SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 15 Disember 2008

APA BEZA? Jawa sekarang dengan Jawa 1850an.

Saya terpanggil untuk menyambung sedikit penulisan yang dibuat oleh KAKISAKAT dalam blognya bertarikh 13hb Disember 2008 yang baru lalu mengenai tajuk APA KABAR ORANG IMIGRAN?. Dari rumah hingga ketempat kerja, diTaman Bunga dan di seluruh kawasan dan persekitaran kita dipenuhi dengan mereka yang bergelar Pendatang. Diberitahu kepada kita bahawa terdapat 150 juta manusia imigran sedang berkeliaran diatas muka bumi ketika ini dan mereka ini membantu kepada perkembangan sosial, ekonomi dan sebagainya kepada sesuatu tempat dimana mereka berada. Saya sangat setuju dengan penulisan tersebut, bilamana saya membayangkan diri saya, yang saban mereka ini sering berada dipersekitaran. Kadang manusia berupa malaikat, kadang berupa wajah iblis dan syaitan. Namun yang pasti samada mereka malaikat maupun syaitan, kita yang kadangnya punya angkara.

Penulisan beliau langsung tidak menimbulkan kemarahan jauh sekali kebencian saya kepada kumpulan ini. Bahkan timbul rasa simpati, khususnya Pendatang yang datang dari Filipina dan Indonesia yang sama keturunannya dengan kita Bumiputera Malaysia. Siapalah Bugis Indonesia itu jika tak sama dengan Bugis Malaysia?. Siapa Jawa Indon jika tak sama dengan Jawa Malaysia?. Siapa Bajau Filipina jika tidak seketurunan dengan Bajau datuk Shafie Afdal? Siapa mereka sehingga kini kita telah jauh terpisah hanya kerana berbeda negara. Benar-benarlah semangat patriotik dan semangat kebangsaan itu mengubah segalanya.

Bolehkah kiranya mana-mana yang sudah agak lama berada di Malaysia diberikan Kad Pengenalan semuanya? Jangan marah...cuma tanya.

3 ulasan:

LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Bagus cadangan beri kewarnegaraan kepada pendatang Indonesia cuma kena tapis biar jangan ada rekod jenayah

Sedangkan pelancong dari China ke Malaysia beratus ribu orang tak kembali ke Negara China

USD berkata...

Salam,
Klu dpt dielak, elakkan bg krakyatan utk PTI. Habis kita...

Ramlen Salleh berkata...

Beza yang ketara antara kita dengan PTI ialah mereka amat mudah bersyukur, kesusahan adalah nikmat bagi mereka dan tahap kesabaran mereka amat tinggi demi untuk mendapat limpahan nikmat yang ada di bumi Malaysia ini.. Kita pula sudah terbiasa dengan kesenangan yang kita nikmati lebih daripada 50 tahun, nilai kesabaran kita cukup tipis jauh sekali untuk menikmati kesusahan khususnya golongan muda negara..Apa pun yang pastinya kita tersepit antara keperimanusiaan dan masa depan generasi pelapis negara.