SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 23 November 2008

KENAPA ANDA MARAH DENGAN UMNO?

Sejak enam bulan yang lalu saya sangat aktif melayari blog. Disamping melayarinya saya juga menyelitkan komen-komen saya diruangan blog yang memperbincangkan senario politik masa kini. Kerana agaknya ruangan seperti itu yang sangat menarik minat saya. Saya juga akhirnya memiliki ruangan blog saya sendiri, walaupun masih baru dan rasanya masih kurang matang ( mentah ) dibanding dengan ruangan seperti blog saudara Nobisha, Kudang Kepang, Tun Dr. Mahathir Mohamd, Datuk Sahabery Cheek, A Kadir Jasin dan lain-lain lagi, namun saya tidak akan berhenti sehingga akhir hayat saya. Saya beranggapan inilah Pusat menimba ilmu didada selain perpustakaan dan Kedai-Kedai buku yang ada di merata tempat ketika ini. Melalui ruangan blog saya mendapat tahu banyak berita. Antaranya tentang senario politik Tanah Air.

Bagaimana bersungguh-sungguhnya Parti Pembangkang menggunakan ruang blog ini untuk menjadi kerajaan yang memerintah negara. Bagaimana berusahanya penyokong Barisan Nasional mempertahankan diri agar masih tetap utuh dan kekal sebagai pemerintah negara. Semuanya saya ketahui dan hayati melalui pembacaan saya didalam ruang blog. Saya merasakan demikian juga pelayar-pelayar blog yang lain samada dewasa maupun belia remaja.

Samada Wanita maupun Puteri tercinta. Semuanya tidak terkecuali kerana ruangan blog ini boleh dikunjongi bila-bila tanpa sekatan tempat, ruang dan masa.



Pada hemat saya, penulisan yang paling menonjol dalam ruangan blog di negara kita hari ini ialah PERBICARAAN MENGENAI UMNO. Tak kisahlah samada ianya memperkatakan pemimpin UMNO, akar umbi UMNO, organisasi UMNO dan segala permasalahan didalam UMNO. Kenapa ini berlaku? Saya kira setiap daripada kita akan memberikan sebab musebab yang berbeda-beda mengikut selera dan pemahami kita sendiri. Tapi apapun sebab dan alasannya, secara kasar kesimpulannya mengatakan UMNO sudah berada dalam keadaan parah kerana mengidap penyakit barah yang kronik. UMNO mengidap penyakit barah kerana pemimpinnya mengamalkan Budaya Rasuah, Kronisma dan Nepotisma. Dikatakan Pemimpin UMNO mengamalkan dasar pilih kasih dalam pemberian kontrak, AP Kuota, Permit dan peluang ekonomi hanya kepada manusia-manusia yang mereka kenali dan "geng-geng" mereka sahaja.

Maka berduyun-duyunlah pengamal blog menyumpah dan menghina UMNO kerana perbuatan Pemimpin UMNO yang pada mereka yang ramai tadi sangat jelik dan meloyakan.

Kepada mereka ini, UMNO harus diketepikan didalam PIRU ke 13 nanti. UMNO mesti menerima hukuman dan mesti juga digantikan dengan parti yang mereka sokong ketika ini. Yakni PAKATAN RAKYAT ( PKR, DAP DAN PAS antara parti didalamnya). Termasuk Tun Mahathir juga pernah menyatakan kebimbangannya bahawa boleh jadi UMNO akan kalah dalam PIRU ke 13, jika masalah Rasuah tidak dapat diberhentikan dari menjadi budaya dalam UMNO. Arwah Tun Ghafar, semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri satu ketika dulu, juga pernah menimbulkan rasa kebimbangan beliau akan keadaan barah yang melanda UMNO.



Dalam penulisan ini saya tidak bermaksud untuk berbicara tentang kerosakan yang berlaku didalam UMNO. Tetapi ingin bertanya kepada saudara & saudari semua, kenapakah UMNO yang menghadapi semua angkara? Saya pernah bertanya kepada kawan saya, jika anda minum arak dan berzina dengan seorang wanita, kenapa Islam nak disalahkan?



