SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 23 Disember 2008

WAHAI RAKYAT KT, KITA BELI PETROL DAN BARANGAN DAPOR TETAP MENGGUNA WANG RINGGIT.

Kononnya tidak mementingkan harta dunia. Mereka hanya berjuang untuk akhirat. betulkah.
Belilah minyak Petrol dengan daun kayu. Atau beli barangan dapor dengan menggunakan pasir ditepi pantai. Jangan guna wang ringgit kerana itu harta dunia dan anda tidak mementingkannya. Bagi UMNO kedua-duanya penting manakala Pemimpin anda berpidato dengan nyaring berkata harta dunia tak penting, yang penting ialah harta akhirat.
Rakyat KT sangat senang memikirkannya. Buat apa anda turun ke Laut berlawan ombak jika bukan harta wang ringgit? Kenapa ada sebahagiannya membonceng kereta sewa tiga roda untuk sesuap nasi. Apa yang mustahak sebagai belanja anak-anak ke Universiti. Wang...Wang...Wang.
Semuanya wang, hatta nak berak dibandar KT pun perlu dua tiga puloh sen.

UMNO berusaha keras untuk mempertingkatkan ekonomi kaum bangsa melayu dan bumiputera ini. Nik Aziz tetap dengan karenah lamanya. Tak apa tak mengapa jika melayu Kelantan tak maju. Yang penting mereka sentiasa beriman. Bukan saya menghalang usaha Nik Aziz untuk mengimankan rakyatnya. Yang saya halang bila beliau kata tak mengapa kepada kemajuan ekonomi kaumnya di Kelantan. Itu sangat salah. Saya ingatlah, ketika harta Petrol naik sedikit masa dulu, orang-orang PAS Trengganu juga ikut buat bising tanda protes. Kenapa bising? Bukankah daun kayu boleh anda jadikan sebagai bahan pertukaran dengan petrol. Ambillah daun kau sebanyaknya untuk membeli petrol. Jangan buat bising.
SEKARANG HARGA PETROL TELAH TURUN, LEGA RASANYA. BAGAIMANA PAS TRENGGANU. TURUT LEGA TAK? Bermuhasabah dirilah. Yang baik semuanya dari Allah SWT. Baiktak harga petrol turun. Itu semua dari Allah SWT lah tu. Tapi yang berusaha ialah pemimpin UMNO.KITA KENALAH BERTERIMA KASIH KEPADA UMNO KERANA BERUSAHA MENURUNKAN HARGA PETROL. Apabila kita tidak berterima kasih, maknanya kita Kacang lupakan kulit dan tidak mengenang hati dan jasa orang. Kita berdosa kecilah tu. Sebagai orang PAS tak molek rasanya berdosa ni.

1 ulasan:

H Liam berkata...

Assalamualaikum sdra bungaraya

wang...wang...wang kata bungaraya. saya setuju 110%. akan tetapi tidak setuju dengan wan(g) farid di KT. no kod daerah mengundi saya 036/15/04 gong kapas. pengundi luar (bukan hantu!) P036. kalau free mari turun ke losong pekena kerpok lekor kak yah 17/1/09 ni.