SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 24 Januari 2010

DI SELANGOR...MELAYU TENGAH PARAH!!!

Sebenarnya nama saja MBnya seorang melayu. Tetapi sama seperti di Perak ketika NIZAR bertugas selaku MBnya, keadaan di Selangor sangat mendukacitakan kepada masyarakat MELAYU DAN INDIA. Untuk kali ini saya cuma akan menyentuh soal-soal kedukacitaan masyarakat melayu sahaja.

Begini....
Melayu telah kehilangan taringnya. Tan Sri Khalid Menteri Besar terlalu menitik beratkan kesama rataan sehingga alpa bahawa melayu masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi. Rupanya pengalaman beliau didalam PNB dulu itu satu sen pun tidak berguna. Tidak langsung digunapakai sebagai tauladan yang boleh beliau jadikan ukuran bagi sebarang langkah pentadbiran dan pengurusan negeri Selangor. Jika Malaysia adalah diumpamakan sebuah rumah yang cantik, Selangor adalah DAPOR rumah tersebut. Semasa kerajaan lalu( BN ), Selangor merupakan sebuah negeri yang paling maju dan sangat banyak membantu KDNK negara. Jika corak dan langkah pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor berterusan seperti sekarang ini, lima tahun lagi Selangor boleh jadi diantara negeri termiskin di Malaysia. Sehingga kini masih belum terdapat walau satupun projek yang besar dan berdaya maju yang dijalankan oleh kerajaan Tan Sri Khalid. Malah sebaliknya ramai Wakil Rakyatnya, samada Ahli Parlimen maupun ADUN yang nampaknya cuma mengambil kesempatan untuk kepentingan kedudukkan masing-masing ketika berkuasa ini. Tan Sri Khalid sebaliknya hanya membuat keputusan tanpa merujuk kepada EXCO Kerajaan negeri. Bukankah ini yang sangat anda tidak ingini suatu ketika dulu, yang menyebabkan Kerajaan BN nak tumbang!!!!!!

Tidak hairan jikalau dalam masa singkat ini selangor menjadi MUFLIS!!!!!
PAS langsung tidak berguna untuk pembangunan islam dan melayu di Selangor. Saban hari pemimpin PAS Selangor hanya menyuarakan soal hak kesamarataan, syiar danhukum hakam islam sahaja. Menjadi pemimpin bukan itu sahaja yang hendak difikirkan. Malah pembangunan islam dan melayu mestilah menjadi adenda perjuangan. Pemimpin PAS Selangor jangan sekali-kali membiarkan soal ekonomi hanya dimainkan oleh DAP dan PKR sahaja. Alamatnya orang islam dan melayu akan jauh ketinggalan.

Ketidak yakinan keatas kepimpinan Tan Sri Khalid MB bukan sahaja berlaku diluar Bahagiannya, malah AJK Bahagiannya sendiri meletak jawatan kerana sudah tidak yakin dengan kepimpinanya nya.

Sebagai seorang anak muda yangbuat keputusan berdasarkan kepada fakta nyata, cuba-cubalah fikirkan samada kenyataan saya ini ada benarnya. Jangan nanti NASI TELAH MENJADI BUBUR, baru mulut kita nak ternganga!!!!!

1 ulasan:

Unknown berkata...

padan muka ko melayu selangor