UMNO, rasa saya langsung tidak bersalah kerana mengidap menyakit barah. Yang bersalah ialah Pemimpin dan Perwakilan didalam UMNO tersebut. Jika sesuatu tindakan hendak diambil, ianya hendaklah diambil kepada pemimpin dan perwakilan UMNO tersebut. Bukan UMNO. UMNO adalah parti keramat yang sekian lama telah berjaya menjadikan dirinya sebagai satu flatform kepada kita untuk mencapai merdeka dan memajukan bangsa.



Tidak bimbangkah saudara/i bahawa mereka yang berduyun-duyun, samada diluar maupun didalam UMNO itu mampu mencapai kejayaan mereka dalam menghancurkan UMNO? Bahawa mereka boleh suskes menjadikan Pakatan Rakyat sebagai Pakatan yang akan memerintah negara ini suatu hari nanti?. Sedarlah bahawa ketika pemerintahan bertukar dari UMNO/Bn itu kelak, pada saat itulah kaum kita kecundang dari perjuangan diatas Tanah Tumpah Darah kita ini.



Ramai dikalangan kita hanya berteriak atas nama demokrasi, atas nama Hak asasi manusia, atas nama liberlisasi dan Hak kesamarataan. Kerana terlalu alpa, kita ketinggalan tentang Hak Asasi kaum kita sendiri. Yang suatu ketika bermungkinan besar akan menjadi hanya 'sesuap nasi'.

Kepada saya apa gunanya semua itu jika kita terpinggir dan hanya menjadi 'driver lori' hingga qiamat nanti?. Apa gunanya demokrasi jika bangsa mati. Apa guna liberalisasi jika Sungai Wang Plaza terbakar dan menjadi bara hitam yang mencengkam hati? Apa gunanya Hak Asasi Manusia jika bangsa kita bertimbun-timbun mati setiap hari? Seperti Di Africa dan banyak lagi negeri?.

Kepada anak-anak belia dan beliawanis, Apa guna sekolah tinggi-tinggi, jika membawa durjana kepada bangsa sendiri. Anda semua merasakan segala tindakan dan keputusan anda benar dan betul. Iakah? Apa sudah jadi dengan DEB di Pulau Pinang. Ianya hilang kerana anda mengundi Pembangkang. Di Perak berlumba-lumba ke Istana Raja. Kenapa? Dulu ketika BN memerintah semua ini tidak berlaku. Mahukah kaum melayu dinegeri lain seperti suasana politik di Perak itu?. Saya sememangnya kagum kerana anda semua sukses dalam pengajian anda. Anak-anak ku juga tiga-tiga orang telah menghabiskan pengajian mereka di Universiti. Aku bangga dengan pencapaian bangsa ku ini. Tetapi aku sayu dan pilu kerana mereka dangkal dengan perjuangan bangsa ku. Dengan hanya berkata aku adalah pejuang bangsa ku belum mencukupi, jika tindakan tidak kearah itu. Jika ia berdasarkan emosi dan perasaan hasad dengki dan iri hati.

Aku pernah berjumpa driver taxi di ibu kota. Seorang melayu tetapi menyokong DAP atas alasan demokrasi. Aku berdoa agar driver taxi tersebut boleh naik haji satahun lima kali dibawah parti baru nya. Driver taxi tersebut terlalu marah kerana permohonan beliau untuk memdapat Permit taxi telah ditolak Menteri. Keadaan driver taxi tersebut sama dengan keadaan seperti berikut:- anda menceraikan isteri hanya kerana kesalahannya tidak masak tengahari sekali selama 15 tahun perkahwinan anda. Adakah patut anda bertindak sedemikian?

Anda sekalian, bijaksanalah dalam membuat keputusan dan tindakan, lebih-lebih lagi yang bersangutan soal hidup mati bangsa mu. Suatu hari kelak, anda akan sedar apabila semua keadaan dipersekitaran anda tidak ngam dan tidak menyebelahi anda. Ketika itu 'nasi sudah menjadi bubur'.

Saya menyarankan agar BUKAN UMNO YANG JADI MANGSANYA. JANGANLAH UNDI
CALON YANG MENGAMALKAN RASUAH POLITIK. KITA MASIH RAMAI PEMIMPIN PARTI YANG MEMILIKI INTEGRITI TINGGI. YANG MELETAKKAN NAFSU JAUH KETEPI
DALAM MENGHADAPI PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN BANGSA DAN IBU PERTIWI
.

1 ulasan:

ustazSAID berkata...

Mungkin posying tbaru sy ada kaitan dgn tajuk sdr. Tk