SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Sabtu, 30 Januari 2010

Tindakan & Alasan yang EMOSIONAL!!!!

Lantas apakah mereka ini seenaknya bertindak diatas alasan yang emosional dan tidak bertanggungjawab. Soal parti dan keputusan politik adalah bersangut-rapat dengan masa depan Bangsa dan Agama. Tidak sekali-kali boleh dipandang remeh dan semudah makan 'ambuyat' ( sejenis makan tradiri kaum Bisaya di Sabah ). Bila kita silap bertindak dan silap dalam membuat keputusan, sekalipun kita itu hanya rakyat bawahan, atau seorang yang bergelar mahasiswa,,,akibatnya sangat dashyat dan boleh menjahanamkan sebuah perjuangan yang maha besar.

Ada dikalangan kita menuduh UMNO yang melemahkan institusi Raja-Raja Melayu. Satu persoalan saya, bilamasa Institusi tersebut lemah. Apakah institusi Raja-Raja dewasa ini lemah melalui saat-saat nak terkubur? Jawapannya TIDAK. Semenjak lebih 50 tahun kita mencapai kemerdekaan, UMNO berdiri gagah mempertahankan institusi Raja-Raja DAN LANSGUNG TIDAK TERFIKIR UNTUK MENGKAFANKANNYA. Siapa sebenarnya yang berusaha kuat untuk menjahanamkan institusi tersebut? Tidakkah anda semua melihat dan mendengarnya. Samada di kaca TV maupun dalam internet ini. Tidak lupa juga saya menyatakan disini, PAS juga seperti UMNO...yakni sayang dan setia dengan Raja-Raja melayu dan tidak mungkin kedua parti tersebut derhaka dalam erti kata sebenarnya kepada institusi Raja-Raja melayu kita.
UMNO Penuh sedar bahawa institusi Raja-Raja adalah lambang kekuasaan melayu diTanah Air ini. Adakah pula UMNO yang berusaha melemahkan dan mengkafankan institusi tersebut. Matanglah dalam berfikir. Boleh marah tetapi jangan sampai menuduh UMNO hingga ketahap itu. Kerajaan telah berbelanja berjuta-juta ringgit demi mempertahankan institusi tersebut dari di'derhakai' oleh rakyat yang tidak tahu apa yang tersirat didalam institusi tersebut.

Tidak kurang juga rakyat yang berpandangan kita melemahkan Institusi Kehakiman Negara. benarkah bagai dianggap? Ini satu dakwaan lucah. Yang tidak berasas dan berbau 'ingin menjahanamkan' musuh politik mereka. Kita yang bebal ini lantas menerima bulat-bulat dakwaan tersebut. SEBENARNYA DAN SEIKHLASNYA institusi Kehakiman Negara kita semakin bertambah utuh dewasa ini, khasnya apabila Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak mengambil alih pucuk pimpinan utama negara dari Tun Abdullah Badawi. Ketika Era Tun Pak Lah usaha kearah memantapkan institusi tersebut telahpun dilakukan dan siap kemantapannya ketika tiba Datuk Sri Najib menerajui negara pula. Bahkan kedengaran disini dan disinon, suara kelam kabut pemimpin pembangkang kerana rasa panas tindakan pihak Institusi kehakiman negara itu tadi. Janganlah pula bila sistem kehakiman kita bertindak tegas dan drastik, ramai mereka yang bising kerana tidak ada keadilan selama ini, kecut bijinya.

Adapula rakyat yang menuduh kerajaan cuba menghapuskan bahasa Malaysia melalui menubuhan dasar PPSMI. Tuduhan ini lagi bodoh dan sangat cetik disudut pentafsiran pelaksanaannya. Benarkah UMNO cuba untuk mengikis penggunaan bahasa Malaysia. Buktikan secara fakta!!!Jangan seenaknya membuat tuduhan. Atau cuba-cuba untuk menyelewengkan fakta sebenar?. Saya tidak terkilan jika sebagai mahasiswa kita bebas dalam membuat kritikan dan dakwaan. NAMUN kritikan dan dakwaan tersebut harus lahir dari hati suci dan ikhlas untuk melihat negara terus maju kedepan dan pembinaan empayar bangsa Malaysia tidak tersekat dengan lahirkan pemikiran jumut-kritis yang dicetuskan oleh niat rakus dan jahat, oleh mereka yang adik beradik dengan iblis dan syaitan.