SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 14 Disember 2008

SEKOLAH VERNAKULAR TUTUP, pilihanraya Kecil Kuala Trengganu, BN lingkup???

Persoalan diatas juga rasanya hangat bermain di minda setiap pemimpin BN apakala Mukhtiz menyuarakan saranannya agar sekolah-sekolah Cina dan India ditutup baru-baru ini. Bertambah sakit kepala mereka sejak ia sibuk disiarkan oleh media massa seperti Astri Awani dan TV3 secara meluas. Begitu juga dengan laman-laman blog dan Persuratkabaran biasa. Disana sini media heboh menyambung dengan komen-komen yang positif saranan yang dilahirkan oleh Mukhriz. Namun jawapannya tetap sama. Tidak akan menghapuskan sekolah vernacular tersebut selagi ada permintaan.
Sebenarnya kepada saya, selain drp adanya permintaan terhadap vernacular school tersebut, alasan yang juga tidak dapat dinafikan ialah kerana BN takut kehilangan penggundi-penggundi cina di pilihanraya kecil Kuala Trengganu. Persoalannya kenapa mesti takut? Apakah kaum cina Kuala Trengganu akan marah dengan penutupan sekolah vernakular tersebut? Marahkah mereka? Mereka marahkah? Pemarahkah Cina? Saya tak mahu jawap. Terpulanglah kepada anda semua untuk memberikan jawapannya. Saya cuma nak menjelaskan disini betapa marah/sedih/rasa tidak terbelanya bangsa saya apabila kaum India dan Cina tidak gemar untuk memasuki Sekolah Kebangsaan Malaysia. Yang mengamalkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Menghantarnya. Jika kerana hanya untuk mempertahankan keujudan bahasa ibunda semua kaum tersebut, ianya boleh dijadikan sukatan pelajaran disekolah kebangsaan Malaysia.
Tak percaya kepada Kementerian Pelajarankah? Bukan sahaja bahasa kaum India dan Cina yang boleh dipelajari, malah bahasa kaum-kaum lain juga. Pada masa ini kerajaan juga terpaksa memikirkan bahasa kaum Kadazan, Bajau, Iban dan Dayak yang juga berjuta ramainya di bumi Malaysia ini. Jika tidak ia memberikan gambaran ketidakadilan. Kenapa begitu istimewa sekali sehingga bahasa Cina dan India di berikan keutamaan. Bagaimana jika Kadazan dan Iban marah spt mereka dan tidak menyebelahi BN ketika PIRU ke 13 kelak?

4 ulasan:

darahtuah berkata...

Satu yang saya dapati tidak masuk akal ialah, peratusan pengundi cina di KT adalah hanya 11% manakala pengundi Melayu ialah 87%.

Adakah pembodek KJ dan pemimpin melayu yang dayus begitu mengharapkan undi dari kaum cina yang kecil ini?

Mengapa tidak ambil hati pengundi melayu yang banyak itu?

Tagih sangat undi cina sampai hati melayu pun dah tak hirau kan dah?

Gagak berkata...

Satu alasan yang boleh kita fikirkan bersama ialah.. tentang kualiti sekolah kebangsaan yang masih agak rendah. Masyarakat cina dan india mementingkan kualiti pendidikan anak-anak mereka. Kualiti sekolah kebangsaan dengan sekolah vernakular sama sahaja ketika ini...
Seranan Dato Mukhriz wajar dipertimbangkan kerana bapanya pernah bercakap tentang satu bangsa satu negara Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama pihak berwajib perlu memikirkan tentang peningkatan kualiti pendidikan sekolah kebangsaan yang boleh menimbulkan minat dan menarik masyarakt Cina dan Inda bersekolah di sekolah kebangsaan.

daddy-wafiah berkata...

Yang penting adalah menjaga pengundi melayu dan bumiputra sabah dan sarawak dulu..betul cakap bunga raya,wujudkan saja pembelajaran bahasa selain bahasa melayu di sekolah kebangsaan,jimat juga peruntukan pendidikan...hanya tertumpu kepada sekolah kebangsaan sahaja..yang penting bahasa kebangsaan adalah bahasa utama di sekolah...adios

bungaraya berkata...

Buah fikiran yang dilahirkan oleh Gagak adalah buah fikiran yang berada dalam suasana 'cool'. Tetapi saya sedih dan kecewa kerana biasanya orang seperti anda akan hidup dalam kedukaan akhirnya.
Bilamana akhirnya anda merasakan anda serupa 'melepaskan anjing tersepit'. UMNO juga merasakan sedemikian dan memiliki minda serupa anda. Ingin membuat sesuatu yang ikhlas kepada semua kaum disekeliling mereka. Tetapi setelah dibantu????