Macamana? Saya kata RASUAH DALAM UMNO mutakhir ini semakin berkurangan ( mungkin telah menjadi SIFAR). Jelasnya sangat berkurangan para blogawan yang membuat tuduhan tidak berasas dan berbentuk fitnah jika dibandingkan beberapa bulan yang lepas. Semenjak kerajaan BN mengambil beberapa langkah drastik termasuk penubuhan SPRM dan melipatgandakan usaha pembenterasan rasuah, kurang sekali pemimpin UMNO yang terlibat samada drp sudut perseptif atau tertuduh dengan bukti lengkap. Menggambarkan kepada kita dengan jelas bahawa Pemimpin UMNO itu adalah mereka yang sebenarnya juga tidak gemar bermain rasuah. Pemimpin UMNO juga penganut islam dan tahu perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa jika melakukannya. Pemimpin UMNO juga tahu perbuatan rasuah sangat tidak bermoral dan boleh menjahanamkan negara dan bangsa serta ugama.
Dalam sedar, kita semua, tidak kira dalam apa parti sekalipun kenalah mengakui bahawa pemimpin UMNO boleh memperbaiki diri jika terlajak perahu mereka. Yang mustahak kepada pemimpin UMNO ialah bermuhasabah-diri dan memperbaiki diri. .."Mereka sangat maklum bahawa perjuangan dalam UMNO adalah untuk ugama, bangsa dan negara"...Mereka tahu hanya mereka yang akan dijadikan pengharapan oleh sebahagian besar umat di Malaysia ini. Bukan sahaja Malaysia malah mereka tahu dengan sedalamnya bahawa mereka juga adalah pejuang islam seantaredunia"...
Cuma saya sentiasa mengingatkan PRSM dan Ahlijawatankuasa Disiplin UMNO jangan mudah Puashati dengan usaha anda. Teruskan hingga keakar umbi. Perhimpunan Agung UMNO masih jauh. 3 bulan lagi. Dimana semua hal boleh jadi.
Terima Kasih kepada Pemimpin UMNO, dari atas hingga ke bawah kerana kesungguhan anda semua dalam memerangi musuh kita bersama itu. Mulai hari ini jangan peduli apa mereka cakap. Yang penitngnya kita atur langkah betul dan tidak lagi sumbang. Dalam dunia ini hanya duit yang halal yang dapat membantu keberkatan perjuangan. Bertambah senang kerja dan usaha blogawan penyokong UMNO untuk memberikan penjelasan ikhlas dan jujur kepada rakyat.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan