON MALAY..
GI BELAJAR..

Unknown berkata...

MACAM mana tak nak MARAH kat UMNO
kerana kelakuan2 pemimpin2 mereka
selama ini....????
RATA2 org Melayu dah muak,fed up dan TAK kisah dgn HIDUP/Mati UMNO dan BN NASIONAL.....

Ini adalah disebabkan beberapa pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu,saperti berikut nya;
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
Hukum2 Allah saperti Hudud diperLEKEHkan dan SEKULARISMA didahului
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.Kes pulau BATU PUTIH,menampilkan keLEMAHAN...
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu,drp memperBAIKI MeCD...
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.(cuma mampu capai 15-18%saja equiti untuk
org MELAYU..!!)
18.MemBIARkan MCA dan MIC memanipulasikan UMNO/BN selama 50 tahun...satu contoh:Men Kesihatan Liow,minta peruntukan rm150juta setahun untuk vaksin cervical cancer sbb ramai wanita Cina yg kena cancer ini,tapi untuk nk tolong peniaga2 MIM,Mara dah habis
peruntukan....
19.UMNO cuma tolong kumpulan UMNO Elitis,GuangXi Putra(yg ada koneksion &kaki ampu dlm UMNO)tapi
ahli2 biasa tak di endahkan....
20.Kadang2 org Melayu rasa di anak tiri kan,kerana undi org Melayu seolah tak ada nilai,tetapi apabila org Melayu dah "FED UP & MELUAT",tiada MAAF bagiMU,UMNO...!!
FIKIR2KAN LAH menjelang PRU 13(2012/2013)....!!!!!!!!!!