Dengan terlantiknya Obama selaku Presiden Amerika Syarikat pada 20hb Januari 2009 ini, maka terencat sedikit kekuasaan orang kulit putih dinegara yang paling ganas didunia itu. Setelah lebih 200 tahun memerintah negara tersebut, dimana generasi yang memulakan penjajahan tanah besar itu semua dah mati berkubur ( ada yang dimakan Red- Indian ), akhirnya rakyat generasi baru yang sudah "berfikiran baru" memilih pula seorang berketurunan Negro sebagai Presiden mereka. Perkara seperti ini bukan satu kehairanan, malah juga tidak mustahil akan berlaku di Malaysia. Sebab itu agaknya PRIBUMIPERKARA akan menganjurkan perjumpaan raksasa di Bukit Jalil pada 15hb Januari 2009 ini. Kepada generasi muda, datanglah beramai-ramai. Tidak kira apa sekalipun parti anda, anda boleh datang dengan bebas kerana pribumiperkasa adalah sabuah badan yang tidak mewakili mana-mana parti. Mereka adalah badan yang berjuang atas nama MELAYU DAN ISLAM. Maka itu, jika anda melayu dan anda islam, datanglah terutamanya generasi muda yang cuma berkesempatan mengetahui akan asal usul bangsanya melalui sekolah-sekolah dan cerita datuk moyang mereka sahaja.
Jangan sampai suatu ketika nanti kita MERAYAKAN HARI ULANG TAHUN TERTIMBUSKAN KUASA MELAYU DIBUMI TANAH MELAYU INI. Naauuzubilallah himinzalik.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan