SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 6 Januari 2009

SETITIK NILA, ROSAK SUSU SEBELANGA??

1. Janganlah hanya kerana "setitik" sealpaan dan kesilapan yang telah UMNO/BN lakukan semenjak lebih 50 tahun menjadi tulang belakang pemerintahan negara, semua jasa yang telah UMNO limpahkan selama ini telah anda lupakan"..Semua kalian mengetahui sebenar-benarnya bahawa UMNO sangat besar jasanya terutama kepada anak bangsa kita.

2. Perjuangan UMNO adalah untuk agama, bangsa dan negara. Sudah tentu pasti UMNO tidak menolak Islam seperti fitnah yang dilimparkan oleh setengah blogawan. Selama ini UMNOlah yang berjuang kuat untuk menegakkan syiar islam di Malaysia. Butakah mata anda?
Seluruh dunia telah menerima dan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara islam yang
modern. Dunia sekarang semakin canggih dan islam mestilah sesuai dengan zaman yang serba canggih ini. UMNO berusaha kearah itu.

3. Dibawah UMNO, yang menjadi tulang belakang pemerintah negara, Malaysia telah menjadi juara didunia ini dalam banyak bidang. Anda semua tahu bidang mana yang Malaysia telah menjadi diantara juara didunia ini. Spt Antara 23 negara pengeksport terbanyak, antara pengimport terbanyak, Antara negara pelancung terhebat, dsbnya dan mengalahkan banyak negara-negara maju. Diantara negara-negara islam, Malaysia adalah duduk ditangga kedua terhebat dari segi pembangunannya. Semua ini menjadi penyebab kenapa kita harus berbangga menjadi warganegara Malaysia.

4. UMNO yang mengujudkan Petronas. Selepas Petronas maju-jaya, ramai anak-anak melayu mendapat peluang memiliki kerjaya yang baik-baik dalam Syarikat tersebut. Anak-anak melayu inilah yang bertungkus-lumus memajukan Petronas. ANAK-ANAK KITA. Kita sepatutnya bersyukur dan berdoa agar syarikat seperti ini berkembang maju dari masa kesemasa. Kerana minyak dikeluarkan dari bumi Trengganu, Sabah dan Sarawak, maka royali diberikan kepada negeri tersebut. Dan Trengganu, baru-baru ini telah diberikan lagi RM408.000.000.00 oleh Kerajaan Persekutuan ( Royalti ). Dan PAS yang tidak terlibat sedari penubuhan Petronas lagi, buat bising tak tentu pasal. Saya cadangkan agar mereka mengorek seluruh tanah di Selambau. Kot kot ada berlian. Boleh dijadikan hasil kepada Kedah.

5. Malaysia telah diperintah UMNO/BN semenjak 50 tahun yang lalu. Malaysia sejak itu telah membangun dengan jayanya. Samada dari segi fizikal maupun minda rakyatnya. Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor telah sangat membangun sebelum Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri tersebut. Semenjak 7 bulan yang lalu, apa yang Pakatan Rakyat telah rancang untuk meneruskan pembangunan negeri tersebut? Di Pulau Pinang mereka asyik mengorek kesilapan-kesilapan yang mungkin dilakukan oleh BN semenjak pemerintahan BN dahulu. Di Selangor mereka meneruskan pemerintahan dengan rancangan menjahanamkan rakyat. Sewa rumah dinaikkan, Ladang Babi semakin besar, pemberikan wang zakat kepada non-muslim juga dsbnya.

6. JANJI-JANJI PILIHANRAYA langsung gagal tertunai. Jika pun tertunai 100%, habis wang negeri yang dikumpulkan hasil program dan rancangan BN sebelum mereka mengambil alih, akan dibelanjakan.

7. Fikir baik-baik dan hapuskan serta singkirkan PAKATAN rAKYAT SEPENUHNYA.

2 ulasan:

Unknown berkata...

salam

Persoalan :

1) Adakah konsep kerajaan berpelembagaan betul2 diamalkan di Malaysia mengikut kacamata Hukum Perlembagaan sepanjang 50 tahun memerintah?

2)Apakah konsep pemisahan 3 komponen utama (parlimen,kehakiman,eksekutif) betul2 diamalkan?(lebih-lebih lagi di waktu Tun Dr Mahathir)

3)Apakah Petronas itu milik UMNO atau Milik Kerajaan yang berpaksikan kepada rakyat?dari mana modal asal Petronas itu datang sewaktu ditubuhkan?Royalti minyak ditukar kepada wang ehsan semasa PAS memenangi Terengganu pada tahun 99?Apakah orang PAS itu bukan rakyat Malaysia yang membayar cukai-cukai pendapatan kepada kerajaan?IJN?Pantai Holdings?Apa sudah jadi?

