SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 15 April 2009

SEDAR, TAPI?

Bukannya pemimpin BN Terengganu tidak sedar bahawa konflik yang terjadi masa kini boleh mendatangkan kecacatan keatas sebuah perjuangan yang masih belum selesai. Tapi kenapa konflik tetap berlaku jua? Apakah kerana kepentingan politik peribadi atau kerakusan terhadap kuasa dan harta? Jika kesatuan bangsa menjadi ukuran dalam kepimpinan politik, perkara-perkara yang menyentuh soal ketamakan dan kehalobaan harus terhakis dari minda setiap pemimpin negeri dan negara. Bukannya pemimpin Perlis tidak mengetahui akan hal seperti ini. Namun berbagai cerita pertelingkahan yang kita dengar dalam mainan politik Perlis ketika ini. Bila masa mahu mendokong dan menyokong YAB Perdana Menteri dan saf kepimpinan baru kerajaan sekarang ini? Saya suka dengan suasana politik di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, dan Pahang. Setakat inilah. Saya tak tahu lagi dimasa mendatang ini.

Janganlah pemimpin hanya tahu mengatakan istilah perpaduan dan penyatuan sahaja. Bercakap bagi nak keluar anak tekak meminta seluruh rakyat khasnya melayu dan bumiputera bersatu, tetapi sebaliknya jika kena batang hidung mereka, mereka melompat, bersepak dan berterajang sehingga rosak segala penyatuan yang telah YAB Perdana Menteri rancang dan mula laksanakan dengan baik dan teratur.

Kadang menjadi pemimpin ni, pening kepala juga dibuatnya. Dalam pada kita berjuang untuk nusa dan bangsa, perjuangan mempertahankan kuasa dan kepentingan jawatan peribadi mereka tetap juga merupakan agenda utama. Usaha melindungi kepentingan diri tetap juga diutamakan dan kekadang tu, melebih perjuangan untuk memertabatkan bangsa dan ugama. Banyak bukti mempamerkan kepada kita bahawa dalam kebanyakan hal, kepentingan peribadi lebih utama kepada sesetengah pemimpin daripada kepentingan perjuangan bersama. Bila berpidato, tahupun itu adalah satu kesalahan dan meminta agar rakyat dan pemimpin lain tidak bersikap sedemikian. Tetapi jika kena batang hidung sendiri, ia menjadi mengelabah dan tak tentu arah.

Sekarang ini parti komponen BN mempunyai agenda kearah menentukan hidup mati parti, terutama menjelang pilihanraya ke 13 kelak. Jika sikap dan sifat buruk masih menghantu kebanyakan pemimpin peringkat sedarhana seperti Wakil Rakyat dan pemimpin negeri, jangan salahkan rakyat bila nanti kalah dalam prk ke13.

1 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

APA PASAL YANG BERHORMAT PKR BERTINDIK DI KEMALUAN NYA???

http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/ratu-porn-pkr-di-puja-anwar-al-juburi.html