SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Sabtu, 20 Disember 2008

Kepada RAkyAt KuALa TREngganU, KELANTAN SebaGAI CONTOH tERBaik.

Ini adalah pandangan saya secara jujur lagi ikhlas. Kalau nak berikan sokongan dan undi anda, berilah sokongan dan undi kepada BN/UMNO ketika pilihanraya kecil ini. Bercontohlah kepada negeri Kelantan yang berhampiran dengan negeri anda. Negeri tersebut sehingga kini, masih merupakan negeri yang paling miskin dalam Malaysia. Jika nak dikatakan Kelantan tak mendapat sebarang Peruntukkan dari Kerajaan Pusat, itu dusta namanya. Kelantan selalu menerima peruntukkan besar dari Kerajaan Pusat. Malah Gaji kakitangan negeri juga kerap mendapat bantuan kerajaan Pusat. Tanyalah pada mereka yang dipertanggungjawabkan mengenai hal tersebut. Malah, mungkin jika tak mendapat bantuan kewangan dari kerajaan Pusat, gaji kakitangan kerajaan negeripun tak upaya mereka membayarnya. Namun setelah kerajaan Pusat memberikan bantuan, kerajaan negeri tetap tidak berterima kasih dan terus tidak memberikan sokongan kepada Kerajaan Pusat/BN. Akhirnya mereka berterusan menjadi 'hero' dari segi kemiskinan. Rakyat Kelantan yang berjaya kebanyakannya berada di luar negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut. Berkawan rapat dengan kerajaan BN sebaiknya dan mereka ini selalunya membalas jasa BN semula ketika menjelang pilihanraya. Natijahnya mereka dirahmati
olehNYA dengan kesenangan dunia maupun akhirat. Kenapa kerajaan negeri saja yang termiskin? sedangkan sebahagian rakyatnya kaya raya? Bermunajatlah kepada ALLAH SWT.

Di Kuala Trengganu, anda boleh sokong pembangkang. Tak ada salahnya kerana kita sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Kita bebas memilih siapa saja yang kita kehendaki. Namun apabila pembangkang nanti kalah, jangan tersipu-sipu memohon itu dan ini kepada kerajaan BN/UMNO. Itu tidak adil namanya. Atau menipu. Ketika BN mahu sokongan anda, anda tidak bagi sokongan tersebut. Tapi ketika anda minta bantuan?. Patutkah anda menerimanya?. Ketika suasana begini berlaku, saya nak bagi tahu, Pak Lah dan Pak Najib tetap akan menyalurkan juga bantuan yang anda pohon, sekalipun Pak Lah mengetahui sepenuhnya bahawa anda dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu tidak memberikan sokongan kepada calun yang dikemukakan oleh Pak Najib. BN dibawah Pak Lah bukan BN yang suka bertindak kejam terhadap rakyat jelata, lebih-lebih lagi anda di Kuala Trengganu yang rata-ratanya sama "warna darahnya" dengan ahli dan penyokong UMNO yang setia.

Ketika kini, tahun 2020 sangat tak lama lagi waktunya. Dimana apabila tiba kelak pemimpin BN sangat ingin melihat penyertaan kaum melayu dalam bidang ekonomi meningkat melebihi 30%. Oleh sebab yang demikian pada masa ini terlalu banyak kemudahan yang dicurahkan kepada rakyat melayu untuk keluar dari tempurung, masing-masing berlumba-lumba meningkat taraf hidup masing-masing. Berdampinglah secara ikhlaas dan jujur dengan kerajaan BN bagi terlibat sama dalam persaingan kearah kejayaan pembangunan Ekonomi keluarga masing-masing. Apa agama sekalipun, ia sangat menggalakkan kita berusaha keras untuk mencapai kejayaan. Termasuk kejayaan akhirat sekalipun. Bidang Pendidikan anak-anak juga UMNO tidak lupa sejak mula mencapai kemerdekaan negara lagi. Bahkan ramai anak anak Kuala Trengganu yang berjaya dalam bidang pelajaran, adalah hasil sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh UMNO dibantu MCA dll.

Saya nak jelaskan disini, bahawa PAS langsung tidak berdaya melaksanakan apa yang mereka janjikan dalam sebarang pilihanraya yang pernah berlangsung di Malaysia. Malah kini PAS tidak langsung berjuang untuk Melayu. Tak percaya?. Bacalah Perlembagaan PAS yang terbaru sekali. Selepas satu, satu lagi mereka pindah ayat 'Melayu' kepada 'islam'. Sehingga kini perkataan melayu tidak ada lagi didalam perlembagaan PAS.

