SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 2 April 2009

WAHAI GENERASI MUDA DAN DEWASA MELAYU, BELUM SEDARKAH LAGI?

Wahai orang-orang melayu samada yang muda maupun yang "lama", belum sedarkah lagi setelah melihat, mendengar dan memerhati keadaan atau suasana kekecohan politik kita sejak dua menjak ini. Tidak kira samada anda dalam PKR atau PAS maupun UMNO atau sekalian anda tengah duduk diatas pagar berduri.



Tidak sedarkah lagi bahawa kita tengah berada dalam keadaan adu domba kaum lain? Di Pulau Pinang kita sangat dipandang hina oleh kaum yang asalnya pendatang itu. Di Perak kita seenaknya dijadikan boneka. Di Selangor mereka cuba membawa budaya yang bertentangan dengan kemurnian dan kesucian bangsa dan agama serta budaya timor kita.



Apa erti dan maknanya istilah KEADILAN itu, jika bangsa kita tergadai maruah dan terhina diatas tanah air sendiri? Apapun jua istilah yang diungkapkan, yang mustahak ialah mesti kita yang seharusnya mengatur dan memegang teraju kejayaannya. Jika istilah itu keadilan, maka mesti kita yang menjayakan misi dan visi keadilan tersebut. Terpulang kepada kitalah untuk memberikan makna tepat kepada istilah keadilan tersebut, bersesuaian dengan situasi semasa dan ketika bila keadilan itu hendak ditegahkan. Apakah kita mahu keadilan dari sudut pandangan DAP atau PKR? Apakah anda semua yakin keadilan mereka itu ialah adil pada pendapat dan pentafsiran kita?



Tahap PERPADUAN dikalangan bangsa kita sejak mutakhir ini sangat membimbangkan dan sangat tidak menyenangkan hati dan sanubari. Pergeseran dikalangan kita bukan sesuatu yang menjadi rahsia lagi dan dapat ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. Di Perak sangat nyata dan menjelikkan. Pemimpin kita bergaduh sesama bangsa dan telah masuk tahap yang sangat serius dan boleh dikatakan hanya menunggu "retak menjadi belah" sahaja. Sedang dalam masa yang sama Anwar semakin bermaharajalela meneruskan agendanya untuk memecah-belahkan bangsa kita, seolah seperti beliau bukan berasal dari kaum melayu.



Saya sangat memahami bahawa dengan perpaduan kita, maka bangsa malaysia seluruhnya akan juga bersatu hati. Tetapi bukan itu yang mustahak disini. Yang menyedihkan ialah dikalangan kita tidak berpadu dan mereka ketawa dan mencari kesempatan diatas pergeseran yang berlaku. Apabila kita berpecah belah dan sibuk berebut harta dan kuasa, maka Jahilliah akan mencari kesempatan untuk "meneguk diair yang keruh" ini. Tak kan anak-anak muda bangsa kita terlalu bahalol dan tidak memahami akan suasana politik yang mengerunkan ini. Keadilan dan kesamarataan apa yang hendak anda perjuangkan jika anda hanya seperti "melungkut ditepi gantang" didalam negara anda sendiri? Semenjak 50 tahun lebih yang lalu, kita telah berjaya mempertahankan keunggulan kita dalam memegang teraju pemerintahan tanah air kita. Bukan kah ini harus dipertahankan?. Apakah cara mempertahankannya adalah dengan bergaduh dan bergeseran seperti sekarang ini????Perbedaan ideologi tidak mengapa. Okey dan sangat baik jika pelaksanaannya membina dan membawa manafaat. Tetapi kebebasan yang diberikan nampaknya tidak membawa manafaat, bahkan mudarat kepada kesinambungan perjuangan bangsa kita. Apa sudah jadi dengan anda?



Kepada anda yang masih muda usia, saya sarankan bacalah buku yang bertajuk SEJARAH PERJUANGAN BANGSA MELAYU terbitam Pustaka Antara, karangan Ibrahim Mahmood.
Sekurang-kurangnya anda tahu asas tentang sejarah perjuangan bangsa kita sebelum dan setelah mencapai kemerdekaan.

2 ulasan:

CINTA DUNIA berkata...

macam mana mau menyedarkan orang muda kerana sebenarnya andalah yang ketinggalan zaman...anda punya pemikiran sebenarnya yang sudah releven..Najib sudah umum konsep Satu Malaysia, tapi anda masih bersifat racism dan katak bawah tempurung..

bungaraya berkata...

Saya bimbang bukan kaum melayu yang bersifat racism tapi kaum India dan Kaum Cina. Sejak merdeka hingga kini kita sanggup berkorban memberi apa saje kepada mereka. Dan kini kita mahu memberi lagi apa yang sepatutnya milik kita. Masalahnya apakah mereka memberikan kepada kita apa yang mereka miliki. Apa yang mereka milki walau hanya satu undi, namun tidak akan mereka berkompromi dengan kita. Kita yang berlebih-lebihan menunjukkan bahawa kita mengamalkan kesamarataan. Kesamarataan tersebut sebenarnya lebih menguntungkan mereka daripada kita. Ada faham.