SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 17 Mac 2009

Ramai orang-orang UMNO bertanya, Apakah Ali Rustam saja yang mengamalkan POLITIK WANG?

17hb Mac 2009, Lembaga Disiplin Parti UMNO mengambil keputusan dan melarang Datuk Seri Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam Persidangan Agung UMNO pada hujung bulan ini. Tak payah saya nak mengulangi dengan terperinci sebab musebab larangan tersebut dikenakan. Cukup sekadar mengatakan bahawa Ali Rustam dan "geng"nya telah melakukan kesalahan yang serius dan berat dalam kempen untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan nanti.

Semalam, saya turun ke bandar dikawasan saya, minum bersama-sama kawan seangkatan dan dalam lingkungan seusia dengan saya. Baru duduk saja kawan saya lalu bertanya soalan cepu emas. "Ali Rustam sajakah?. Saya tanya, "apa"?. Kawan saya jawab balik, "Ali Rustam sajakah yang mengamalkan politik wang dalam UMNO ini? Saya jawab ,"entah"? Dan nampak jelas dimuka kawan tersebut wajah tidak puas hati dengan jawapan "entah" yang saya berikan.
Kawan yang seorang lagi bertanya kepada saya, seolah saya Ybhg Tengku Ahmad Rethahuddin dibuatnya. Kalau minum arak, besarkah dosa orang yang minum tiga gelas berbanding minum satu gelas sahaja? Aku jawab, "tidak ada beza". Habis tu kenapa Khairy Jamaludin diambil tindakan amaran sahaja, sedang Ali Rustam dilarang dari bertanding? Last-last saya jawab, dalam politik semua yang mustahil berlaku, boleh menjadi tidak mustahil akan berlaku dan sebaliknya yang tidak mustahil berlaku boleh menjadi mustahil akan berlaku. Kawan-kawanku bangang mendengar jawapan ku itu.

Tiba-tiba bangun seorang kawan dari meja sebelah, dan ikut campur dalam perbualan kami lalu berkata, "tentu Ali tak puas hati kerana berkemungkinan besar ada lagi yang mengamalkan perkara yang sama tapi terlepas dari tindakan". lalu aku menyampuk, siapa lagi agaknya? ia menjawab, "lu fikirlah sendiri".

Kali ini aku sekali lagi bangang kerana tindakan yang diambil nampaknya masih belum dapat menyelesaikan persepsi buruk rakyat terbanyak.

2 ulasan:

Lin berkata...

Salam Saudara Chilliver

Begitulah adat politik, saya yakin hukuman "bersalah tetapi diberikan amaran" ini akan menjadi alasan atau precedentoleh pihak yang dituduh mengamalkan politik wang dimasa hadapan dan bagaimana amalan ini boleh dilenyapkan?

Saya rasa kalau seorang kakitangan kerajaan ditangkap mengamalkan rasuah walaupun dengan jumlah yang banyak mana sekalipun tetap akan dihukum mengikut undang yang sedia ada.. kadang2 seorang terpaksa mencuri susu di pasaraya untuk memberi anak kecil kerana kesuntukan wang (mungkin ditinggalkan suami atau sebagainya) bila ditangkap tetap dihukum penjara atau denda.. inikan sudah jelas bersalah tetapi diberikan amaran sahaja..

Saya bukan menyebelahi mana2 pihak tetapi SALAH TETAP SALAH DAN YANG BENAR TETAP BENAR

Bersama-samalah kita berdoa supaya mereka yang bersalah akan dihukum sewajarnya supaya perjuangan UMNO murni selalu .. Amin

salam

Unknown berkata...

Mungkinkah ada tangan-tangan ajaib di belakang Lembaga Disiplin UMNO yang membuat keputusan sehingga Ali Rustam terkeluar dari pertandingan?

Yang pastinya Ali Rustam bukan orang Najib. Ini boleh mengganggu tugas Najib sebagai PM kalau Ali Rustam yang menjadi timbalannya.