6 ulasan:

Medan Info Kita berkata...

PAS sudah terbukti gagal di T'ganu ketika rakyat beri mandat tahun 1999.

Di Sgor pula PAS jadik "pembantu rumah" kepada pasangan suami isteri Pkr-DAP.

Di Kedah PAS nak tebang balak sebab tak ada duit, kemudian datang duit dari langit nak ikut jejak langkah Perak & Sgor beli kereta baru Exco.

Di Perak MB Pas jadik BARUA kpd DAP.

Rakyat Msia lupa klentong Anwar 16 Sept

Semoga pengundi2 K Tganu akan lihat semua ini

Khairuddin berkata...

umno nak pergi mana...ugama tolak, rasuah kemestian. boleh hebatkah umno apabila perkara asasnya dah rosak. Jangan syok sendirilah.

NOBISHA berkata...

saudara khairuddin,

saya tidak setuju dengan komen saudara. umno ialah sebuah wadah. perlembagaan dan sejarahnya jelas menunjukkan asas perjuangan umno ialah islam dan melayu. yang menjadi masalah ialah orang, bukan parti. orang begini ada di mana-mana. dalam pkr ada, dalam pas pun ada, dan dalam umno pun ada. sebab itulah kita kena bersungguh-sungguh merubah budaya politik malaysia. usah kita berfikir dalam kerangka sempit politik kepartian. luaskan minda kita.

YB Raz Gothic berkata...

Saya tertarik dengan posting ini. Sebenarnya ramai dikalangan penjawat awam yang menyokong pembangkang.

Mereka seolah olah tidak malu menerima gaji dari kerajaan BN dan sebaliknya mereka menyokong pembangkang memburuk burukkan BN.

Walaubagaimanapun saya tidak pelik kerana manusia itu sendiri yang mendapat kurniaan rahmat dari Allah S.W.T sedangkan dia tidak pernah bersyukur kepada Allah S.W.T dengan rahmat yang diberikan.

Kalaulah kepada Tuhan pencipta alam inipun dia tidak tahu berterima kasih, apatah lagi kepada sesama manusia.

Renung renungkan dan selamat beramal..

http://malaysiaheaven.blogspot.com

Gagak berkata...

Salam... saya rasa wajar juga di lihat kedudukan negeri Sabah dalam senarai negeri termiskin di Malaysia. Sabah negeri yang diperintah oleh BN dan merupakan negeri terkaya satu ketika dahulu.. hari ini Sabah berada dalam senarai .....negeri termisikin di Malaysia. Ada kalangan pemimpin poltik di sini yang berpendapat satu ketika nanti orang Sabah perlu berurusan di PutraJaya hanya untuk mendapatkan sebiji Panadol.. kerana kuasa ini semuanya sudah berada di sana bukan lagi dalam tangan pemerintah Sabah...

bungaraya berkata...

GAGAK,
Biarlah saya berceloteh sedikit tentang sejarah kerakusan dalam politik Sabah sejak USNO memerintah negeri.
Semasa USNO, Sabah tersenarai sebagai salah sebuah negeri kaya di Malaysia. Kerana mungkin Balaknya. Pemimpin Sabah? bergunting rambutpun ke Singapura.
Tidak mahir ekonomi dan ramai yang hanya tahu berbelanja dimana kebanyakannya buta untuk mendapatkan hasil untuk negeri sendiri. Mereka menganggap menjadi pemimpin untuk mencari kekayaan dan mewah berbelanja semata. Separuh Balak negeri habis mereka perjudikan dan kahwin de eropah seenaknya.
Ketika BERJAYA memerintah, Sabah maju dan masih mendapat gelaran negeri kaya dalam Malaysia. Tetapi kerakusan pemimpin juga boleh dipersoalankan oleh rakyat jelata.
Mungkin BPR langsung tidak berfungsi untuk membasuh budaya sebegini ketika itu. Takut dengan Datuk Harris Salleh, Mantan Ketua Menteri yang terkenal dengan garan gnya.
Ketika PBS lagi menyedihkan.
Pertelingkahan agama sering terjadi walauapun Goseph Pairin memang diakui okey sebagai pemimpin, tetapi kuncu-kuncu nya seolah membalas dendam yang lama terpendam. Namun kayu balak terus menjadi habuan para pemimpin negeri dibawah PBS.
Kini...Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia, gara-gara siapa. Gara-gara pemimpin negeri yang memilki integriti ditahap rendah.
Semasa UMNO ni? sama-samalah kita berusaha semual membangunkan kerajaan negeri agar hasil mahsulnya meningkat segera untuk anak bangsa.