SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 13 April 2009

Jangan terlalu terbuka, Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Apapun takde!!!

Saya penuh keyakinan, selain gulungan muda dan gulungan pendesak dari kaum bukan bumiputera, samada kaum India maupun Cina, Gulungan dewasa dan "lama" dari kalangan melayu dan bumiputera memerhati dan melihat dengan serius perkembangan politik dan tindakan Datuk Seri Najib dan kabinet beliau sejak kebelakangan ini. Sehingga kini mereka melihat bahawa belum ada satu suarapun, samada dalam media cetak, elektronik dan media alternatif ini yang mengingatkan kerajaan tentang, jangan alpa kepada mereka yang dewasa dan "lama" ini, terutama dalam membuat dasar dan strategi bagi mendapatkan balik 2/3 majoriti di parlimen dalam pru ke 13 kelak.

Apa yang kita bimbangkan, usaha mengejar sokongan gulungan muda dan masyarakat kaum bukan bumi, menyebabkan masyarakat dewasa bumiputera akan "jauh diri" dan akan mengambil tindakan sesuatu yang tidak kita duga. Jika mereka ini diketerbelakangkan, tindakan paling senang mereka buat ketika pru ke 13 ialah "tidak turun membuang undi". Tindakan ini sudah cukup mengelam-kabutkan pucuk pimpinan yang ketika ini asyik menjaga hati dan perasaan serta kemahuan dan desakan gulungan muda dan gulungan bukan bumiputera.

Semua maklum bahawa kekuatan UMNO dan BN mengantung kuat kepada sokongan melayu dewasa dan "lama". Jika mereka terasa terbiar, jangan menyesal dikemudian hari.

Kerajaan kenalah menggunakan pendekatan yang sangat bijaksana dan jangan sekali-kali menganggap bahawa gulungan dewasa boleh bertolak ansur dan mengalah diri selama-lamanya.
Gulungan dewasa, jika dah merajuk diri, sangat susah untuk dipujuk. Saya kira ibu pejabat UMNO hendaklah peka akan suasana ini dan jangan sampai nasi sudah menjadi bubur. Akibatnya sekali lagi panat akan berbunyi selepas rumah tersergam indah berdiri.

1 ulasan:

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam Tuan,

Ya, pasti! Golongan muda seperti kami seolah-olah kehilangan identiti memilih arah perjuangan.

Mungkin kerana sesetengah isu yang di anggap belum lagi langsai dan terus diperguna sebagai isu mendapatkan kuasa.