Berbagai-bagai pandangan atau pendapat yang telah dibaca mengenai pro dan kontra jika berlaku penyatuan antara PAS dengan UMNO demi survival perjuangan Melayu. Yang menjadi alasan kepada mereka yang melihat dari sudut negatif adalah seperti akan timbulan permasalahan dari segi pembahagian kerusi Menteri dan Timbalan menteri, Pembahagian Kerusi Parlimen dan DUN. Parti mana satu yang harus ditamatkan umurnya dan berbagai-nagai lagi. Sudah tentu mungkin ianya akan mengambil masa yang agak lama untuk menjadikan penyatuan itu satu kenyataan.
Kepada saya yang jelas sekali ialah, jika pangkat dan kuasa serta harta merupakan agenda peribadi, sampai kiamatpun penyatuan tidak akan tercapai. Padahal penyatuan melayu dalam kerangka politik Malaysia adalah sesuatu yang murni dan baik untuk dijadikan realiti.
Kita tidak lagi akan nampak suasana bersidang dibawah pokok jika berlaku penyatuan. Dan yang pasti juga penderhakaan kepada Raja-Raja melayu juga akan terhenti secara automatik. Jika berlaku pertikaian terhadap institusi kehakiman negara ianya tentu sekali akan diselesaikan secara berhemah dan musyawarah dikalangan kepimpinan melayu seluruhnya dari Perlis hingga ke Sabah. Dengan penyatuan kita, agenda mengangkat melayu keperingkat dunia tidak akan melalui jalan buntu. Dan banyak lagi kebaikan yang tersembunyi akan kita nikmati jika berlakunya penyatuan.
Sekarang ini yang perlu buatlah pembaikan dan perubahan dimana perlu didalam sistem yang sedia ada. Drp Institusi peringkat kampong hinggalah institusi diperingkat negara. Kaedah pemilihan PM, Pemimpin parti, Pemimpin Kerajaan, dan yang paling penting sekali ialah persetujuan dikalangan kepimpin melayu itu sendiri.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
2 ulasan:
Salam,
Benar, tidak rugi kalau bersatu. Persoalannya disini, mampukah ia bertahan jika ada PETUALANG BANGSA terus terpekik melolong melaungkan KESAMARATAAN KUASA DAN BANGSA??!!
Hakikatnya, pasti cukup menyedihkan. Melayu kita terlalu taksub pada kuasa!!!
melayu gaduh berebut kuasa, bangsa lain yg berkusa...
Catat Ulasan