SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 25 Januari 2010

UNTUK ANAK-ANAK MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN!

Macamana??????
Bukankah telah nyata dan terang benderang keadaan serta situasi melayu di Pulau Pinang dan Selangor itu! Begitu juga halnya dengan melayu di Perak!! Peribahasa melayu berkata ...Menang Sorak Kampong Tergadai"....Senangkah untuk kita mengembalikan kuasa orang-orang melayu di Pulau Pinang itu? Sekalipun hanya sekadar berkongsi dengan GERAKAN dan MCA serta MIC????Pada hemat saya masyarakat cina di Pulau itu telah nekad untuk memberikan undi mereka kepada DAP!!!!

Siapa yang boleh menafikan telahan saya ini, haruslah memberikan fakta nyata berserta nombor-nombor jumlah masyarakat cina yang majoritinya menyokong GERAKAN dan MCA di Pulau tersebut. Jika tidak saya tetap dengan telahan saya bahawa masyarakat cina di Pulau Mutiara itu telah nekad memberikan undi mereka kepada DAP. Selain drp parti tersebut jelas sebuah parti perkauman cina, pemimpin melayu dan India yang menjadi rakan mereka cuma sebagai boneka semata.

Di Perak, keadaan yang sama juga berlaku. Tidak guna kita berrahsia lagi. Masyarakat cina jika ada 100, 105 orang akan menyokong Pembangkang., mengikut kiraan saya pada masa ini. Semuanya atas usaha Pakatan Rakyat mencuba untuk meluluskan Geran Tanah 999 tahun kepada semua kampung-kampung Baru Cina baru-baru ini. Walaupun setelah BN memerintah kembali, usaha itu segera dipadamkan, namun niat Pakatan Rakyat masih disanjung masyarakat cina di Perak. Dan tentunya akan mereka buktikan dalam bentuk undi ketika pru ke 13 kelak.
HANYA ORANG MELAYU PERAK DAN PULAU PINANG SAHAJALAH YANG MASIH BERDENGKUR TIDORNYA, TANPA MENYEDARI REBAN AYAM MEREKA DIMASUKI BUAYA ATAU BIAWAK atau ULAR KEPALA DUA!!!!!!
Insaflah kamu wahai orang Melaka dan Negeri Sembilan. Selepas ini Pakatan Pembangkang akan menjadikan negeri kamu sebagai sasaran berikutnya. Jika kamu mahu "menang sorak dan kampong tergadai".. berbuatlah seperti mana orang melayu Perak dan Pulau Pinang bertindak.
Kerana marah nyamuk, kelambu dibakar. Sudahnya gigit jari dan menangis dibawah tangga. Perak masih boleh diperbaiki. Namun Pulau Pinang bukan sahaja terlepas dari tangan, malah Pulau tersebut sudah tenggelam akibat ribut thsunami yang melanda pada tahun 2008 yang lalu.

Tiada ulasan: