Kepada anda dari Semananjung, pilihanraya Kuala Trengganu merupakan satu lagi medan mengadu kekuatan antara BN dengan Pakatan Rakyat. Tidak mengapa jikalau anda bercakap terlolong-lolong mengenai agama Islam, agama orang-orang melayu. Selepas itu kami disebelah sini akan menghadapi Pilihanraya Kecil Pensiangan. Dan kami tidak dapat mengikut suasana yang berlaku di Kuala Trengganu kerana kami disini ( Pensiangan ) majotirinya Kristian dan merupakan rakyat asal jati dikawasan ini. Yang mempunyai hak tidak lebih dan tidak kurang seperti hak orang-orang melayu di semananjung. Jika sekiranya anda datang kesini, jagalah sensitiviti kami orang. Kekadang tu kami rasa terkilan jika agama majoriti orang kami diperkotak-katikkan. Kononnya hanya islam yang masuk syurga dan sebagainya. Kenapa, kami tak masuk syurgakah? Yang ini tuan-tuan dan Puan-Puan kena hati-hati. Asal lahir kami memang disini. Kami bukan kaum Cina atau India. Kami orang asli Pensiangan. Dulunya kami pindah rendah spt orang Jakun di Semananjung. Tapi kini, baju yang kami pakai sama dengan yang dipakai orang melayu.
Yang mustahak kepada kami ialah pembangunan juga. Jika kami dibiarkan terkebelakang, itu maknanya kamu tidak berlaku adil kepada kami. Ketika minta undi kamu datang dengan janji manis. Lepas tu hilang termasuk dengan janji-janjinya sekali. Jangan biarkan kami begini. BN tidak pernah kalah di Pensiangan kecuali time PBS. Tapi kami masih dibiarkan ditakuk lama. Kurang dari segi pembangunan, walaupun pembangunan prasarana.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
1 ulasan:
http://pkrpasdap.blogspot.com
ada masa sila ke website saya.
Catat Ulasan