4)Please, kalau nak buat perbandingan pentadbiran Pakatan Rakyat yang baru berusia 9 bulan, jangan disamakan dengan pemerintahan BN yang selama 50 tahun.Compare apple to apple.

5)bukankah sudah termaktub bahawa memang tugas kerajaan untuk membangunkan rakyat dan negara tidak kira yang memerintah itu BN atau tak?

6)Sekiranya saudara berkata UMNO itu pembela bangsa (saya percaya UMNO hanya emmbela bangsa pada awal penubuhannya sahaja),bagaimana mahu membuang penyakit RASUAH (bukan politik wang) yang bersarang lama dalam UMNO?

7) Saya mengimpikan supaya BN dikalahkan untuk satu penggal supaya memberikan pengajaran kepada UMNO agar ia bangkit kembali menjadi suci sebagaimana ia suci sewaktu ia ditubuhkan.


wasalam

bungaraya berkata...

AKU...
Dalam negara yang mengamalkan demokrasi spt M'sia ini berkemungkinan konsep sebenar amalan hukum berpelembagaan tidak 100% diimplimentasikan. Bagaimanapun jua saya tidak nampak
suasana yang menjolok mata yang boleh menjadikan negara kita kacau bilau akibat pelaksanaan cara M'sia spt yang ada sekarang.
2. Kita selaku rakyat diperingkat akar umbi kurang memahami semua tindakan pemimpin atasan. Kepada kita semua yang salah pada rasa kita, adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Sebenarnya tidak semua apa yang kita nampak itu adalah BETUL pada pandangan dan fikiran pihak pemimpin atasan. Apa yang buruk pada pandangan kita tidak semestinya buruk pada pandangan mereka. Umpamanya royalti minyak ditukar istilahnya kepada Wang Ehsan. Maka ramainya orang menyampah dengan tindakan Tun Mahathir tersebut. Dalam masa yang sama rakyat Trengganu tetap juga dpt duit yang hanya berbeda istilah tersebut. Hasil dari tindakan BN itu, maka ia menang pada PRU ke 12 di Trengganu. Tapi kadang jika kita pandang buruk, buruk juga bagi pandangan setengah pemimpin atasan. Umpamanya pembinaan Ladang babi di Selangor dan Pemberikan tanah 999 di Perak.
Baikkah pada pandangan anda?
Kerajaan BN telah 51 tahun menjadi pemerintahan negara, maka sudah tentu banyak kesilapannya. Layak dikritik oleh rakyat mana yang perlu dikritik. Masalahnya baru 9 bulan memerintah 4 negeri? terlalu banyak juga yang dapat dikritik mengenai apa yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Saya rasa jika 50 tahun memerintah, Pakatan Rakyat akan jadi Pakatan Sesat.
Memang tuas kerajajan untuk membangunkan rakyat dan negara. Saya tidak menafikannya. Malah tugas kerajaan juga mempastikan keamanan dan keselesaan dan keamanan rakyat dan negara. Kerajaan BN telah berjaya dalam menjalankan tugas ini sebaiknya. Cuba lihat di Palestine, Iraq, Selatan Thai, Selatan Filipina, Somalia, Nigeria, C0l0mbia dll. Mereka juga bertugas untuk menjaga keamanan dan keselesaan rakyat. Bukankah pemerintah M'sia jauh lebih baik?
UMNO pembela bangsa. Ini tidak dapat juga dinafikan. Pendidikkan bangsa, Ekonomi bangsa, Perkampongan bangsa, Ugama bangsa, dll. Adakah diabaikan setakat ini?
RASUAH? Dalam pada UMNO dan BN berusaha menghindarkan penyakit tersebut, dalam pada masa yang sama pembangunan bangsa tetap diteruskan. Insyallah sebelum PRU ke 13, masalah RASUAH akan hapus hingga keakar umbi.
Kerajaan BN tidak perlu dikalahkan semata-mata untuk mengajarnya. Kita boleh mengajarnya disamping mempastikan dalam masa yang sama memenangkannya. Pemimpin UMNO kini telah mula tahu apa kebaikan drp sikap rendah diri, tidak sombong dan mengutama tugas daripada peribadi.