SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 26 Disember 2008

PM Mengajak Ketua-Ketua Agama Membawa Penganut masing-masing Kearah Keharmonian.

Sehari dua ni, muncul muka PM diTV. Beliau mengajak ketua-ketua agama di Malaysia agar membawa penganut-penganut masing-masing kearah keharmonian. Begitulah yang saya dapat tangkap/atau konklusi saya dari bicara PM di TV-TV saluran di Malaysia ini. TV Awani menyokong saranan PM tersebut didalam Analisa Awaninya petang jumaat 2008( hari ini ).
Maka ramailah yang ikut serta menyarankan bagaimana cara dan kaedahnya untuk mengharmonikan rakyat yang berbilang agama dan kaum di Malaysia ini. Matlamatnya untuk mengujudkan suasana harmoni yang sejak akhir-akhir ini mereka rasakan berkurangan.

Saya nak jelaskan disini, di Sabah dan Sarawak telah lama rakyatnya yang berbilang kaum hidup dalam suasana harmoni. Tidak ada langsung rasa rendah diri maupun tinggi diri antara kaum di dua negeri tersebut. Samada ianya Kadazan, Dusun, Bajau, Kedayan, Brunei, Murut, Iban, Dayak, Lindayu, Bisaya, Suluk dsebnya. Mereka rukun dan damai diantara satu sama lain, sekalipun berbeda agama dan keturunan. Orang islam boleh duduk semeja makan dan minum dengan orang bukan islam, sekali pun daging khindzir terhidang sama. Mereka boleh duduk semeja sekalipun beer dan Stout diminum oleh mereka yang bukan islam. Ada sesiapa orang PAS yang mempertikaikan tentang Islamnya orang Sabah dan Sarawak. Jangan terlalu sempit pemikiran anda orang PAS.

Di USA, orang-orang Islam disana, kadang kita hairan kerana bila berjemaah dimasjid, anak-anak yang mereka bawa sama hanya memakai seluar pendek serta memperlihatkan aurat hingga ke Paha. Dan masyarakat Islam di USA tidak mengeluarkan fatwa tentang ini perkara. Bahkan dibenarkan seharai-harai tanpa kritikan. Yang mengkritik ialah pelajar melayu yang belajar disana. PAS tolong jawab kenapa berlaku sedemikian?.

Saya pernah bertanya kepada seorang mahir agama berpangkat jurutera, berasal dari Trengganu. Saya kata, di Labuan, Pubs dan Disko tumbuh spt cendawan. Salahkah dari segi Islam. Beliau kata tak ada salahnya. Yang salah jika kita masuk dengan tujuan untuk minum dan menempah Gro. Tempat tu disediakan untuk orang yang tidak spt kita. Mereka juga warganegara malaysia. Salahkah pembinaan Ladang babi di Sepang. Ia jawab SALAH BESAR. Saya tanya kenapa. Sebab dibina dikawasan majoriti Islam yang semua tahu Babi itu HARAM.

Tiada ulasan: