Kerajaan Trengganu dibawah UMNO/BN acap kali meminta agar peratusan Royalti minyak dinaikkan melebihi 5% oleh Kerajaan Persekutuan. Tidak ada silap atau salahnya dengan permohonan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri tersebut. Ianya tidak bercanggah dengan sebarang perlembagaan, samada perlembagaan negeri maupun perlembagaan persekutuan.
Saya kira cadangan ini patut diambil perhatian yang sewajarnya dari Pemimpin Persekutuan dan diumukan menjelang penggundian 17hb Januri 2009 depan ini.
Pendapatan Utama negara ketika ini ialah Petrolium. Penghasilan petrolium negara adalah dari Trengganu, Sabah dan Sarawak. Penambahan peratusan Royalti kepada negeri-negeri tersebut memang adil dan saksama. Negeri-negeri lain juga boleh diberikan peratusan pemberian royalti yang sama, cumanya apabila dikali dengan penghasilannya jawapannya tetap sifar.
Luluskan saja,
Baik untuk rakyat Trengganu,
Baik untuk kita semua,
Baik untuk segala bangsa,
Dalam Malaysia.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan