SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 14 April 2009

SITUASI DI LABUAN SEMAKIN BERCELARU.

Sebaiknya saja Yang Berbahagia Dato' Haji Suhaili Abd. Rahman, Ketua UMNO Bahagian Labuan ditahan SPRM malam kelmarin dan dua hari suntuh berhadapan dengan mahkamah di Kota Kinabalu bagi menghadapi tuduhan menipu bank sekitar 13 tahun yang lalu, situasi politik melayu Labuan, yang nampak tentang telah mula bergolak kembali. kehebatan mengenai berita tersebut tersebar meluas dimerata-rata tempat di Wilayah Persekutuan dan merupakan satu cerita yang paling terpanas dalam minggu ini.
Bagaimanalah halnya dengan semua Ketua-Ketua Kampong yang selama ini bermati-matian menyokong Yang Berbahagia Dato' Haji Suhaili Abd Rahman dan membelakangkan Yang Berhormat Datuk Haji Yussof Haji Mahal, Wakil Rakyat Barisan Nasional mereka?. Yang Berbahagia Dato Haji Suhaili Abdul Rahman adalah mantan Wakil Rakyat Barisan Nasional di Labuan dan dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian baru-baru ini, beliau masih kuat dan masih mampu mempertahankan jawatannya selaku Ketua UMNO Bahagian dari direbut oleh Yang Berhormat Datuk Yussof Haji Mahal. Sokongan kuat dari seluruh Ketua Kampong di Labuan yang juga merupakan Ketua UMNO Cawangan, menjadi penyebab utama kejayaan beliau mempertahankan jawatannya..
Yang Berbahagia Dato' Haji Suhaili Abd Rahman memperolehi kekayaan harta sebelaum beliau bergelar Yang Berhormat. Dengan kata lain kekayaan yang beliau perolehi itu bukanlah kerana jawatan Ketua Bahagian UMNO dan Wakil Rakyat kerajaan yang disandangnya. Sejak beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, banyak kejayaan telah dikecapi oleh Perbadanan Labuan. Yang saya kira jika pemimpin lain yang duduk dijawatan tersebut, apatah lagi jika seorang yang pengalamannya hanya sekadar pegawai kerajaan, sudah tentu tidak sehebat Dato Haji Suhaili dalam membangun Perbadanan Labuan. Selaku Pengerusi Perbadanan Labuan, seorang yang dilantik mestilah bijaksana dan kuat kerja bagi membangunkan Labuan serta penduduknya dari segi ekonomi dan fuizikal serta modal insannya. Seorang pemimpin politik sangat tempatan sangat sesuai duduk dijawatan tersebut kerana dengan terlantiknya seorang pemimpin politik tempatan, komitmennya kepada Labuan dan rakyat Labuan akan lebih serius dan kukuh serta bersungguh-sungguh. Saya kira YB Datuk Haji Yussoh Haji Mahal, selaku Wakil Rakyat Labuan sangat layak dilantik ke jawatan tersebut.
Beberapa perjumpaan diantara Yang Berbahagia Dato Haji Suhaili dengan penyokongnya telah diadakan, lebih-lebih lagi dengan Ketua-Ketua Kampong yang juga merupakan Ketua Cawangan UMNO dan sebahagiannya Ahli Jawatankuasa Bahagian. Saya mengambil kesempatan bersembang dengan kawan-kawan diberbagai tempat samada di kedai-kedai kopi maupun di Surau serta Masjid mengenai berita panas tersebut. Kebanyakkan ahli dan penyokong kerajaan tidak membantah dengan keputusan yang dibuat oleh SPRM mengenai penahanan tersebut. Bagaimanapun mereka rata-ratanya sedikit terkilan kenapa sekarang baru diambil tindakan dan bukan 13 atau 12 atau 11 atau 10 tahun yang lalu, ketika kejadian penipuan tersebut berlaku. Kenapa SPRM yang harus mengambil tindakan dan bukan Bank yang kena tipu itu?
Saya hanya menyerahkan hal ini kepada ketentuan Allah SWT. Yang pasti selain Mantan YB Labuan Datuk Abdul Mulok, seorang lagi orang kaya melayu tersembam dan tersungkur jatuh. Maka saya kira telah berlaku dengan drastik pengurangan dari masa kesemasa orang kaya melayu yang menjadi mangsa suasana politik negara. Dato' Haji Suhaili telah menjadi "kambing Hitam". Satu nasihat kepada beliau, anggap sajalah ini satu pengorbanan kepada bangsa dan negara demi survival UMNO. Apakah ini satu kesilapan SPRM atau kesilapan Dato Haji Suhaili? masa akan menentukan.
Tidak kurang yang ketawa besar mendengar berita hangat ini.

Tiada ulasan: