Suasana kacau merba dinegara Thailand sejak kebelakangan ini timbul hasil perasaan tidak puas hati rakyat dan pemimpin pembangkang keatas pengurusan pentadbiran negara oleh kerajaan yang memerintah. Pendek-katanya dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, rusuhan seperti itu diberikan kebenaran dan disahkan. Ini mengundang persoalan diminda setiap daripada kita, rakyat yang sukakan keamanan dan keselesaan. Apakah suasana kacau seperti itu elok untuk diamalkan oleh pemain politik dan bangsa Malaysia kita? Persoalan yang palin ekstrim ialah, apakah sistem demokrasi yang membenarkan perlakuan rusuhan seperti itu masih relevan lagi dalam negara dunia diketika ini? Rakyat didunia ini nampaknya telah mula terkeluar dari asas dan dasar demokrasi yang sebenarnya. Jika diumpamakan seperti 'pisau yang tajam', sepatutnya pisau digunakan untuk menghiris bawang, timun, limau dan sebagainya. Tapi kini di Thailand ia telah digunakan untuk membunuh manusia dan merosakkan segala apa yang telah selama ini dibina dengan jayanya. Pendeknya walaupun pisau yang tajam itu memberikan manafaat kepada kehidupan seharian kita, ia juga boleh membawa mudarat jika ianya disalahgunakan. Demikian jugalah dengan demokrasi. Demokrasi adalah sistem buatan manusia yang secara logiknya boleh juga digunakan untuk mendatangkan mudarat kepada keamanan dan keselesaan kehidupan manusia. Thailand sebagai satu contoh yang nyata.
Rakyat Malaysia, jika inginkan suasana rusuhan yang menimbulkan kemudaratan kepada keselesaan kehidupan rakyat, berkembang meluas kenegara ini, maka tidak ada sesiapa yang boleh menghalang, kecuali minda dan fikiran anda yang rasional yang dapat membedakan antara perlakuan yang memudaratkan atau perlakuan yang mendatangkan manafaat.
Saya melihat keberkemungkinannya untuk berlaku suasana di Thailand, dalam negara Malaysia ini sangat terbuka luas. Sejak kebelakangan ini ramai pemain politik negara tidak merasakan suasana di Tahiland itu sebagai satu pengajaran yang patut ditauladani dan dijauhi dari merebak ke sebelah sini. Ombak-ombak kecil kekacauan telah bermula disana sini dalam negara kita. Rakyat terbawa-bawa dengan emosi apabila bermain politik kepartian. Padahal sebenarnya demokrasi tidak sekali-kali menggalakkan perlakuan rusuhan dan demonstrasi yang sedemikian. Ianya hanyalah propaganda barat yang propaganda pihak yang tidak suka kepada kita, yang ingin melihat negara kita berada dalam situasi yang tidak sihat seperti itu. Hanya kita yang tidak rasional dan bodoh dalam memahami suasana, dan dapat dipermainkan oleh mereka seenaknya. Padahal kita terdiri dari individu-individu yang berilmu tinggi dan berbudaya lemah lembut dan bersopan santun.
Hebatkah kita jika kita mampu menggerakkan rakyat massa untuk memberontak seperti di Thailand itu?. Membakar segala harta benda yang ternampak oleh kita atas semangat demokrasi dan keadilan sejagat? Atas semangat hak kesamarataan dan Hak asasi manusia? Ini kah cara dan pendekatan yang bermaruah dan berintegriti tinggi yang saban hari dilaungkan oleh pemimpion yang kononnya prihatin kepada permasalahan rakyat?
Sedarlah dari sekarang bahawa semua itu adalah khayalan semata dan jika ia menjadi kenyataanpun, tidak ada sesiapa diantara kita yang akan beroleh keberuntungan daripadanya. Malah kita akan menjadi negara yang semakin kebelakang dari segi keharmonian dan kemajuan dunia dan akhirat. Apatah lagi semua cita-cita bangsa Malaysia akan berkubur bersama ketidak rasionalan berfikir rakyat massa yang di"batu-api"kan oleh pemimpin yang langsung tidak bertanggungjawab.
Kepada generasi muda belia, berfikirlah dengan rasional dan waras, jangan mengikut kata hati yang berpangkalkan godaan syaitan dan iblis, yang ingin melihat negara kita kacau bilau. Usaha sebenar kita untuk mengenengahkan bangsa kita kemercu kegemilangan diatas muka bumi ini akan terbantut dengan tindakan tidak rasional dan tidak berakhlak seperti ini. Sekalipun kita mendakwa kita bijaksana dan memiliki ilmu setinggi gunung Kinabalu.
Zaman kini bukan lagi menggunakan senjata atau tulang empat karat kita untuk mencari kemajuan diri dan masyarakat. Yang ini anda semua mengetahui. Yang kita perlukan ialah kerasioanalitian dalam membuat sebarang keputusan peribadi dan kumpulan. Akhirnya pencapaian matlamat menjadi penentu ukuran tindakan setiap daripada kita. Namun yang tetap pasti apapun pencapaian kejayaan yang kita capai, tools yang kita gunakan dan kaedah yang kita aplikasikan, tidak dengan cara seperti yang berlaku di Thailand itu. Banyak cara dan kaedah bijaksana yang anda semua pelajari dalam pusat-pusat pengajian tinggi. Gunakanlah sebaiknya.
Cara dan pendekatan rakyat Thailand adalah acara dan kaedah zaman batu. Konon hebat ilmu terkini, tetapi kembali kezaman datuk nenek dalam membuat sebarang keputusan.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan